Selesai solat Zohor..........
"Assalamualaikum..akak,,"Dhia' menegur seorang tampak lebih tua daripadanya yang berseorangan duduk di pondok bacaan.
"Waalaikumsalam warahmatullah,ye..adik nak apa",kakak berniqab hitam itu terus menoleh ke arah Dhia' yang mengambil tempat duduk berhadapan dengannya.
"Apa nama akak", Dhia' memulakan perbualan.Kakak itu tersenyum di sebalik niqab hitamnya.
"Nama akak..Nisa Adawiyah,,anti boleh panggil akak kak Nisa",jawab kak Nisa lembut.
"Nama anti?", pertanyaan ditujukan kepada Dhia' semula."Nama saya Dhia',,akak boleh panggil Dhia' je".
"Dhia' je,,nama kamu Dhia' je",kak Nisa ketawa perlahan.
"Ehh,tak tak..nama saya Dhia'..hehe",dia terkena dengan guraun Kak Nisa.
"Akak dah lama kat sini?",Dhiaa cuba menjadi peramah.
"Dah lama dah,, Dhia' kat sini seronok?".
"Seronok,sebab selalu duduk dalam majlis ilmu". Mereka berbual di selang seli dengan guraun dari kak Nisa.
Kak Nisa telah berada di pusat pengajian ini selama lima tahun.Banyak pengalaman bersama guru-guru dari luar pondok datang mengajar dan bermaulid bersama mereka.Impian kak Nisa sama seperti Dhia' mahu menjejakkan kaki ke Darul Zahra'.Berdasarkan pemerhatian Dhia',Kak Nisa mempunyai personaliti yang lemah lembut apabila bercakap dengan orang lain.
Kak Nisa mempunyai ayah tetapi ayahnya telah menyuruh neneknya untuk menjaga.Namun,ketika kak Nisa berumur 13 tahun neneknya meninggal dunia.Sebelum neneknya pergi menghadap Ilahi,neneknya berpesan untuk menyambung pengajian di pondok baitul qurroq agar Kak Nisa dapat memenuhi kewajipan fardhu Ain nya.
"Macam tulah ceritanya,tak sangka Dhia' pon berkeinginan seperti ana nak ke darul Zahrah',eh dah masuk waktu solat ni,jom gi surau",tangan dihulurkan kepada Dhia'.Mereka berdua berpimpin tangan menuju ke surau.Seronok Dhia' hari ni dapat berkenalan dengan orang baru yang mempunyai impian yang sama sepertinya.
Mereka menunaikan solat berjemaah yang diimamkan yang oleh kak Nisa sendiri ats permintaan ustazah Alia.
............................
"Macam mana kita nak didik hati kita untuk bersikap mahmudah,, dengan cara menjaga tujuh anggota kita,iaitu mata, telinga,lidah,tangan,perut,kaki dan juga kemaluan,,lepas jaga 7 anggota baru mudah untuk kita mendidik diri untuk bersikap mahmudah dan menjauhi sikap atau akhlak mahmudah,fahimtum?",ustzh Alia bertanya kepada anak-anak muridnya.
"Fahimnaa", pelajar-pelajar menjawab tanda faham.Kelas mereka berakhir pada jam 10 malam dan mereka dikehendaki untuk pulang ke bilik masing-masing.Setelah tamatnya kelas pada malam itu, Dhia' keluar dan terlihat kak Nisa sedang duduk menghadap ke langit melihat bintang-bintang yang cantik dan berkelip sangat cantik.Dia juga melihat ke langit.
Betapa indahnya malam itu.'Subhanallah',puji-pujian hanya untukMu.Dhia' menegur kak Nisa yang sedang khusyuk melihat keadaan langit pada malam itu.Baru sahaja dia hendak menegur,dia terlihat air mata keluar dari kelopak mata kak Nisa.
Dia hairan kenapa kak Nisa menangis."Assalamualaikum..kak Nisa.Kak Nisa okay?",Dhia' memberi salam.
Nisa menyedari akan kehadiran Dhia' lalu dia cepat-cepat mengelap bait matanya yang jatuh.Dia tersenyum melihat kehadiran Dhia' yang baru sahaja habis kelas tasawuf malam itu.
"Waalaikumsalam warahmatullah sayang,,ya Allah..tak ada apa-apa,, Dhia' tak nak balik bilik lagi?",kak Nisa menukar topik.Dhia' menggeleng.
"Jom,kita berbual dekat bilik akak",kak Nisa mengajak Dhia' ke bilik biliknya."Ok,kak", gembira Dhia' mendengar ajakan kak Nisa.Ada juga orang hendak berbual dengannya malam ini.
YOU ARE READING
IMPIAN, TUNGGU AKU
Fiksi Remaja"Dia dah pergi,aku bila lagi",Dhia' mengeluh kecil. "tak pela,aku x de rezki lagi". . kisah seorang gadis yang ingin mengejar impiannya,namun dihalang dgn pelbagai ujian,cabaran,namun dia tahu Allah pengatur terbaik untuknya. moga berfaedah UTK pemb...