2 minggu kemudian..
Aryana dan Aidan berpandangan sebelum sama-sama memandang ke arah beranda rumah tempat orang kampung Adam dan Afit berkumpul. Masing-masing teruja untuk melihat Princess of Sweden dan King of Sweden secara 'live'.
"Why are they looking at us like that?" soal Aidan dalam nada yang berbisik. Aryana menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil menggeleng.
"Cik."
Adam dan Afit melangkah ke arah Aryana dan Aidan yang duduk di pangkin kayu. Mereka menunduk sebentar kepada Aidan.
"Apahal mereka pandang kitaorang macam nampak alien?" soal Aryana sambil menyambut mug yang dihulurkan oleh Adam.
"Mahu taknya? Dah kerabat diraja Sweden mencemar duli datang kampung." kata Adam dalam nada yang agak memerli. Aryana dan Aidan menjelingnya tajam. Adam dan Afit sekadar tersengih.
"Banyak lagi ke tetamu?" soal Aryana.
"Angelz dan Killerz rasanya sampai petang ni." kata Afit. Aryana dan Aidan terjongket kening. Aidan memandang Aryana dengan senyuman mengejek di bibirnya. Aryana menjelingnya geram.
"Aku tumbuk kang." gumam Aryana perlahan. Aidan sekadar tersengih.
Pin! Pin! Pin!
Semua memandang ke arah 2 buah kereta yang baru sampai.
"Assalammuilakum!"
"Aryana!!!"
Terjongket kening Aryana apabila 3 wanita itu berlari ke arahnya. Dengan perut yang memboyot. Irfan, Izwan dan Ian sudah menepuk dahi. Rafa yang berdiri di sebelah Daniel turut menepuk dahi melihat mamanya yang macam kanak-kanak jumpa ibu dia pula.
"Apahallah mama tu? Buang tabiat ke? Kang adik yang keluar pun macam mama tu. Suka lari. Ish..ish..ish.." Rafa menggelengkan kepala. Umur baru 3 tahun, tapi cakap macam dah 30 tahun.
Tiara yang berdiri di sebelah kanan Daniel mengipas mukanya. Mukanya sudah cemberut. Kalau bukan sebab nak tackle Daniel, memang taklah dia ikut.Aidan, Adam dan Afit tahan ketawa melihat Aryana dipeluk erat oleh 3 wanita mengandung itu.
"Dahlah tu weyh. Mahu tak bernafas si Ary tu korang peluk kuat sangat." Ian menarik Nellysha manakala Izwan dan Irfan menarik Raina dan Rasya.
Aryana menarik nafas lega selepas sahaja 'dilepaskan' oleh 3 mak buyung tersebut.
"Rindu sangat kat Ary!" kata Raina dengan nada yang terjerit. Aryana tayang muka kekok.
"Siapa ni Ary? Pakwe ke?" Soal Ian merujuk kepada Aidan. Aryana memandang Aidan yang menjongketkan keningnya. Daniel turut memandang mereka dengan pandangan jealous.
"I'm Aidan Charles.."
"King of Sweden." pintas Adam selamba membuatkan mereka ternganga kecuali Afit dan Aryana. Aidan dan Aryana memandangnya dengan pandangan tajam.
"K..King of Sweden? Nak buat apa? Sembah ke?" gagap Izwan bersuara. Aidan sudah menggaru kepalanya.
"Nahh.. It's okay guys. It's only me, Aidan. Not King of Sweden. Tak payah sembah bagai."
Ternganga mereka mendengar Aidan berbahasa Melayu. Aidan hanya tayang muka selamba. "I learn Malay from Aryana, Adam and Afit." katanya. Aryana sekadar menggelengkan kepala sebelum terpandangkan Rafa.
"Hi Rafa! Remember me?" soal Aryana. Rafa senyum sebelum mencium pipi Aryana pantas.
"Of course beauty!" Rafa mengenyitkan matanya membuatkan Aryana menjongketkan keningnya. Dia memandang Irfan yang tersengih-sengih.
"Kau ajar anak kau jadi playboy ke?" soal Aryana. Irfan menggosok belakang lehernya sambil tersengih. Rafa menarik tangan Aryana dan mendekatkan mulutnya pada telinga Aryana dan membisikkan sesuatu.
Terjongket kening Aryana sebelum memandang Tiara yang berdiri di sebelah Daniel. Tiara yang perasaan akan pandangan Aryana memandangnya tajam.
"Apa pandang-pandang?" soal Tiara kasar. Aryana mengerutkan dahinya.
"Siapa entah pandang kau?" selamba Aryana membalas. Tiara memandang Aryana tajam dan tersenyum sinis.
"I tahulah you jealous sebab I lagi cantik dari you. Tak payahlah pandang I macam tu." kata Tiara bangga membuatkan Aryana tergelak sinis. Angelz sudah tersenyum sinis saat mendengar gelak Aryana. Habislah kau Tiara..
"You tahu tak, I jumpa banyak perempuan yang sama cantik dengan you kat Sweden. Even ada yang lagi cantik. And guess what, umur mereka is 50 to 60." selamba Aryana menutur membuatkan yang lain tersenyum. Tiara mengetap bibir geram.
"How dare you!!" Tiara menudingkan jarinya kepada Aryana yang hanya buat selamba. "You! Tengok perempuan ni!" Rengek Tiara pada Daniel. Daniel menjongketkan keningnya sebelum memandang Aryana.
"I tengah tengok dialah ni." selamba Daniel berkata. Tiara memuncungkan mulutnya. "One more thing, nama dia Tengku Aryana Natasha or known as Princess of Sweden. So sebelum dia pakai kuasa dia untuk hukum you, baik you pergi minta maaf."
Tiara menjeling Aryana. "Jangan harap!"
"Suka hati you lah. Kang ada yang kena pancung, jangan cakap I tak bagi amaran pula." ujar Daniel. Tiara memandang Daniel.
"Yang you nak backup dia sangat kenapa?!" marah Tiara. Daniel menjongketkan keningnya sebelum mendekati Aryana. Tangan Aryana diraih dan digenggamnya erat sebelum diangkat untuk ditayangkan pada Tiara.
"Because she's my future wife.""What?!!"
Aryana pula terkebil-kebil memandang Daniel dengan mulutnya yang terbuka kecil. Daniel memandangnya sebelum mulut Aryana ditutupnya. "Jangan ternganga sayang. Kang ada yang masuk. Kenyang tak makan sayang karang."
Yang lain berdehem. "Ehemm.. Ingat sikit ada orang kat sini." kata Irfan mengusik.
"Kang esok ada juga 3 pengantin yang naik pelamin." usik Rasya pula.
"Okay juga tu. Dapat kitaorang tumpang glamour." giliran Afit mengusik. Daniel menggaru dahinya menahan rasa malu. Manakala pipi Aryana sudah mula memerah. Mukanya ditundukkan.
"Weyh tengok tu. First time weyh tengok Ary blushing." kata Nellysha. Yang lain terus memandang Aryana. Aryana pantas menutup pipinya dengan tangannya.
Daniel tersengih. Tangan Aryana ditariknya dari pipi Aryana. "Let them see your prettiness sayang." kata Daniel. Aryana menjelingnya sebelum menarik kembali tangannya.
"Eii! I hate you!"
Aryana pantas berlari masuk ke dalam rumah manakala yang lain sudah terlepas gelak. Tiara menjeling mereka tajam.
"Apa yang kelakar pun tak tahulah." gumamnya perlahan namun masih sampai di pendengaran Rasya
"So duduk diam-diam kalau tak tahu. Tak payah jeling sangat. Kang ada juga aku tanggalkan mata kau tu nanti." kata Rasya membuatkan Tiara memandangnya tajam.
"You!!"
"Hey woman. Don't scream to my mama or I will remove your eyes together with your tongue with my own hand." ujar Rafa memberikan amaran. Tiara sekadar tunjuk muka tak kisah. Geram dengan budak kecil di depannya itu.
Rasya dan Irfan tersenyum bangga dengan hero kecil mereka itu. Sesungguhnya Rafa lebih bersikap dingin dengan orang yang dia tak suka tetapi naughty with certain people.
••••••••
Tiara dah jumpa dengan our Ice Princess 😍😍 So the war begin 😂
Happy Reading ❤
YOU ARE READING
The Angelz's Destiny ✔
Teen Fiction[Book 2 of The Angelz's Killerz] 7 tahun berlalu.. Gadis yang dulunya meninggalkan segala-galanya di Malaysia kini kembali. Bukan kembali untuk balas dendam. Bukan kembali untuk stay for good. Hanya satu sebabnya kembali iaitu.. "Mereka nak Cik bu...