3

24.2K 1.2K 63
                                    

Aryana memandang penthouse yang ditempah oleh Eric. Dia sudah sampai di Malaysia bersama dengan Adam dan Afit. Aryana membuka sliding door dan melangkah ke arah balkoni. Dia memandang suasana sibuk KL. Tidak ubah seperti dulu malah makin sibuk.

Kalau dekat Sweden, keluar je ke balkoni, terus nampak laut yang membiru. Kat sini, keluar ke balkoni, terus nampak lautan kereta.

Perut yang mula membunyikan drum membuatkan Aryana mengembungkan pipinya. Dia masuk semula ke dalam dan mencapai sling bagnya. Mask hitam yang diletakkannya di atas meja dipakai. Topi hitamnya juga dipakai.

Dia keluar dari situ dan menuju ke arah lif. Terus dia masuk ke dalam lif tanpa mengangkat muka memandang seorang jejaka yang berada di dalam lif tersebut.

"Cik nak pergi mana?" soal jejaka itu apabila melihat Aryana lansung tidak menekan mana-mana butang pada sebelah pintu lif tersebut.

Aryana mengangkat muka memandang jejaka tersebut. Terkedu dia saat melihat gerangan jejaka tersebut. Daniel! Pantas ditundukkannya muka. Dia memandang ke arah screen yang menayangkan tingkat. Tingkat 20.

Aryana sudah memejamkan matanya apabila melihat nombor tersebut. That's mean, dia kena berdua dengan Daniel dekat dalam lif ni sampailah ground floor.

"Err.. Cik nak pergi tingkat mana?" soal Daniel lagi apabila gadis di sebelahnya itu tidak menjawab.

Aryana melagakan giginya. Dahinya berkerut gementar. Peluh dingin mulai menitik. Suaranya tidak dapat dikeluarkan lansung. Long coatnya digenggam kuat.

"Cik?"

"Ground floor." pantas Aryana menjawab. Dia melirik ke arah screen di atas lif tersebut. 17. Lamanya!

"Oh. Satu jalanlah." kata Daniel. Aryana hanya diam. Perfume Daniel yang menusuk hidungnya semakin menggentarkannya. Jantungnya berdetak laju. Lama dia tidak menghidu perfume tersebut.

"Cik memang tinggal kat penthouse sini ke?" soal Daniel lagi. Entah kenapa dia dapat merasakan aura Ice Princess pada gadis itu. Macam Aryana.

Aryana diam. Kalau boleh dia nak beredar cepat! Masalahnya, mereka baru sahaja berhenti di tingkat 15! Pintu lif terbuka. Sekumpulan manusia masuk ke dalam lif tersebut menyebabkan Aryana dan Daniel melangkah ke belakang. Jarak mereka makin mendekat apabila 'penumpang' makin bertambah.

Daniel menarik lengan Aryana dekat kepadanya apabila dua orang lelaki menghimpit Aryana. Kepala Aryana berpaling pada dada Daniel. Kalau tengok dari jauh, posisi mereka seperti sedang berpeluk. Perfume Daniel makin kuat menusuk hidungnya. Matanya dipejamkan.

Daniel memegang kuat lengan kanan Aryana. Manakala lagi sebelah tangannya berpegang pada penghadang besi di sekeliling lif tersebut.

TING!

Lif berhenti di tingkat 10. Sekumpulan manusia tadi keluar meninggalkan Aryana dan Daniel. Aryana pantas menolak badan Daniel. Dia terus menjauhi Daniel. Dia takut makin lama mereka dalam keadaan tersebut, dia akan sekali lagi mengeluarkan mutiara jernih untuk jejaka itu.

"Err.. Saya minta maaf." pinta Daniel apabila melihat gadis itu tidak selesa. Aryana hanya diam. Dia hanya berharap agar lif itu turun dengan cepat.

Suasana antara mereka kembali menyepi. Aryana hanya memandang ke depan. Daniel sesekali akan memandang ke arahnya.

TING!

Aryana mengucapkan syukur sebaik sahaja pintu lif terbuka. Dia terus keluar dari lif tersebut tanpa memandang Daniel.

Daniel hanya memandang gadis itu. 'Her blue eyes just like Aryana.'

"Tengku?"

Panggilan itu membuatkan Daniel tersentak. Dia memandang staff penthouse yang berdiri di luar lif.

"Tengku okay?" soal staff tersebut. Daniel mengangguk. "Tengku Ian dan Tengku Izwan dah sampai." kata staff tersebut.

"Okay." Daniel melangkah keluar menuju ke ruang menunggu. Kelihatan Izwan dan Ian sedang duduk di sofa yang disediakan di situ.

"Lama tunggu?" tegur Daniel. Izwan dan Ian mengangkat muka memandang Daniel.

"Sempatlah juga ayat awek." balas Ian dalam nada memerli. Daniel memandang ke sekitar.

"Hmm.. Yelah. Jomlah."

Mereka keluar daripada bangunan penthouse tersebut.

••••••
Izwan duduk di depan Daniel yang termenung di gazebo yang terdapat di sebelah kolam rumah Rasya dan Irfan. Yang lain sedang seronok bermain dengan putera sulung Rasya dan Irfan. Tengku Rafa Ad'Ha.

Daniel memandang Izwan apabila terdengar ketukan pada meja. "Bila masa kau kat sini?" soal Daniel. Izwan sudah mengeluh.

"Kau ni teruk betul kalau termenung. Rasanya kalau bom meletup pun kau tak sedar kut." kata Izwan. Daniel menjeling. Izwan menjongketkan keningnya membuatkan Daniel memandangnya pelik.

"Apa?"

"Kau ni. Kalau termenung, tak de benda lain kau ingat. Mesti Aryana." kata Izwan.

Daniel menghelakan nafas. "Tadi aku jumpa seorang perempuan ni. She's just like Aryana." Terjongket kening Izwan.

"Siapa?"

"I don't know. Aku cuma nampak mata dia je. Her whole face is covered. Tapi aku rasa macam rindu aku kat Aryana terlepas bila aku tengok mata dia. Her eyes just like Aryana and her perfume too. Aku dapat rasakan aura Ice Princess tu kat dia."

Izwan berkerut dahi. "Aku tak tahu pulak kalau dia ada balik sini. And twin? Impossible." Daniel turut mengangguk setuju. "Kau tak try tanya nama dia ke?" soal Izwan lagi.

"Tak. Lagipun dia tak nak bercakap." kata Daniel. Izwan menggaru kepalanya.

"Wait! Asal kau tak tanya Eric?"

"Apa kena mengena Eric dengan hal ni?" soal Daniel tidak mengerti. Izwan sudah mengeluh.

"Eric kan orang kepercayaan dia. Even masa dia pergi Sweden pun, dia bagitau Eric. And mana tahu, kalau dia balik sini, dia bagitau Eric juga?" Daniel terdiam. Mencerna kata-kata Izwan.

"Kau carilah Eric." cadang Izwan lagi.

"Tengoklah. Lagipun sekarang ni aku tengah busy uruskan Press Conference untuk real owner of AN Global."

Izwan menghelakan nafas berat. "Kau ni kerja je tahu. Cuba bagi masa otak dengan badan kau tu rehat sekejap."

"Kalau aku rehat, makin aku ingat kat dia. At least kalau aku sibukkan diri dengan kerja, tak delah aku ingat kat dia sangat." kata Daniel.

"Hmm.. Yelah." Izwan bersandar. "Eh.. Reunion next month kau ikut tak?" soal Izwan.

"Entah. Kalau aku rajin aku datanglah. Kalau tak, tak payahlah cari aku." balas Daniel selamba. Izwan membulatkan matanya.

"Eh. Kau tu bekas headprefect sekolah tu tahu tak."

"Bekas je pun. Aku dah lama tinggalkan position tu." balas Daniel. Izwan terdiam.

"Position tu boleh pulak kau lupakan. Asal Aryana tak boleh?" soal Izwan memeramgkap. Daniel memandangnya.
"Because she is my Ice Princess. Forever."

•••••





Author nervous buat scene Aryana dengan Daniel 😂

The Angelz's Destiny ✔Where stories live. Discover now