MATA Darmia melilau memerhati sekeliling setelah kaki melangkah keluar dari KLIA. Dia menanti kelibat ahli keluarganya. 3 tahun meninggalkan negara tercinta kerana melanjutkan pelajaran dalam bidang reka fesyen yang diminatinya. Perasaan gembira tidak terkata apabila dia mampu membawa pulang segulung ijazah kepada kedua ibu bapanya.
"Ehem" deheman dari belakang itu mengejutkan Darmia.
"Abang! I miss you" jerit Darmia lalu memeluk abang kesayangannya itu.
"Ish apa peluk-peluk ni malu la orang tengok" kata Haris, pelukan dari adik bongsunya itu cuba dilepaskan.
"Eee biarlah, abaikan diorang?" Jawab Darmia kepalanya dilentokkan di bahu abangnya. Haris tersengih kecil memandang telatah adik bongsunya. Walaupun sudah meningkat dewasa namun perangai kebudak-budakkannya tak pernah hilang.
"Iya la adik kesayanganku, jom kita balik rumah abang, kakak ipar awak dengan anak-anak saudara awak dah lama tunggu tu" jawab Haris kepada adiknya. Kepala adiknya yang dilitupi shawl satin itu diusap perlahan.
"Abang, Mia nak jumpa umi dengan abi, Mia rindu diorang" kata Darmia setelah masuk ke dalam kereta dan memandang ke arah abangnya.
"Semalam kata okey je kalau umi dengan abi tak ada nak sambut Mia balik, kan dah janji nak balik lusa?" soal Haris. Sengaja ingin mengusik adiknya.
"Memang laa semalam orang cakap macam tu tapi..."
"Ye la esok janji abang hantar Mia balik rumah" sampuk Haris apabila melihat air muka adiknya itu yang mula bertukar keruh.
"Betul? Janji ehh jangan tipu, kalau tak Mia balik naik teksi je esok!" ugut Darmia.
"Iya Darmia Arissa! Abang awak ni janji akan hantar awak balik Kelantan esok!" jawab Haris.
"Yey! You are the good brother ever!" kata Darmia, tangan abangnya itu dipeluk kuat. Haris hanya tersenyum melihat karenah adiknya itu.
"ASSALAMUALAIKUM" jerit Darmia apabila tiba di banglo milik abangnya. Haris yang mendengar jeritan itu menjengilkan matanya sambil mengelengkan kepala melihat kelakuan adik bongsunya itu.
"Apa yang adik jerit tu kang nanti kalau anak-anak Haziqtidur tak ke terkejut dorang dengar suara adik yang macam orang meroyan tu" Kata Haris sengaja membakar hati adiknya.
"Apa la abang ni!" Darmia hanya membiarkan sahaja sindiran abangnya itu. Dia melangkah masuk ke dalam banglo itu.
"Surprise!"
Darmia terkejut melihat abang sulungnya yang sedang berpeluk tubuh didepan pintu rumah sambil mendukung Laila, anak saudaranya itu. Darmia sempat mencium tangan Haziq dan mengambil Laila dari dukungan abangnya sebelum masuk ke dalam rumah.
"Alaaa ingatkan ada umi dengan abi, lepastu ada belon-belon gantung cantik-cantik nak sambut adik kesayangan ni, rupanya macam ni je surprisenya?!" kata Darmia setelah melangkah masuk ke dalam rumah.
"Amboii, banyak songehnya!" sindir Haris kepala adiknya ditunjal perlahan. Mengada!
"Welcome back Mia" sapa Yusra yang baru sahaja keluar dari dapur. Eric yang mengikutinya dari belakang hanya memandang sahaja ke arah Darmia.
"Thank you kak" kata Darmia sebelum bersalaman dengan kakak iparnya itu.
"Eric sinila" panggil Mia, dari tadi dia cuba mendapatkan perhatian dari Eric namun diabaikan oleh anak saudaranya itu. Namun Laila sekejap sahaja sudah boleh menyesuaikan diri dengan Darmia.
"Tu la lama sangat tinggal sampai anak saudara pun dah tak kenal" sindir Haris.
"Alaaa bukan tak kenal cik Mia kan? Eric malu je kan? Tengok adik ni elok je duduk dengan cik Mia" Eric tersenyum kecil sebelum menyorokkan wajah disebalik tubuh sasa ayahnya. Mereka tergelak kecil dengan reaksi Eric.
"Makin tembam la akak, ada nak bagi anak buah baru ke pada Mia? Laila pun dah besar tu" sakat Darmia kepada kakak iparnya. Yusra yang mendengar kata-kata Darmia sudah tersengih sengih malu.
"Ish apa la Mia ni, mana ada kakak tembam, sedap dia je kata nak tambah anak buah, patutnya Mia yang bagi anak buah dekat akak dengan abang tau" kata Yusra. Haziq hanya mengangguk tanda setuju.
"Apa pula Mia, abang Haris la dulu baru Mia boleh kahwin" jawab Darmia sambil mencuit pipi Laila.
"Ehh kita pula kena, abang mana ada calon lagi. Lain la Mia ada orang tengah tunggu" sindir Haris. Darmia hanya mengerutkan dahi. Tidak faham dengan maksud yang cuba disampaikan oleh abangnya itu.
"Korang berdua je belum kahwin lagi. Kalau nak senang buat je sekali, jimat bajet" sindir Haziq lalu melangkah mendekati isteri kesayangannya.
"Apa ni abang, Mia lama lagi la" malas layan apabila isu ini yang timbul. Baginya umur masih muda dan belum sampai jodoh lagi untuk mendirikan rumah tangga.
"Kalau awal pun apa salahnya Mia" Haris menaikkan ibu jarinya tanda setuju kepada abang sulungnya. Bukan selalu dapat mengusik adik bongsunya itu. Yusra hanya tersenyum mendengar perbualan tiga beradik itu. Sungguh dia bersyukur dapat masuk kedalam keluarga itu, bukan sahaja dapat mertua yang memahami tapi dapat adik-adik ipar yang baik.
"Malas la layan abang ni! Nak mengadu dekat umi" Balas Darmia.
"Dah la, Mia pergi masuk bilik dulu, akak nak pergi siapkan makanan. Nanti makanan dah siap akak panggil ya sayang" Setelah mendengar kata-kata Yusra, Darmia melangkah masuk kedalam bilik yang telah disediakan untuknya. Sememangnya dirumah Haziq mereka telah mempunyai bilik masing-masing yang telah disediakan untuk mereka adik beradik.
YOU ARE READING
My Sweet Tengku | Terbit
Romance"Marry me " - Tengku Faiz Aryan "hah?." -Darmia Arissa "I said.marry.me" "tapi Saya tak kenal awak" "tapi saya cukup kenal awak miss Darmia Arissa." perkenalan singkat antara Tengku Faiz Aryan Dan Darmia Arissa membawa mereka kealam perkahwinan. sia...