'Cuba mintak sekolah dekat rumah abang long tu dekat la sikit, dari tak buat apa-apa kat rumah ni' ulah mak.
'Ya mak, nanti Tam mintak' balas ku malas.Terus aku melangkah malas masuk ke dalam bilik ku.Malas mendengar bebelan mak aku yang tak henti-henti menyuruhku kerja itu dan ini.
'Ha tengok tu mak cakap ja Tam cabut masuk bilik' bebel mak aku.
Samar-samar aku dengar suara mak aku dari bilik.
Genap setahun lebih aku berada dikampung tanpa pekerjaan yang tetap dimata mak aku.Aku baring diri aku di atas katil peninggalan bapak aku. Tangan ku letakkan di dahi aku sambung menjadi memikirkan masa silam dan masa depan ku.
Apa nak jadi dengan aku ni. Pengajian PHD aku ambil sekerat jalan, kerja aku resign, masih solo tak kawin-kawin dan sekarang paling sadis diusia 32tahun aku jadi penganggur kat kampung aku.Aku mengeluh kasar....
Masih terbayang-bayang keadaan office tempat kerja lama aku dulu.Dulu aku merangkap executive di syarikat-syarikat yang pernah aku kerja.Aku ingatkan kerjaya aku terus grow dan grow sampai ke peringkat big bos hmm...
Perit aku rasakan bila mengingatkan imbasan kenangan aku di sana.Betul-betul perit.Allah.Air mata aku keluar lagi.
![](https://img.wattpad.com/cover/131057206-288-k613266.jpg)
YOU ARE READING
Sesak
Mystery / ThrillerSosok tubuh itu muncul tanpa diundang. Kadang sosok itu muncul di tengah jalan , kadang di bilik dan di mana sahaja tempat Tam berada. Siapa sebenarnya pemilik sosok itu? Kenapa kerap kali muncul di hadapan Tam? Kenapa ia kerap mengikuti Tam walau...