Chapt5

16 3 1
                                    

Maka berkumpullah kelas 6 Jannah di tempat prep setelah mendapat maklumat yang mereka akan membincangkan program yg akan dilajankan hujung bulan ini bersama pelajar 6 Abu Bakar iaitu dari kelas banin.

Setelah sume sudah berkumpul,mereka memulakan dengan surah pembukaan,surah Al-Fatihah agar ijtimak mereka diberkati.

"Assalamualaikum sahabat-sahabatku semua,korang tau kan kita nk bincang apa malam ni,psl program 'Pemimpin sehebat Al-Fatih',saya harap korang boleh bantu saya UTK bekerjasama dengan pelajar 6Abu Bakar yg diketuai oleh Fahim", Dhia' cuba mengambil nafas sebelum menyambung kata-katanya lagi.

"Nak tak nak,kita kene ambil part..boleh",tanya Dhia' kepada semua kawan yang disayanginya.

Masing-masing mula berbisik-bisik sesama mereka.Ada yang nampak berminat dan tidak sabar untuk menguruskan program yang julung-julung kali dilakukan di sekolah mereka.

Hawa bangun lalu berkata,"Aku nak tanya,adakah kau dan Fahim akan menjadi ketua dan penolongnya?,".

"Ya Dhia',yang jadi pembantu Fahim,urus benda tu sume, jadi sume kene dengar cakap dia",Hakimah menyampuk.

"Hakimah", terkejut dia dengar suara lantang sahabatnya itu.

"Kita bukan bergantung pada penolong dan ketua sahaja,kita bergerak bersama,ok..saya akan bantu korang jugak",minta Dhia' kepada semua rakan sekelasnya.

Hawa mencebik.Dia sebenarnya suka akan Fahim.Mana taknya,lelaki senior terkacak dalam sekolah.Mereka meneruskan perbincangan siapa yang ingin menguruskan makanan,tempat,aktiviti,peralatan,kawalan murid dan sebagainya.

Malam itu selepas berkumpul dengan disudahi surah Al-Asr dan tasbih kafarah,mereka pulang ke bilik masing-masing.

"Dhia',jom solat witir dulu,sebelum masuk bilik,kita tenangkan fikiran dan luahkan lah apa yang awak nak,in Sha Allah,tuhan bantu",Uzma memujuk Dhia'.Dia tahu akan keserabutan Dhia' pada malam itu.Sebentar tadi ada sedikit perbalahan antara mereka. Dhia' cuba bersikap tenang dan memberitahu pendapatnya.

Akhirnya pertelingkahan tersebut dapat dileraikan.

Dhia' mengikuti ajakan Uzma untuk menunaikan solat witir sebelum masuk ke bilik mereka.

IMPIAN, TUNGGU AKUWhere stories live. Discover now