Daniel duduk di balkoni biliknya sambil matanya memandang kegelapan malam. Dia kembali teringatkan peristiwa di penthouse Aryana tadi.
Dia dapat merasakan Aryana ada menyembunyikan something daripadanya. Panggilan yang dibuat kepada telefon tadi kembali diingatnya.
Emperor?
Bajunya diselakkan sedikit. 2 kesan jahitan dirabanya perlahan. Itu merupakan 2 tembakan yang dilepaskan oleh Lucas 7 tahun yang lalu.
Sejak itu, dia dan yang lain meninggalkan sisi mereka yang itu. Namun kini, adakah mereka akan kembali memegang pistol yang sudah lama ditinggalkan? Adakah mereka akan kembali mengotorkan tangan dengan darah musuh?
Daniel memandang iPhone di tangannya. Number Aryana dipandangnya. Satu mesej dihantarnya.
AryanaEsok jumpa aku. Breakfast time. Pukul 9. Tempat biasa.
Daniel terus menutup iPhonenya dan diletakkannya di atas meja. Pintu biliknya yang dibuka menyentakkannya. Dia memandang Danish yang berjalan ke arahnya dengan anaknya di dukungannya.
"Bila masa kau sampai?" soal Daniel sebaik sahaja Danish melabuhkan punggung di depannya.
"Adalah dalam sejam lebih dah. Kau tu yang tak turun-turun tetamu datang." sindir Danish. Daniel hanya mencebik.
"Tetamu bendanya? Kau dengan Darren je? Dian mana?" soal Daniel merujuk kepada kakak iparnya itu. Dia mengambil Darren daripada dukungan Danish.
"Dian biasalah dengan mama tu. Buat projek memasak mereka." kata Danish sambil memandang ke arah langit malam yang dihiasi dengan bulan dan bintang. Patutlah Daniel ni suka sangat termenung tengok langit. Cantik!
"Aku rasa mesti kau termenung lagi tadikan? Tu yang tak perasaan kitaorang datang." kata Danish sambil memandang wajah kacak Daniel.
"Bilanya aku termenung? Kau ni pandai-pandai jelah." tukas Daniel sambil menggosok rambut hitam Darren.
Danish mencebik. "Yelah tu."
Mereka kembali senyap seketika. "Eh esok kau jemput adik kat airport. Dalam pukul 12 macam tu kot dia sampai." kata Danish membuatkan Daniel memandangnya.
"Adik balik esok?"
"Yelah. Kau lupa ke? Itulah banyak termenung. Sampai tarikh adik sendiri balik Malaysia pun boleh lupa. Kang kalau nama sendiri pun lupa tak tahulah nak buat apa." sindir Danish lagi. Daniel mencebik.
"Merepeklah kau."
Danish hanya senyum.
••••••
Aryana masuk ke dalam cafe yang berdekatan dengan office Daniel. Meja yang diduduki oleh Daniel ditujunya. Dia duduk di depan Daniel yang sedang memilih menu.
Daniel mengangkat muka memandang Aryana. Senyuman kecil diukirnya. Aryana sekadar membalas senyuman Daniel sebelum memesan makanan.
"Kenapa nak jumpa?" soal Aryana. Terjongket kening Daniel mendengar soalan Aryana.
"Kenapa? Tak boleh ke aku nak jumpa buah hati sendiri?" tanya Daniel tanpa menjawab soalan Aryana. Aryana dapat mengesan nada yang mendatar pada pertuturan Daniel.
"Tak delah. Aku tanya je." tutur Aryana perlahan lalu menunduk. Dia takut hendak menentang pandangan Daniel.
Daniel menghelakan nafasnya. "Aku nak tanya something and aku nak kau jujur dengan aku." kata Daniel tegas. Aryana mengangkat muka memandangnya.
YOU ARE READING
The Angelz's Destiny ✔
Roman pour Adolescents[Book 2 of The Angelz's Killerz] 7 tahun berlalu.. Gadis yang dulunya meninggalkan segala-galanya di Malaysia kini kembali. Bukan kembali untuk balas dendam. Bukan kembali untuk stay for good. Hanya satu sebabnya kembali iaitu.. "Mereka nak Cik bu...