4. Dendam

181 5 1
                                    

Arghh...aku menjerit lagi. Adik aku yang kebetulan lalu di depan bilik aku muncul.

'Apahal Tam?'tanya adik.

'Tak ada apalah, blah blah sibuk betoi' halau ku.

'Sawan kot' balas adik aku perlahan. Adik berlalu pergi sambil mengangkat bahu.

Salah aku juga berangan tapi pintu bilik tak ku kunci. Memori itu datang lagi. Sungguh aku bagaikan terperangkap dengan masa lalu yang kelam. Aku bagai dikunci kesorangan dalam bilik gelap gelita tapi tidak diketahui sampai bila perasaan ni.

Aku capai handphone huawei aku yang aku khaskan untuk menonton video sahaja.
Tangan aku pantas memetik butang youtube dan browse ke 'commit suicide' atau bunuh diri. Banyak video-video tersebut dipaparkan disini.

Aku tak tahu kenapa video begini buat aku rasa tenang dan aku tidak keseorangan. Mungkin aku dan pelaku video tersebut mempunyai rasa yang sama iaitu 'depression' atau tekanan.

'Apa masaalah aku sebenarnya?'bisik ku perlahan.

Hampir setahun aku berkurung di dalam rumah. Aku hanya membantu kerja-kerja dalam rumah sahaja. Aku mengelak berjumpa dengan jiran-jiran atau kenalan keluargaku .

Mak aku puas menasihati aku untuk keluar sekali sekala berjalan-jalan di sekitar kawasan kampung . Tapi jawapan aku tetap begitu tiada reaksi. 'Ya mak' sambil masuk bilik.

Di bilik alu rasa selamat, tenang tanpa gangguan. Bilik aku, aku hias sendiri dengan barangan terpakai. Kotak-kotak A4 aku balut dengan kertas bunga dan plastik untuk dijadikan bekas simpanan baju dan barang-barang aku yang lain.

Keadaan aku ini menjadikan aku takut untuk hadap suasana di tempat lain. Di sebabkan itu aku mengambil keputusan untuk tinggal di kampung dahulu. Air mata ku sekali lagi mengalir tanpa di duga.

Air mata geram air mata penuh dendam.Selagi dendam tidak terbalas maka selagi itulah ia akan terus mengalir.

SesakWhere stories live. Discover now