Telefon mak berdering! Mak masih berada di dapur. Langsung aku malas mahu menjawab panggilan itu walau aku berada dekat di ruang tamu. Sudah pasti panggilan daripada adik beradik aku yang lain.
Bunyi derapan kaki mak melangkah perlahan-lahan semakin kuat ke arah ruang tamu lalu mak menjawab panggilan telefon tersebut.
'Ha angah..oo mak sihat, adik pun sihat ' jawab mak sambil memandang ke arah aku.
Sudah pasti panggilan dari angah aku. Pantas aku cabut masuk bilik.
Sebab aku mengagak nama aku pasti muncul dalam perbualan diorang.
Tu belum Along, Alang, Ateh yang call. Kalau tidak lagi masak telinga aku dengar takzirah diorang. Diorang tahu aku sudah pasti jarang nak menjawab panggilan diorang sebab sudah masak dengan perangai aku yang endah tak endah sahaja apabila ada panggilan masuk ke handphone ku.
Keluarga aku terdiri daripada 6 orang adik beradik. Aku anak ke 5.
Adik beradik aku yang lain semuanya bekerja sebagai guru termasuk lah ipar duai aku.
Mak dan arwah abah aku juga merupakan bekas guru malahan keluarga besar aku bermula daripada arwah atuk aku, makcik, pakcik dan sepupu, majoritinya dalam bidang pendidikan.
Makanya boleh lihat akulah satu-satu manusia tersepit disitu ataupun aku gelar aku ni 'black sheep in my family' disebabkan aku dalam bidang kejuruteraan.
Dalam usia 30an dan masih 'melongo' di rumah sudah pasti lah adik beradik yang lain akan bising. Aku paham tapi trauma yang aku hadapi susah untuk ku hadam.Insan-insan ini aku anggap tidak memahaminya disebabkan kami berlainan bidang. Disebabkan itu aku memilih untuk berdiam.
Handphone Samsung ku aku capai. Aku tenung lama. Hmm tak sangka dah setahun tak ada orang luar beruusan soal kerja dengan aku.Aku rindu moment tu. Hmmm..Sekali lagi aku mengeluh.
Lock handphone aku buka dan terus ke gallery. Ku tatap gambar-gambar dalam gallery. Ada yang kurasakan tragis dan ada yang menggembirakan. Bermulalah aktiviti aku delete gambar-gambar yang menyakitkan hati.
Itu lah aktiviti rutin aku semenjak setahun yang lalu. Entah apa la nak jadi pada hidup aku. Di kampung aku merupakan ' STAR' dalam batch aku. Tapi apabila masuk ke sekolah menengah berasrama penuh keputusan aku menurun namun masih ditahap yang selamat.
Mata aku tertancap pada gambar Gem yang aku ambil untuk dijadikan resumee. 'Aih ini kalau aku bawak pergi bomoh ok juga ni'aku tersenyum. Dendam aku padanya belum padam.
Aku ingat lagi dia senyum tanpa mengendahkan aku yang makan hati apabila dia dipanggil oleh si Bangang untuk sertai meeting hari keluarga. Hanya aku seorang tidak dipanggil.
Si Bangang merupakan manager di site tempat aku bekerja. Dia dan aku memang tak pernah sependapat. Mula-mula aku masuk kerja dah buruk-burukkan rakan-rakan sepejabat aku yang lain
Masih aku ingat hari pertama masuk kerja...
'You tolong buat report ni dan bagi dekat i besok ye dan lusa pukul 10am you masuk meeting present report u dekat management ' arah Si Bangang.
'Sebelum pukul berapa nak pas report ni?'tanya aku pantas.
'Sebelum you balik, you emel i' jawabnya.
'Ok' aku mengangguk pantas.
Lantas jari jemariku menyiapkan report safety tersebut. Dengan mudah aku siapkan disebabkan aku dah biasa dengan kerja tersebut dengan syarikat yang dahulu. Cuma apabila report berkaitan dengan kerajaan mestilah Bahasa Melayu.
Emel ku hantarkan kepadanya keesokkanya sebelum aku balik. Guess what, bos will be boss. Last minit dia suruh aku print out. Aku print out macam disuruh. Pukul 7 pm aku bergerak balik.
On the way aku balik, Si Bangang call aku. 'Saya dah print semua dalam black white sahaja' ku jawab pantas.
Tak cukup dengan itu, dia wassup pula dekat group bertanyakan hal kerja lagi. Ku lihat jam telah menjengah 8.30pm. Apehal dia ni habis waktu kerja pun meroyan lagi. Benar-benar berbeza dengan tempat kerja lama aku dulu.
Keesokkan aku masuk pejabat muncul suara-suara yang tak senang aku dengar.
'Wow bakal orang kesayangan bos nanti, lepas waktu kerja pun masih cakap hal office lagi.'ujar suara itu.
Aku pandang tajam ke arah pemilik suara tersebut.Ouh dah tua. Aku abaikan tanpa membalas.
'Dia tak tahu ke aku buat report tu pakai otak aku. Begini ke syarikat yang majoritinya pekerja Melayu?' Hati aku berbisik.
Dahulu aku bekerja di syarikat yang majoritinya Cina. Masuk meeting cakap bahasa cina. Sehingga aku sudah boleh berbahasa cina.Tampak lain benar suasana bekerja yang majoritinya Melayu 'negatif' aura.
Para-para juruteknik selalu melepak di office sebelum naik untuk buat kerja masing-masing. Sebab itu aku tidak balas suara yang memerli aku tadi maklumlah aku masih baru walau pun jawatan aku lagi tinggi tapi hakikat status 'orang baru' lagi penting.
Pukul 9am Si Bangang masuk ke pejabat. Aku serahkan report yang siapkan kepadanya. Hari ni aku siap bawak blazer untuk aku present di meeting nanti. Ku lantas bertanya Si Bangang.
'Bos meeting pukul berapa?'
'Aaa ...awak tak payah masuk, saya gerak dengan Mechi engineer je". Jawabnya pantas sambil mengajak engineer itu bergerak.
Damn.Aku tumbuk meja. Semua memandang aku. Semua senyap pasti terkejut dengan tindakan aku. Selama beberapa hari aku banyak diam dari bercakap. Report aku kot. Apehal orang lain yang present.
'Dia selalunya macam tu, otak dia penuh muslihat' Gem menambah.
Aku pandang Gem tajam sebagai signal untuk dia diam.
Bermula hari itu, minggu pertama di mana permulaannya aku hilang punca, makna erti pekerjaan yang sebenar. Aku merasakan reputasi aku sebagai leader makin menurun kepada teammate aku.
Si Bangang tu penghancur karier aku ditambah dengan momokan Gem. Bodohnya aku terlalu mengikut emosiku. Meluap-luap api dendam aku. Aku bagai hilang profesional aku sewaktu bekerja disitu. Arghhh.....
ANDA SEDANG MEMBACA
Sesak
Misteri / ThrillerSosok tubuh itu muncul tanpa diundang. Kadang sosok itu muncul di tengah jalan , kadang di bilik dan di mana sahaja tempat Tam berada. Siapa sebenarnya pemilik sosok itu? Kenapa kerap kali muncul di hadapan Tam? Kenapa ia kerap mengikuti Tam walau...
