2.Tikam belakang

352 6 2
                                        

Setahun dahulu...

'Aku nak resign' ulahku kepada D teamate aku. Mukanya agak terkejut dengan tindakan aku.

'Apahal pulak?..adoi habis kerja-kerja ni sapa nak buat dah dekat nak audit dah ni' ujar D kepada aku.Terbit kebimbangan di muka D.

'Aku rasa dah tiba masa kot aku blah dari sini, ko tahulah kan si bangang tu keep on hurting my reputation'. Marah ku.

D mengangguk paham tentang si bangang yang aku maksudkan.Kerja tak tahu nak buat tapi demand gaji mengalahkan perdana menteri. Damn kenapalah aku jumpa manusia bermasalah macam ni.

Ku lihat meja sebelah ku juga kosong.Dia juga senasib dengan aku.Senasib jadi mangsa permainan si bangang tu. Tak ku sangka dalam diam-diam atau Gem ni hantar resume tempat yang sama aku mintak.

Kitorang di office smua panggil dia Gem sebab dia gemuk walau nama asal dia Nur. Mula-mula aku kesian panggilan dia begitu. Sebab 10 tahun lepas aku panggil dia Nur.Tapi dia sendiri suruh aku panggil Gem aku pun lekat dengan panggilan tu.

Gem mintak jawatan yang sama dan gaji lagi rendah daripada aku. Damn.Masa semua sibuk hantar dan kirim resume kepada abg Lani si Gem ni buat muka bodoh macam tak ada apa-apa.Senyap-senyap Gem hantar resumee dekat Abg Lani. Jawatan tu kau kebas.Panas hati aku ingat kembali aku yang hantar Gem masa interview tu.Menyesal aku.

Gem orang dan merangkap member yang bawa aku masuk ke syarikat tersebut. Sakit mental aku diperlakukan oleh si bangang tapi sakit lagi hati aku bila dipergunakan oleh si Gem ni.

Gem aku anggap orang yang rapat dengan aku walau geng kitorang lain-lain. Gem ni satu degree dengan aku sambung master dengan aku sebilik dengan aku. Paling aku menyesal pernah dulu aku dari Nilai tempat office lama aku, drive ke Putrajaya semata-mata nak lepak dengan dia.

Yess aku yang bodoh percaya yang member yang aku kenal 10tahun ni boleh grow sama-sama dengan aku.Patutlah benda yang tak pernah aku cerita dekat orang lain sampai ke pengetahuan orang lain.Aku paling benci gosip dan aku benci Gem ni.

Kenapa kau buat macam ni dekat aku Gem.Lepas Gem resign segala permainan Gem terbongkar. Shit!Kau gunakan aku Gem.Kau putar belit fakta semata-mata selamatkan diri kau. Karma itu pasti.

SesakTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang