7.Keluar

125 6 1
                                    

Perlahan-lahan Tam membuka mata.Memikirkan apa perlu dilakukanya. Handphone nya dicapai. Senarai register nombor telefon dicari satu persatu. Akhirnya nombor yang dicari pun dijumpai.
Applikasi wassup aku buka.

"izzat, beb watpa tengah hari ni?
"aku tengah habiskan tempahan ada sikit lagi, awat?" jawab izzat
"ok hang habiskan dulu, tengah hari aku ambil kat tempat biasa, ok? "balas aku
" ok beb.. koi 12 jumpa kat sanaa na"

Baju-bajunya di dimasukkan ke dalam beg. Barang-barang keperluan lain dimasukkan ke dalam beg sandangnya.
'Ah aku bukan lari dari rumah, aku cuma mahu cari kehidupan aku balik' bisik hati Tam.

Usai siap, langkahnya perlahan mencari kelibat Mak Dah.
"Mak, Tam kluaq dulu.. tak tau lagi bapa hari baru nak  balik sini balik"

"Ha pi lah.. kluaq elok2 na. apa-apa telefon mak balik"jawab Mak Dah sambil menghulurkan  beberapa keping not rm50 kepada Tam.

Tam berjalan masuk ke dalam kereta. Dalam masa yang sama kelihatan kereta abang long dan kakak iparnya masuk ke halaman rumah. Cepat-cepat Tam membaling barang-barang ke dalam kereta. Wajah-wajah itu yang selalu menambah kegusarannya. Mereka bukan membantu mereka hanya insan yang suka menambah-nambah tekanan dalam hidupnya.

Sungguh dalam hatinya takkan pernah ada rasa sayang lagi kepada abang longnya sejak abangnya berumah tangga.Rasa hormat jauh sekali. Acapkali ayatnya ialah "jangan muncul depan mata aku".

"Aku tak pernah anggap mereka keluarga aku"bisiknya keras. Cepat-cepat dia keluarkan kereta dari halaman rumah. Rosak mood nya seketika. Kalau tak kerana Mak Dah, dah lama dia maki hamun keluarga abang longnya itu. Sumpah dia takkan pernah maaafkan mereka. Takkan!

Kereta myvi Tam dipandu laju. Entah lah sampai bila fikirannya akan tenang. Duit saving nya dulu pun makin berkurang. Kusut dikepala masih tidak pernah kekurangan.

Kiri kanan jalan yang ada hanya dua tiga buah rumah di kelilingnya hanya pokok-pokok getah. Walau hampir tengah hari namun hanya kereta Tam sahaja berada di atas jalan.

"Doom! "bunyi kuat berdentum. seolah-olah bumper bawahnya terlanggar sesuatu. Tam perlahankan kenderaan dan memberi signal ke sebelah kiri." Apa plak kali ni? "

Keretanya dihentikan di tepi jalan.
Keretanya dibelek. Namun tiada kesan calar atau kesan kemek. Tapi apa bunyi tu. Tam semakin musykil. Kelihatan bulu romanya menegak. Yelah dipertengahan jalan kebun getah langsung tiada kenderaan memang naya kalau dia sorang-sorang di situ.

Deruan angin tiba-tiba menggila terasa menampar-nampar wajahnya. Terasa speknya di penuhi kabus. "Tapi kabus apa tengah hari macam ni" ujar Tam sekadar berbisik sendirian.

Samar-samar muncul kelibat hitam meninggi. Jantung Tam mengempam laju. Ayat-ayat kursi dibacanya berkali-kali. Kelibat itu seakan-akan marah malahan semakin menghampirinya. Tiba-tiba "pin, pin" bunyi hon kenderaan di sebelah.

Langsung di pandang Tam ke arah bunyi hon tersebut. "oi, awat hang?Kereta ada masalah ka" tanya si pemandu kereta yang berhenti disebelah kereta Tam.

Tam pandang keliling. Kelibat itu hilang, angin pun dah reda. Tam jadi keliru.Langsung muka Tam beralih kepada pemandu kereta tadi.

"Haih, tak dak pa. tapi tadi macam bunyi kuat dekat bawah kereta.. pastu tengok tak da apa pun"balas Tam.

Muka pemandu tersebut bertukar kelam. "Hmm, sini kan hanya orang terpilih yang mampu tengok benda yang bukan-bukan" balasnya.
"Hang ni aku rasa tak bapa nak stabil ni kan, hang stress kan? Banyak-banyak ingat Allah. Ha, tak pa lagu tu aku pi dulu"

Aku mengangguk dan langsung masuk ke dalam kereta. Apabila ku pandang depan kereta yang memang searah dengan aku dah hilang dari pandangan mata kasar aku. Sedangkan jalan yang aku lalui ni memang lurus. Walau 1km di hadapan aku masih boleh melihat kereta di hadapan.

Aku berzikir panjang. Allah ujian apa aku dapat hari ni. Makin banyak perkara pelik berlaku dalam hidup aku. Aku makin keliru yang mana fantasi mana realiti. Ibarat sudah bercampur gaul antara dua dimensi.

Aku teruskan pemanduan aku menuju destinasi. Mengharapkan kelibat tadi tidak muncul-muncul lagi. Allahu apa maksud semua ni..
Ya aku tahu, makhluk-makhluk ini muncul bila hati aku masih ada dendam yang belum tertunai. Dendam kepada mereka. Makhluk-makhluk manusia bertopengkan syaitan. Pandai bermuka-muka di bumi Allah. Makin hari makin membara.

SesakWhere stories live. Discover now