10 tahun kemudian..
Daniel yang baru sahaja habis mandi dan lengkap berpakaian melangkah ke arah dapur. Senyuman diukir saat melihat Aryana sedang menyediakan sarapan.
"Morning sayang." tutur Daniel sambil memeluk Aryana dari belakang. Pipi Aryana dikucupnya. Walaupun sudah 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga, rasa kasih sayang dalam diri masing-masing tidak pernah luntur. Malah makin bertambah dengan kehadiran 3 cahaya mata mereka.
"Morning. Twin mana?" soal Aryana. Biasanya, pagi-pagi Daniel akan membawa dua putera mereka bermain di halaman rumah.
"Mandi kut." kata Daniel sambil meleraikan pelukan. Dia berlalu ke meja makan.
"Morning!!!"
Daniel dan Aryana berpaling memandang kembar tersebut. Tengku Aryan Harris dan Tengku Ariel Harris. Mereka berjalan ke arah Aryana sebelum dua-dua memberikan kucupan pada pipi kiri dan kanan Aryana secara serentak. Perkara wajib mereka buat tiap pagi.
"Adel mana?" soal Aryana pada twin tersebut. Aryan dan Ariel berpandangan sebelum memandang Aryana.
Bang!
Belum sempat mereka menjawab, bunyi tembakan yang dilepaskan membuatkan mereka berpandangan. Kaki mereka pantas melangkah ke bilik puteri kesayangan mereka. Adelia.
"Adel."
Terbeliak mereka saat melihat Adelia memegang pistol dengan tangan kecilnya. Aryana pandang Daniel. Daniel pandang Aryana. Aryan pandang Ariel. Ariel pandang Aryan.
"TENGKU ADELIA NATASHA!"
•••••••••
"Adel tu ikut perangai sayanglah tu." selamba Daniel meletakkan kesalahan pada Aryana. Aryana menjelingnya.
"Kenapa pula?"
"Yelah. Masa sayang pregnant dulu, sayang pandai-pandai je pergi buat latihan menembak." kutuk Daniel lagi. Tidak sedar yang si isteri dah membara.
Pap!Lengan Daniel ditepuknya kuat. "Habis yang pergi letak pistol tu merata tempat siapa? Ary juga ke?" sindir Aryana geram. Daniel menjongketkan keningnya.
"Abang tersalah letaklah. Tak sengaja." kata Daniel. Aryana menjelingnya sebelum bangkit dari duduknya. "Sayang nak pergi mana pula tu?" soal Daniel.
"Nak main dengan kids. Layan abang buat Ary menyampah." kata Aryana sebelum melangkah ke arah Aryan, Ariel dan Adelia yang sedang bermain di halaman rumah.
Daniel sekadar senyum.
"Adel. Mummy tak nak Adel pegang that gun lagi eh." pesan Aryana. Adelia memandang Aryana dengan mata birunya.
Adelia (6 tahun) satu-satunya anak mereka yang ikut Aryana. Mata biru, rambut brown, bibir light pink. Even perangai dia pun sama dengan Aryana. Dia ada sisi Ice Princess. Dingin dan ganas. That is Tengku Adelia Natasha.
While Aryan dan Ariel (9 tahun) memang ikut Daniel. Mata kelabu, rambut dark brown. Tapi mereka punya perangai berbeza. Aryan lebih tenang and dingin. Dia jenis yang mempunyai quite charm. While Ariel lebih nakal dan ceria. Jenis yang sweet talker. Tapi satu je mereka sama, kalau marah memang menakutkan. Mereka transform from Prince Charming yang menjadi idaman kepada Devil yang menakutkan.
"But Mummy. Why Abang Ryan and Abang Riel boleh?" soal Adelia. Aryan dan Ariel menjongketkan kening mereka.
"We are boy girl. You should play that dolls instead of play with the gun." kata Ariel sambil memberikan Adelia anak patung yang berdekatan dengannya.
YOU ARE READING
The Angelz's Destiny ✔
Teen Fiction[Book 2 of The Angelz's Killerz] 7 tahun berlalu.. Gadis yang dulunya meninggalkan segala-galanya di Malaysia kini kembali. Bukan kembali untuk balas dendam. Bukan kembali untuk stay for good. Hanya satu sebabnya kembali iaitu.. "Mereka nak Cik bu...