Dhia' berasa lega setelah Salahuddin sudi untuk menunaikan permintaanya.Hajatnya dapat ditunaikan dan berjalan lancar.Dia meminta Salahuddin untuk mengetuai bacaan yassin agar duit yang hilang di asrama dijumpai.Dhia teringat akan tazkirah yang disampaikan Salahuddin usai membaca Yassin.Ketua kelas 6 Abu Bakar itu berpesan
"Abang tau,siapalah abang nak nasihatkan adik-adik abang ni,tapi atas dasar tanggungjawab sesama muslim,abang kene jugak mengeskan dan menegur isu hangat ini.",Salahuddin berselawat dalam hati sebentar,bagi mentenangkan fikiran dan perasaannya.
"Tau kan apa mencuri,ikut cara islam seseorang yang disabitkan mencuri,akan dipotong tangannya,tolong lah sedar,kenapa perlu mencuri sedangkan kita boleh meminjam dengan cara yang baik,suka eh mencuri,?",Salahuddin melontarkan pertanyaan kepada semu yang berada di surau itu.Masing-masing hanya membatukan diri dan menunduk.
"Sebelum Allah amik nyawa kita,baik kita bertaubat dan tidak mengulangi jenayah itu,hidup seorang pencuri tak kan tenang,ilmu susah nak masuk,sebab kita makan makanan haram,hati boleh jadi gelap,nak ke?",muka Salahuddin mula merah akibat menahan amarahnya.
"Abang mohon sekali lagi,tolong pulangkan kepada tuannya,kalau malu,pulangkan kepada senior yang dipercayai dan yang baik dengan kamu",cadang Salahuddin.
........................
Dhia' merenung kembali bku yang berada di hadapannya.Dia memikirkan apa lagi yang dia perlu buat untuk didik adik-adik junior nya itu.Walaupun dia tidak mempunyai jawatan tertinggi dalam organisasi asrama,tapi dia adalah anggota ahli badar sekolah.Dia bertanggungjawab bukan sahaja sebagai ahlinya tapi sebagai saudara seislam.Dia beristighfar panjang.Dia sedar Uzma tiada di hadapanya.
Dia lihat Uzma bersama Hiadayah.'Lah aku sorang je ada kat meja ni,diorang tinggalkan aku,hmm'.Dia lihat sahaja Uzma sedang bergelak tawa dengan Zahirah,Hiayah,Siti dan Zulaikha.'Apalah yang diborakkan tu'.Dia berhajat untuk ke tempat mereka,tapi dia duduk kembali di tempatnya.Dia tidak mahu menganggu mereka yang sedang berbincang.Hati Dhia' tidak tenang dan tidak suka melihat gelak tawa mereka,dia cemburu melihat Uzma.
Hilang moodnya untuk belajar.Namun dipujuk hatinya,'Biarlah,biarlah dia kene kawan dengan semua orang,bukan kau je'.Hatinya menangis hakikatnya,tapi dia tak dizahirkan melalui air mata.'Siapalah aku'.Dhia' menangis dalam diam.
YOU ARE READING
IMPIAN, TUNGGU AKU
Ficção Adolescente"Dia dah pergi,aku bila lagi",Dhia' mengeluh kecil. "tak pela,aku x de rezki lagi". . kisah seorang gadis yang ingin mengejar impiannya,namun dihalang dgn pelbagai ujian,cabaran,namun dia tahu Allah pengatur terbaik untuknya. moga berfaedah UTK pemb...