Semasa Dhia' habis bercerita, Karmila sudah berhenti daripada tangisannya.
Dia mengangkat kepalanya lalu melihat Dhia' yang sedang merenung langit yang membiru.Petang itu sangat cerah dengan awan yang berarak perlahan.Tiba-tiba,Karmila memeluk Dhia'.Dhia' tersentak lalu membalas pelukan Karmila."Akak,saya akan ceritakan masalah saya,tapi akak jangan bagi tahu dekat kawan-kawan saya dan cikgu-cikgu",jelas Karmila.
Cerita yang diceritakan kepadanya tadi ada sedikit persamaan dengan masalah yang dia hadapi sekarang.Ya,pasal kawan dan lelaki.Lelaki yang mengatakan dia mencintai Karmila namun dalam diam ada muslihat tersirat.Selepas dia mendapat tahu,lelaki tersebut hanya mahukan duitnya,dia tidak mengendahkan surat yang diterima setiap hari itu di bawah meja.
Pelajar lelaki tersebut menyedari akan sikap Karmila yang mula menjauhkan diri darinya.Setelah itu,pelajar lelaki yang diceritakan oleh Karmila yang bernama Alias.Dia adalah rakan satu batch dengannya.
'Allah,kawan satu batch aku sendiri,macam mana aku tak tau ni',bisik hatinya.Karmila sudah semakin tenang selepas dia menceritakan perasaan dan luahan hatinya kepada kakak seniornya.Dia pada mulanya ragu-ragu,tapi dia tahu kak Dhia' ialah akak yang baik sangat prihatin.
Setelah selesai mereka berbual dan menghabiskan cerita,mereka pulang ke bilik masing-masing.Dhia' tekad,dia akan beritahu Fahim mengenai kes ini.Fahim sahaja yang dia lebih selesa untuk berbincang.
......................
Uzma melihat Dhia' yang baru kembali dari ampaian belakang.Uzma baru sahaja usai mandi."Dhia',dah okey,dah selesai?,Karmila okey tak?",tanya Uzma bertubi-tubi.
Dhia' mengangguk dan tersenyum.Sekarang giliran dia untuk mandi memandangkan Uzma sudah mengecop tempat mandi untuknya.
......................Usai Dhia' mandi dan masuk ke biliknya, dia mengemas loker dan katilnya.Rakan-rakan biliknya sedang berkumpul di tengah-tengah bilik.Ada benda yang mereka sedang bincangkan."Korag bincang apa ni,macam nest je dengarnya",tanya Dhia' lalu mengambil tempat duduk di sebelah Hamizah.
"Kitorang rancang nak pergiiii...",Farihah menjawab dengan memanjangkan 'gi'nya."Baitul qurroq",jawab Hamizah,Hakimah dan Fariha.
"Ouh,gi pondok baitul qurroq", Dhia' mengangguk memahami apa yang hangat dibincangkan ahli biliknya."Tapi",tiba-tiba Uzma memotong perbualan mereka.
"Ada,di antara kitorang yang nak gi majlis ta'lim darul Murtadza",tambah Uzma lagi.Tiba-tiba rakan dari bilik sebelah datang menyampuk lagi"Kitorang nak hi MTDM jugak",sokong Sarah dan Siti.'Haih, macam-macam lah korang ni',kata dalam hatinya.Dia akan merindui suasana asrama begini terutama memori dengan sahabat-sahabatnya.
Hakikatnya kedua-dua tempat dia ingin pergi selepas habis sekolah ni sementara menunggu keputusan STAM nya keluar.Ada di antara akak seniornya pernah ke situ.Ada yang mereka dengar suasana di sana seperti di Tarim,Yaman.Seseorang yang pergi ke sana akan belajar berguru membaca kitab.
Setiap tahun kitabnya berbeza-beza,namun jenis ilmunya sama iaitu peserta akan bertalaqqi kitab tauhid,fiqh dan sedikit ilmu tasawwuf seperti adab.Dhia' sungguh berminat dan berazam ingin ke sana,bersama sahabat-sahabatnya.Dia sudah meminta ayahnya untuk ke sana yamg bertempat di negeri Melaka.
Manakala MTDM,dia ingin merasa suasana maulid di sana selain di bumi Alawi ini dan dia ingin bertemu dengan para habib atau hubabah jika ada walaupun dari jauh.Ia adalah satu nikmat baginya jika dia dapat berjumpa dengan orang-orang Soleh seperti mereka.Dhia' berdoa moga apa yang diniatkan akan menjadi kenyataan dan Allah memilihnya untuk ke sana.Dhia' tersenyum sendirian tanpa menghiraukan sahabat-sahabatnya yang sedang rancak berbual.
YOU ARE READING
IMPIAN, TUNGGU AKU
Novela Juvenil"Dia dah pergi,aku bila lagi",Dhia' mengeluh kecil. "tak pela,aku x de rezki lagi". . kisah seorang gadis yang ingin mengejar impiannya,namun dihalang dgn pelbagai ujian,cabaran,namun dia tahu Allah pengatur terbaik untuknya. moga berfaedah UTK pemb...