Usai siap paip sinki dapur direpair aku masuk dapur dan kemaskan apa yang perlu. Ku cuci permukaan atas kabinet dengan sabun.
Pinggan-pinggan kotor yang ku pasti memang anak-anak si ina punya kerja ku cuci dan bilas dengan sabun. Seketika itu bunyi tapak kaki yang perlahan sememangnya ku pasti itu mak aku kedengaran menuju ke dapur.
"Abang keluar ka mak?"tanya ku . "Haah depa keluar dalam tengah hari tu balik la kot". Balas mak.
"Habis tinggal anak-anak pasaipa?" Balasku dengan kegeraman.
Sememangnya kalau tiada sebab begitu tak kan mereka balik ke kampung.
"Sebab tu mak cakap jangan tinggal sini. Sampai bila nak lari".Kata mak keras.
Tam terasa hati. Bukan kali pertama maknya bilang begitu. Sampai hati mak menangkan mereka itu dari dirinya. Padahal jika tiada tujuan susah abangnya itu sekeluarga untuk balik kampung. Kalau yang kerap pun abangnya yang lagi seorang sahaja yang pulang.
Nasi yang dijamah Tam terasa kelat. Tidak seenak tadi lagi.
"Mak tak mau anak-anak mak bunyi macam ni, tak suka mak dengar. Hampa tak pernah rasa apa mak rasa" balas maknya lagi.
Namun Tam tidak membalas walau sedikit. Tam tahu kalau bercakap pun tiada guna. Selalu sangat Mak Dah marahnya kembali bila isu ini ditimbulkan.
"Kalau hang rasa nak keluaq pi mana-mana pi la"suruh Mak Desah.
Aku tetap terus mendiamkan diri tanpa sebarang kata. Aku sayang sangat mak aku. Aku tahu kalau aku berkata-kata aku akan hilang kawalan emosi. Aku pilih berdiam diri untuk bertenang kembali.
Mak Dah berlalu dari dapur bila cakapnya tak berbalas. Malas dia nak melayan anaknya itu.
Tam bangun usai habis nasi dipinggannya. Anak saudaranya masuk lantas bertanya apa untuk disarapan.
"Acik makan sup semalam. Makan ah kalau nak".aku balas acuh tak acuh. Niat nak menyapu sampah terus terkubur disebabkan ni.
Aku menuju ke bilik lalu pintu ku kunci rapat. Aku tak mahu anak-anak saudara aku mengganggu aku yang sudah mulai kusut ini.
Aku nekad untuk lekas dan cepat keluar dari rumah ni. Tapi aku perlu cool down dahulu sebelum mengatur semuanya.
Tiba-tiba ku dengar bising-bising di luar bilik aku.Bunyi anak-anak saudaraku anak-anak si ina sedang bergaduh. Malas dia nak masuk campur.
"Acik.!!.Adik kencing tilam"report sang kakak kepada aku.
"Adik basuh tilam tu. Takkan nak diharapkan kakak lagi basuh. Awak tu dah darjah 3 kot" Jerit ku keras.
Namun tak diendahkan mereka. Mereka terusan bergaduh. Kepala aku terasa panas. Jantung aku berdegup semakin kencang. Aku tahu sangat perasaan itu.
"Arghh.kusut aaaaa".
Ku capai handphone lalu youtube lagu MGK(Machine Gun Kelly) aku buka. Kedua telinga aku sumbat dengan dengan ear phone agar asing dari dunia luar sebentar.Sebentar pun tak apa. Tak lama aku mintak. Aku letih .
Selalunya bila anak si ina yang kencing tilam Mak Dah yang tukang cuci. Mak Dah cakap kalau tak dicuci habis bau satu bilik tersebut yang turut didiami oleh kakak aku yang satu lagi bila kakaknya sekeluarga pulang ke kampung.
Si Betina ni langsung tak ambil kisah dengan perlakuan anaknya tu. Aku sangat masak dengan perangai bastard nya itu.
Tam kasihankan Mak Dah. Namun apa boleh buat. Maknya akan marahnya kembali bila isu pasal mereka ditimbulkan. Baik Tam diam terus tanpa membantah apa-apa.
Lagu-lagu bermacam genre berkumandang di earphone aku. Baik-baik liriknya seiring dengan perasaan aku ketika itu.
🎵🎵🎵i wanna go away, i dont wanna stay anymore🎵🎵
Matanya dipejam kembali untuk berehat. Penatnya tidur yang hanya 2jam semalam masih bersisa. Namun bayangan peristiwa itu tetap bermain tanpa dapat dihentikan lagi di fikiranya.
"Tidurlaa..aku tahu kau penat..tidurla..." suara tidak berjasad itu datang kembali.
![](https://img.wattpad.com/cover/131057206-288-k613266.jpg)
YOU ARE READING
Sesak
Mystery / ThrillerSosok tubuh itu muncul tanpa diundang. Kadang sosok itu muncul di tengah jalan , kadang di bilik dan di mana sahaja tempat Tam berada. Siapa sebenarnya pemilik sosok itu? Kenapa kerap kali muncul di hadapan Tam? Kenapa ia kerap mengikuti Tam walau...