'MEMANG dari dulu saya tak dapat memiliki awak. Tapi saya janji, bila tiba masanya saya akan jadikan awak yang halal untuk saya' bisik Faiz Aryan dalam hatinya, tanpa sedar senyuman manis terukir di bibir itu.
"Along!" lamunan nya terhenti apabila dikejutkan dengan suara garau adiknya, Tengku Khalish.
"Terkejut along tahu tak" suaranya sengaja ditegaskan. Geram dengan sikap adiknya yang suka menerjah sesuka hatinya.
"Ish along ni gurau jela tak boleh ke?" jawab Khalish seolah-olah merajuk dengan abang sulungnya itu lalu mengambil tempat di bangku bersebelahan abangnya.
"Ni sejak bila pandai merajuk bagai ni? geli la along, mahunya kalau awekss tengok Tengku Khalish student paling hot merajuk, jatuh saham" sindir Faiz setelah melihat air muka adiknya.
"Macam la along tak tahu perangai kau kat kolej macam mana" sambung Faiz.
"Along!!" jerit Khalish setelah melihat reaksi abangnya 'aishh bukannya nak pujuk' kata Khalish perlahan.
"Apa! Dah la buat muka macam tu kalah Khalisha tau" balas Faiz, Tengku Khalisha merupakan adik Kembar kepada Tengku Khalish.
"Alongggg" meleret suara khalish memangil nama abang sulungnya itu.
"Ni pasal apa yang manja ni?"
"Along tak bosan ke duduk sorang-sorang?"
"Kenapa pulak? Mana ada sorang? Mummy, Daddy, Khalisha, Khalish pun ada kan?" Faiz bingung dengan soalan yang diajukan oleh adiknya.
"Memangla kami ada, maksud Khalish, along tak nak kahwin ke?" Pandai khalish menyusun kata, takut jika alongnya terasa hati.
"Kahwin? Ermm kenapa ye along belum kahwin?" kata Faiz tersenyum sinis sebelum memandang adiknya.
"Why not, angah dulu kahwin then baru along?" sambung Faiz setelah tidak mendapat balasan daripada adiknya. Terkejut Khalish mendengar ayat yang keluar dari mulut abangnya.
"Ish along ni! tak nak lah angah, orang muda lagi lah hidup tak puas lagi nak enjoy" kata Khalish lalu senyum memandang kearah Abangnya.
"Banyak la angah punya enjoy ingat along tak tahu perangai gila kau kat kolej?"
"Erkk...tahu eerkk?" Tanya Khalish dengan sengihan di bibirnya.
"Ehh ni Tengku Faiz Aryan la semua perangai Khalish ada dalam tangan tau?" kata Faiz sinis. Tangannya sengaja digoyangkan didepan mata Khalish.
"Alah along chill la, hidup kena enjoy bukan macam along" sampuk Khalish bukannya dia tak tahu sikap abangnya yang satu ini, merupakan seorang yang berpengaruh, semua yang dia mahu pasti akan dapat.
"Apa? along macam mana?" tanya Faiz sebelum memandang tajam ke arah Khalish.
"Erkk angah kata aa.." kata-kata khalish terhenti apabila mendengar suara Khalisha yang memanggilnya.
"Along, angah, dinner dah siap jom!" ajak Khalisha setelah mendapatkan kedua orang abang kesayangannya itu.
"Got to go along" pantas Khalish melarikan diri sebelum melepaskan nafas lega.
"Tahu takut" kata Faiz di dalam hati.
"Along jom la" kata Khalisha setelah tiada tindakan daripada abangnya.
"Okey jom" lantas Faiz memeluk bahu adiknya sebelum mereka berlalu ke dapur.
"ASSALAMUALAIKUM umi" bunyi orang memberi salam yang kedengaran di luar rumah mengejutkan Puan Maria yang sedang memasak. Kepulangan anak bongsunya sudah diberitahu sejak semalam. Bukan tidak ingin menjemputnya di Kuala Lumpur tetapi atas sebab masalah kesihatan sejak dua hari lalu, dia terpaksa melupakan hasratnya itu.
"Ya Allah, anak umi!" pantas Darmia memeluk erat tubuh ibunya. Tanpa sedar air mata menitis perlahan. Selama 3 Tahun Darmia melanjutkan pelajaran di Luar Negara, baru sekali mereka sekeluarga melawat anak bongsunya itu, selebihnya hanya bersua menerusi panggilan video sahaja.
"Mia rindu sangat dekat umi, ni abi mana?" Rengek Darmia kepada ibunya.
"Amboi manjanya dia" mendengar abangnya yang seolah-olah memerlinya itu tidak dilayan oleh Darmia.
"Eleh abang dengki la tu" balas Darmia sinis, dia memerli Haris yang sedang bersalaman dengan uminya itu.
"Apa..."
"Aishh dah la jom masuk kesian dekat cucu umi tu penat" belum sempat Haris membalas sindiran Darmia, puan Maria terlebih dahulu menghentikannya. Dia melihat cucu-cucunya dibelakang Haris. Laila yang kelihatan merengek sambil mengosok matanya. Baru bangun tidur dengan rambut yang kelihatan sedikit kusut.
"Eric, Laila salam tok mi" pesan Haziq kepada anak anaknya. Mereka hanya menurut arahan papanya.
"Abi mana? Ziq tak nampak pun?" soal Haziq setelah kelibat ayahnya tidak kelihatan sejak tadi.
"Abi kamu macam biasa la Ziq, pergi Masjid, kejap lagi balik la tu. Nah minum ni dulu mesti penatkan bawa kereta dari Kuala Lumpur lagi" balas uminya setelah meletakkan air di atas meja.
"Umi, kak Lia tak balik ke?" tanya Darmia Setelah kereta kakaknya tidak kelihatan.
"Tak, Lia dan abang ipar kamu kerja tak dapat nak balik. Dorang kirim salam dekat kamu semua" balas uminya. Mereka mengangguk perlahan.
"Assalamualaikum" sapa satu suara di pintu masuk banglo itu.
"Siapa tu umi? abi dah balik ke?"tanya Darmia kepada uminya.
"Entah, abi kamu kut pergi la tengok" laju sahaja kaki Darmia melangkah ke arah pintu masuk. Dia melihat kelibat abinya yang belum pun lagi turun dari motosikal.
"Abi!!" jerit Darmia setelah melihat kelibat abinya, pantas tubuh itu dipeluknya.
"Amboi anak dara ni terjerit-jerit" tegur abinya setelah melepaskan pelukan.
"Rindu la abi" balas Darmia, kepala dilentokkan ke bahu abinya. Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam rumah. Haziq hanya memerhati sikap manja adiknya, manja!brutal!ganas!tegas! semua ada . Dan dia tidak dapat menafikan semua itu. Haziq dan Haris melangkah ke arah ayahnya sebelum mengucup tangan tua itu.
"Abi sihat?" Tanya Haris selepas masing-masing melabuhkan punggung di sofa, Darmia duduk di sebelah abinya sambil melentokkan kepala di atas bahu ayahnya itu.
"Sihat alhamdulillah" Tersenyum Encik Kamal melihat anak-anaknya. Setelah 3 tahun sudah tidak dapat berkumpul seperti itu. Kerana selalunya mesti perasaan rindu akan anak bongsunya itu akan menerjah fikiran, namun sekarang sudah tidak perlu risau lagi kerana anak bongsunya itu telah pulang ke Malaysia, malah sudah berjaya dalam pelajarannya.
"Apa yang diborakkan tu? Jom makan nanti sejuk pula makanan ni, nanti kita sambung borak kejap lagi" kata Puan Maria. Yusra dan Darmia turun membantu puan Maria menghidangkan makanan untuk mereka sekeluarga.
"Iyalah umi" balas Darmia sebelum memeluk lengan abinya dan melangkah bersama ke dapur. Dan yang pastinya, Darmia lah orang yang paling suka melihat hidangan yang disediakan oleh uminya kerana semua lauk pauk yang dihidang merupakan makanan kegemarannya. Terima kasih umi!
YOU ARE READING
My Sweet Tengku | Terbit
Romantiek"Marry me " - Tengku Faiz Aryan "hah?." -Darmia Arissa "I said.marry.me" "tapi Saya tak kenal awak" "tapi saya cukup kenal awak miss Darmia Arissa." perkenalan singkat antara Tengku Faiz Aryan Dan Darmia Arissa membawa mereka kealam perkahwinan. sia...