"Aduh x suka lah macam ni,kenapa aku pulak,aku tak nak,cuba cari lelaki,janganlah nak buat projek tu dengan perempuan",kata Dhia' kepada Fahim.
"Alah,aku perlukan kau nak buat benda tu,pleasee..help me", pujuk Fahim.
Dhia' bingung memikirkan pujukan Fahim untuk membantunya dalam menguruskan program yang akan dijalankan hujung bulan ini.Program tersebut adalah program yang dinamakan 'Pemimpin sehebat AL Fatih' khas untuk pelajar banin(lelaki).
Program tersebut bertujuan untuk mengajar pelajar-pelajar lelaki supaya lebih berdisiplin dan mempunyai kesedaran betapa pentingnya mereka apabila mereka dewasa kelak sebagai ketua keluarga bahkan lebih besar tanggungjawabnya dari itu.
Fahim meminta Dhia' dan beberapa rakan sekelasnya yang lain untuk membantunya dalam menjayakan program tersebut.Pelajar lelaki yang terlibat adalah tingkatan 4 sehingga 5 yang jumlahnya 200 orang.
Dhia' tekad untuk mengumpulkan semua rakan perempuan sekelas dengannya untuk berbincang.Dhia' meminta bantuan Uzma dan Hakimah untuk membantunya ketika menjelaskan kepada rakan-rakannya yang lain seramai 35 orang termasuk dirinya.
Dhia' memikirkan dua perkara,dia takut ikhtilaf diri dan rakan-rakannya tidak terjaga.Risiko tersebut amatlah ditakutinya.Namun,dia wajar untuk membantu Fahmi walaupun tidak pernah bekerjasama dengannya,dia cuba.
'Ya Allah,bantu kami,bantu aku yang lemah ini,Ya Allah'.
Dia cuba bersikap tenang di hadapan dua rakan karibnya.
YOU ARE READING
IMPIAN, TUNGGU AKU
Teen Fiction"Dia dah pergi,aku bila lagi",Dhia' mengeluh kecil. "tak pela,aku x de rezki lagi". . kisah seorang gadis yang ingin mengejar impiannya,namun dihalang dgn pelbagai ujian,cabaran,namun dia tahu Allah pengatur terbaik untuknya. moga berfaedah UTK pemb...