23

22.4K 1K 26
                                    

"Selamat pagi Tengku."

Aryana sekadar berjalan tanpa mempedulikan sapaan pekerja. Dia melangkah ke office Afit selaku CEO AN Global di Malaysia.

Kelihatan Adam turut berada di situ saat dia masuk. Afit dan Adam yang sedang berbincang tentang projek terbaharu mengangkat muka. Mereka pantas berdiri memandang Aryana.

Aryana sekadar mengangguk saat mereka menunduk. Aryana duduk di kerusi sebelah Adam. "Cik Aryana buat apa kat sini? Kenapa tak cakap nak datang?" soal Afit hairan.

"Saja. Aku baru balik hantar Aidan pergi airport. Lepas tu nak lawat syarikat ni kejap." kata Aryana sambil mencapai fail di depannya. "Projek apa ni?" soal Aryana.

"Projek pembinaan hotel 5 bintang di Sabah." jawab Afit. Bagus juga kalau Aryana ada di sini.

Aryana sekadar mengangguk sambil membaca tender tersebut. "Kali ni kerjasama dengan siapa pula?" soal Aryana.

"DScreen Holdings bawah seliaan Tan Sri Syalif." jawab Afit. Aryana mengerutkan dahinya.

"DScreen Holdings? Aku tak pernah dengar pun."

Afit dan Adam berpandangan. "DScreen Holdings lebih cenderung kepada industri rekaan dalaman. And mereka jarang terima projek lain kalau syarikat itu tak bawa keuntungan yang banyak." terang Adam. "And you'll be surprise. Kitaorang ambik mereka jadi designer kita kali ni sebab Tiara anak Tan Sri Syalif merangkap model syarikat DScreen." sambung Afit. Aryana menjongketkan keningnya sebelum tersenyum sinis.

"You guys really know what I want." tutur Aryana. Adam dan Afit sekadar tersenyum. "How much does you guys offer to that DScreen Holdings?"

"5.5 Million."

Terjongket kening Aryana. "5.5 Million? This project cost billions and they just ask for 5.5 Million?"

"Sebenarnya mereka minta 3 Million je tapi kitaorang tambah another 2.5 Million untuk yakinkan mereka bekerjasama." kata Adam. Aryana berfikir seketika.

"Tambah another 5 Million." kata Aryana membuatkan Adam dan Afit menjongketkan kening mereka.

"Cakap kat DScreen, this 5 Million is for Tiara. Aku nak korang hired dia jadi promoter projek ni." ujar Aryana. Adam dan Afit berpandangan.

"Promoter? Tapi biasanya kita akan ambik promoter dari syarikat kita sendiri." Adam dan Afit memandang Aryana dengan pandangan tidak faham.

Aryana senyum sinis. "Just do it guys. You will know it later." kata Aryana. Adam dan Afit sekadar mengerutkan dahi. "Oh ya! Korang still contact dengan Eric tak?" soal Aryana.

"Hmm.. Yes? Kenapa?"

"That's good. Aku ingat nak bagi dia handle syarikat penerbangan aku yang kat sini. AN Airlines." kata Aryana membuatkan Adam dan Afit ternganga.

"Seriously?"

Aryana mengangguk. "Not 100%. But just 40%. Lagipun dia dah banyak tolong kita. Besides, he's pilot. So lebih baik dia uruskan syarikat penerbangan aku tu." kata Aryana. Adam dan Afit mengangguk setuju. "Korang beritahu dia pasal ni while aku pergi uruskan dokumen semua tu." sambung Aryana.

"Okay."

Aryana diam seketika. "One more thing, how's progress projek kita dengan SkyLines?" soal Aryana.

"Good. Setahun dah berlalu and that hotel pun dah diiktiraf as International Hotel." kata Afit. Aryana sekadar mengangguk.

••••••••

Daniel menarik nafas sebelum masuk ke dalam bilik Tengku Haizal dan Tengku Dilla. Tengku Haizal dan Tengku Dilla yang baru sahaja menunaikan solat Isyak mengangkat muka.

"Papa dengan Mama dah habis solat?" soal Daniel. Tengku Haizal dan Tengku Dilla mengangguk.

"Kamu ni? Dah solat?" soal Tengku Dilla. Daniel sekadar mengangguk. Dia duduk bersila menghadap Tengku Haizal dan Tengku Dilla.

"Angah ada benda nak cakap dengan mama dan papa." tutur Daniel perlahan. Tengku Haizal dan Tengku Dilla berpandangan.

"Apa dia? Macam penting je? Sampai sanggup turun padang datang bilik mama dengan papa ni?" soal Tengku Haizal. Daniel mengetap bibirnya.

"Sangat penting."

"Apa dia? Cakaplah."

Daniel menarik nafas dan dihelakannya perlahan. "Angah nak kahwin." senafas Daniel menyuarakan hasratnya.

Terjongket kening Tengku Haizal dan Tengku Dilla. "Kahwin? Dengan siapa? Tiara?"

"No!" nafi Daniel pantas. "But with Aryana." katanya.

"Aryana? Dia dah balik sini? Kenapa tak bawa jumpa mama?" soal Tengku Dilla bertubi-tubi. Daniel mengerutkan dahinya.

"Buat apa mama nak jumpa dia?"

"Eh budak ni! Takkan mama tak boleh nak jumpa bakal menantu mama tu?" soal Tengku Dilla geram membuatkan Daniel memandangnya.

"Mama.."

"Yes dear. You got my blessing." kata Tengku Dilla. Daniel senyum dan memandang Tengku Haizal yang turut senyum.

"Papa pun setuju. Asalkan angah bahagia. Lagipun kamu dah lama tunggu dia." kata Tengku Haizal membuatkan Daniel senyum lebar.

"No! You can't marry her!" Suara Diane yang membantah membuatkan mereka bertiga memandang ke arah pintu.

"Angah tak boleh kahwin dengan perempuan tu!! Adik tak benarkan!" jerkah Diane. Turun naik dadanya menahan amarah.

Daniel sekadar memandangnya dengan tenang.

"Adik. Apa cakap macam tu kat angah?" soal Tengku Haizal kurang berkenan dengan sikap Diane.

"Adik tak nak berkakak iparkan perempuan tak guna tu!"

"Diane!"

Serentak Putera dan Daniel bersuara. Diane memandang mereka. "Wow! You guys memang sayang dia kan?" soal Diane sinis.

"Angah tak faham apa yang adik benci sangat kat dia but whether you like it or not, I'll marry her." tutur Daniel. Diane menggeleng perlahan.

"So angah ketepikan adik untuk dia? Wow? How interesting?"

Daniel hanya tenang. "Angah tak ketepikan adik but you're the one who choose it. Angah sayangkan dia and you knew it. We have suffered for a long time and I will not let anyone be the obstacle in our relationship anymore. Get it?" tenang sahaja Daniel menutur.

Diane menggeleng perlahan. "You will marry her but I will not forget and forgive what she had done."

Daniel sekadar memandang langkah Diane. Keluhan terbit di bibirnya.

"Banyakkan berdoa agar hati adik dilembutkan untuk menerima Aryana." kata Tengku Haizal. Daniel sekadar mendiamkan diri. "Adik tu bukan apa, dia takut angah dikecewakan sekali lagi." sambung Tengku Haizal.

"Dia tak tahu apa yang Aryana lalui." gumam Daniel.

"Dah. Esok bawa Aryana jumpa mama. Kita bincang pasal kamu berdua." kata Tengku Dilla. Daniel sekadar mengangguk.

•••••••••




































Happy Reading ❤

The Angelz's Destiny ✔Where stories live. Discover now