Bab 5 💕

73.3K 2.6K 43
                                    

AKIBAT keletihan berjalan seharian bersama adiknya Darmia, Haris terus terlelap di dalam biliknya. Selepas mendengar jeritan daripada uminya yang menyuruhnya bangun untuk solat Maghrib pantas Haris bangun dan menyiapkan diri untuk menunaikan kewajibannya. Selesai solat, Haris melangkah keluar ke dapur untuk membasahkan tekaknya.

"Bahh!" tepukan di belakang mengejutkan Haris yang baru sahaja hendak menutup pintu biliknya.

"Mia!!" jerit Haris Sebelum menjeling tajam ke arah adiknya.

"Oops, sorry abang! heee" balas Darmia tanpa rasa bersalah lalu menayangkan giginya yang putih bersih itu.

"Sorry je tahu, nasib tahu abang tak ada penyakit jantung kalau tak dah lama out!" balas Haris dengan geram sebelum meneruskan langkahnya ke dapur.

"Alaa... abang sebab Mia tahu abang tak ada penyakit jantung la Mia kejutkan abang. One more thing, kalau abang out apa nak risau tanah kubur banyak kosong" selamba badak sahaja dia berkata begitu.

"Choii mulut! Sampai hati" rajuk Haris sebelum membuka pintu peti ais. Darmia hanya duduk tersenyum di meja makan dan memandang kelakuan abangnya.

"Abang nak air ke? Mia boleh tolong buatkan?" soal Darmia acuh tak acuh. Malas sebenarnya tu.

"Haa kan senang kalau dari tadi tanya soalan tu. Abang nak hot chocolate okey, nanti hantarkan dekat depan, abang nak tengok televisyen" balas Haris selamba tanpa menghiraukan muka adiknya yang dah semacam.

"Orang saja je nak tunjuk baik, ingat nak sky juice je" ujar Darmia tidak berpuas hati.

"No no! abang nak hot chocolate!" tutur Haris "Haa elok la buat muka macam tu! kalau orang nak masuk meminang ni confirm lari balik" sempat lagi dia sambung percakapan sebelum keluar dari dapur itu.

"Hello! Muka banyak cantik plus gourgeous plus flawless camni banyak je yang beratur nakkan adik abang ni!" ujar Darmia geram.

"Umi! Tengok anak umi ni perasan sangat!" kata Haris kepada uminya. Puan Maria yang mendengar pergaduhan manja dari dua beradik ini hanya menggelengkan kepala. Haris melabuhkan duduk di sebelah uminya.

"Abi buat apa tu?" soal Haris apabila melihat abinya ralit memerhati satu kertas.

"Ni abi tengah tengok rekaan yang ditunjukkan oleh ketua kampung pagi tadi." Balas encik Kamal. Kertas sudah bertukar tangan kepada Haris.

"Abi join ke dalam pembuatan ladang sayuran tu?"

"Ha ah, dari abi duduk je dekat rumah tak buat apa-apa, lebih baik abi join benda-benda berfaedah macam ni." Balasnya.

"Dekat mana nanti ladang ni dibuat abi?"

"Simpang jalan seberang sana, lebih kurang 1 hektar tanah milik Pak Saad, dia wakafkan untuk penduduk kampung yang ingin buat amal dengan tanah tu, ye la memandangkan dia tak ada waris lain dah, katanya untuk saham akhirat nanti." Haris mengangguk faham, tidak dinafikan seluruh penduduk kampung itu memang saling bekerjasama dan bantu membantu antara satu sama lain. Apatah lagi kalau melihat orang yang susah pasti akan dibantu tanpa mengira bangsa dan agama.

Kampung mereka akan membuat satu ladang sayuran kerjasama antara penduduk kampung yang berkemampuan serta yang ingin membuat amal. Dan segala hasil yang akan mereka dapat nanti akan diagihkan kepada seluruh rakyat negeri Kelantan yang tidak berkemampuan dengan kerjasama pihak-pihak tertentu.

"Bagus juga tu abi, nanti kalau perlukan apa-apa dana, bagitahu je dekat Haris nanti Haris uruskan." Kata Haris.

"Inn Sya Allah, Apa-apa hal nanti abi bagitahu kamu, dan kalau tak silap abi, tanah tu nanti akan dibahagikan dengan dua bahagian, kerana Ustaz Firdaus ada bagitahu yang dia nak tubuhkan rumah anak yatim nanti dekat sana. Pasal dana tu abi tak pasti macam mana."

My Sweet Tengku | TerbitWhere stories live. Discover now