Esok hari last sekolah,malam ni mereka dikehendaki mengemas barang-barang dan bilik masing-masing.Dhia' tidak ketinggalan mengemas loker yang sikit demi sedikit dimuatkan ke dalam beg yang ternganga.Tiba-tiba sekeping gambar jatuh ke lantai.Dhia' menyedari gambar itu lantas mengambilnya yang memaparkan gambar semua rakan sebatchnya.
Andai masa dapat diputar kembali,Dhia' ingin berkumpul lagi semua sahabatnya,sekali dengan mereka yang dah pindah.Hatinya sebak, memikirkan yang dia akan keluar dan sudah tamat tempoh pengajiannya di sini.Dhia' pasti akan merindui Madrasah Masyhur Alawi ini.Air mata cuba ditahan.
...............................
Kring kring!!!
Tamat sudah sesi persekolahan 2019.Semua akan bercuti selama sebulan.Manakala pelajar-pelajar yang mengambil Imtihan besar akan menunggu keputusan peperiksaan mereka yang bakal keluar tahun hadapan.Doa dan tawakal perlu istiqomah dan seiring.Allah akan memberi penghujung yang terbaik bagi hambanya yang berusaha dan berikhtiar.Apa guna hanya bertawakal semata tanpa berusaha.
Allah tahu kau rajin,Allah bagi kau kejayaan,Allah tahu kau malas aAllah bagi sebaliknya.Apabila keputusan sudah keluar bersyukur dan bersujudlah kepadaNya.
"Uzma,tsk tsk,,Jaga diri,,saya akan merindui awak, doakan yang terbaik untuk semua,jumpa lagi tahun depan adik results,uhibbuki fillah",air matanya mula mengalir saat Dhia' memeluk sahabatnya Uzma.
"Awak pon sama,jaga diri jugak jangan lupakan saya,kalau free2,,kita on call,jumpa tahun depan jugak",bala Uzma sayu.Dia juga turut sebak dengan perpisahan yang mereka hadapi ini.Setiap pertemuan ada perpisahan.Mereka pulang dengan menaiki kereta ayah masing-masing.Uzma melihat kereta yang dimiliki Encik Rashid keluar dari perkarangan sekolah.'Selamat tinggal sahabatku'.
.......................
3 Hari kemudian
Dhia' sudah mendaftar untuk menghadiri pengajian kitab di Baitul qurroq wal fuqohak di Melaka.Dhia' menggunakan duitnya sebanyak 200 ringgit untuk 2 mnggu pengajian.Uzma pada mulanya mahu menyertai Dhia' menghadiri pondok tersebut,tapi ibunya telah mendaftarkan nama Uzma dalam akademi tahfiz di Selangor.Jadi, Dhia' pasrah dengan keputusan tersebut,apa boleh buat,dia kene pergi sana dan mencari kawan baru.
Hari ini ,Dhia' mula berkemas kerana esok,dia akan dihantar oleh ayahnya ke Melaka.Encik Rashid sudi menghantar anak perempuannya ke Melaka."Ummi, Dhia' pergi dulu,doakan Dhia' selamat sampai, selamat balik,kalau skype dengan akak,kirim salam dia,ya ummi",ujar Dhia' dari dalam kereta.
Ummi melambai,dan mengangguk kata-kata Dhia' dari jauh.Dhia' setia menemani ayahnya ketika dalam perjalanan.Encik Rashid nampak semangat anaknya untuk ke pondok'Perangainya,sama macam Atikah,bila dah minat, semangat dia sangat tinggi'.
'Atikah,ayah rindu kamu nak',bisik hati kecil Insan ncik Rashid'.Atikah adalah kakak dan anak sulung di kalangan adik beradik Dhia'.Sudah dua tahun dia ke Tarim.Merwka dapat berhubung hanya menggunakan skype.Rindu mereka sekeluarga sikit terubat walau tiada di depan mata.
Atikah berumur 21 tahun.Dia tidak seperti Dhia' yang perlu ke sekolah menengah.Apabila umurnya 13 tahun,dia dimasukkan ke pondok atas permintaannya sendiri.Ketika umurnya 19 tahun,dia sudah menghafal 30 juzuk Al-Quran dan telah khatam banyak kitab di pondok perempuan di Muar.Kemudian Atikah terus ke Tarim.
"Alhamdulillah,dah sampai ayah, tu..tak sabarnya", terserlah keterujaan Dhia.Bermulalah, rutinnya di pondok yang terletak di Sungai Udang itu.
YOU ARE READING
IMPIAN, TUNGGU AKU
Ficção Adolescente"Dia dah pergi,aku bila lagi",Dhia' mengeluh kecil. "tak pela,aku x de rezki lagi". . kisah seorang gadis yang ingin mengejar impiannya,namun dihalang dgn pelbagai ujian,cabaran,namun dia tahu Allah pengatur terbaik untuknya. moga berfaedah UTK pemb...