9.Hotel

157 3 4
                                    

Jalan belakang di Taman Mergong Alor Star tu diselusuri oleh kereta myvi yang dinaiki Tam dan Izat.

"Beb, nak belok mana pulak ni" tanya si Tam.

"Hang cuba pi straight lepas pada simpang ni" balas si Izat.

Tam pandu mengikut arahan Izat.

"Ha ni la dia hotel yang kita tempah tu we, not bad la" Ujar Izat girang sambil menunjuk ke arah hotel Az itu.

Hotel Az yang tersergam disebelah kiri mereka berada bersebelahan dengan tempat jualan kereta dan pusat aksesori kereta Mergong.

Kawasan hotel terasa sunyi sepi tanpa penghuni. Walau yang menyambut Tam dan Izat adalah dua wanita yang peramah, namun tetap tak dapat nak menghilangkan perasaan aneh yang Tam rasakan pada masa itu. Entah kenapa Tam sendiri pun tak tahu. Namun disenyapkan saja.

"Oi, awat senyap?Dari mula kita check in sampai siap mandi semua, hang dok camtu jugak. Awat oi?" Izat cuba memecah kesunyian bila dilihat Tam diam pelik.

Termangu seketika Tam dengan soalan Izat.



Mengimbas kembali
#############################

Seusai mereka sampai di  hotel, mereka menuju terus ke arah kaunter pendaftaran. Hotel 2 bintang begini, penyambut tetamu memang tak ada lah.

Terdapat 3 orang wanita yang bertugas ketika itu. 2 orang melayu dan seorang Cina. Namun salah seorang wanita Melayu tersebut merenung Tam tajam. Aneh sekali mengikut perkiraan jiwa lelaki Tam yang selalunya tenang ini. Tiada langsung perasaan gelora, yang ada hanyalah keanehan.

"Hai, kami mai nak check in?" Izat selaku ice breaker memulakan ayat.

Namun mata si wanita Melayu tetap memandang Tam tidak berkelip walau Izat yang berurusan di kaunter tersebut. Tam tidak hiraukan lalu terus memandang ke arah kertas pendaftaran yang dipegang oleh petugas wanita tersebut.

"Dua orang ja ka bertugas hari ni? maklumla hari ni kan cuti umum" Izat berbasa basi.

Dua orang? Riak terkejut jelas terpampam di muka Tam. Langsung di alih pandangannya ke arah perempuan melayu yang memandangnya tadi. Bukan jauh pun jarak dari Tam. Lebih kurang 0.5 meter sahaja. Perempuan itu hilang entah ke mana.

Mukanya ditampar perlahan berulang kali. Bimbang yang dialami Tam hanya mimpi. Tapi pedih dirasakan dipipinya. Tam pasti ini bukan mimpi.

Semua mata memandang Tam dengan reaksinya itu. Tapi Tam berlagak tenang.
Sebelum Izat menambah ayat segera Tam memintas.

"Beb, jom. Dah settle kan? Aku nak tidoq sat"

Dua wanita tersebut memandang Izat bagai meminta penjelasan mungkin terkejut dengan perangai Tam yang tak sabar itu.

"Oh dia ni memang lagu ni, lepas drive ja kena rehat dalam sejam dua, kalau tidak ha jadi lagu ni a dok wat kalut tak tentu arah" Izat menambah.

Tam mengangguk dan senyum hormat ke arah dua wanita tersebut. Namun Tam tetap merenung sekilas ke tempat duduk perempuan melayu yang hilang tiba-tiba tadi. Dan ia tetap kosong.

Kunci di tangan Izat Tam rampas dan segera menuju ke bilik yang mereka tempah tersebut. Izat tergesa-gesa mengekori Tam dari belakang sambil mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua pekerja wanita itu.

Kedua-dua wanita tersebut tersenyum, mungkin gembira dapat cerita baru untuk digosipkan mengenai pelanggan mereka ini.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jun 16, 2019 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

SesakTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang