Dhia' sedang berada di kelas.Har ini hari Ahad.Tepat jam 3:20 perlu petang,sesi persekolahan tamat untuk hari ini.Banyak kerja tertangguh sejak mereka sibuk dengan program yang mereka kendalikan.Dia dan lima lagi rakan sekelasnya masih kekal di tempat duduk masing-masing.Tiba-tiba dia terdengar suara riuh rendah di kelas sebelah.Suara itu datang dari kelas tingkatan 4 Jannah.Dia amat kenali suara itu.Dia bangun lalu mengajak salah seorang dari rakan sekelasnya,Hazimah.
"Hazimah teman saya pergi kelas sebelah,kenapa bising-bising tu,",ajak Dhia'.
Hazimah mengikut sahaja langkah Dhia' ke kelas sebelah.Mereka bergegas dan lalu di hadapan kelas perempuan tersebut.Hakimah memberi salam."kenapa bising-bising ni,apa masalah sampai terjerit-jerit,nak satu sekolah dengar ke",tegas Hazimah dengan nada yang marah.Semua yang berada dalam kelas itu semua tertumpu pada Hazimah.
"Ehh,akak ni sibuk kenapa,ni ha,Aliza dia tuduh saya mencuri duit dia",jelas Qaisara.Dhia' terdiam masih ada lagi yang ingin mencuri hak orang lain.Banyak amaran telah kakak dan abang tentang isu mencuri ini.
"Aliza kenapa awak tuduh tanpa usul periksa betul ke Qaisara yang curi duit awak",tanya Dhia' minta kepastian.
"Kak Dhia',bukan dia duit saya sahaja,dia ada juga curi duit kawan-kawan yang lain,saya nampak",jujur Qaisara. Dhia' mengakuinya Qaisara adalah adik biliknya dahulu.Dia seorang yang jujur dan baik orangnya.
"Sudah,tak kira lah siapa pun yang mencuri,tau tak mencuri atau ambil hak orang lain tu haram,suka eh makan benda haram,benda haram yang ada dalam badan kita ni, menyebabkan susah kita nak belajar,akak tak faham kenapa ada lagi pelajar nak mencuri", Dhia' cuba menahan amarahnya.
Qaisara dan Aliza hanya menunduk.Mereka mendengar sahaja apa yang dikatakan senior mereka.
"Banyak dah akak terima laporan pasal kes mencuri di aspuri",dia berasa kesal dengan isu tersebut.
"Dah,kalau boleh balik ke asrama sekarang",tegas Dhia'.Qaisara dan Aliza cepat-cepat mengemas beg mereka.Dhia' dan Hazimah kembali ke kelas mereka.'Aku perlu lakukan sesuatu'.
Dia ternampak Salahuddin melalui kelas mereka.Dhia' terdetik untuk membina bantuan daripada Salahuddin.Dia bertemu dengan Salahuddin di depan kelas.Lalu menceritakan kepadanya dan memberitahu hajatnya.
YOU ARE READING
IMPIAN, TUNGGU AKU
Teen Fiction"Dia dah pergi,aku bila lagi",Dhia' mengeluh kecil. "tak pela,aku x de rezki lagi". . kisah seorang gadis yang ingin mengejar impiannya,namun dihalang dgn pelbagai ujian,cabaran,namun dia tahu Allah pengatur terbaik untuknya. moga berfaedah UTK pemb...