Bab 4💕

76.9K 2.8K 45
                                    

TEPAT jam 8.30 malam, Faiz tiba di Villa kediaman keluarganya. Ralik dia memerhati ibu bapa serta adik kembarnya yang leka menonton televisyen.

“Lewat balik Izz malam ni?” tanya Tengku Dahlia.

“Tak ada la mama kerja banyak sangat dekat office. Ni pun terus balik rumah” balas Faiz setelah mengambil tempat di sebelah adiknya Khalish.

“Jangan pentingakan kerja sangat Izz. Fikirkan kesihatan, bila nak bagi mama menantu kalau macam ni gayanya” Kata Tengku Dahlia sebelum memandang Faiz ‘dah start dah’ bisik Faiz di dalam hati.

“Tah Along, Mama nak menantu plus cucu, khalisha pun nak kakak ipar” sampuk Khalisha.

“Nak kakak ipar? Tu suruh Khalish yang kahwin, along penat nak mandi, solat and tidur. Bye!” balas Faiz sebelum bergegas naik ke bilik. Makin dilayan makin pelik nanti soalan yang keluar dari mulut mamanya.

“Apa ni long aku pulak yang kena!” laung Khalish setelah melihat abangnya terus melarikan diri selepas nama disebut. Sempat melihat jelingan mengada dari Khalisha.

Melihat telatah anak-anaknya Tengku Umar yang dari tadi hanya memerhati menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Dia sudah arif dengan perangai anak sulungnya itu entah bila hendak tamatkan zaman bujangnya.

“Abang tahu senyum je tengok perangai anak sulung awak tu bukannya nak tegur” kata Tengku Dahlia geram dengan sikap sambil lewa suaminya itu. Baginya Faiz sudah layak untuk mendirikan rumah tangga. Dia juga sudah teringin bermain dengan cucu sendiri seperti kawan-kawannya yang lain.

“Abang pula yang disalahkan. Biarkan dia, urusan hidup anak-anak jangan kita pula yang sibuk nak tentukan. Nanti anak awak dah sedia adalah menantu untuk awak nanti” kata Tengku Umar. Siapa pun pilihan anak sulungnya itu pasti dia akan terima, asalkan anaknya bahagia!

“Haa tu la abang! cuba beri nasihat sikit dekat anak awak tu!” rajuk tengku Dahlia.

Tengku Umar hanya memandang sepi permintaan isterinya, baginya pandai pandai lah tengku Faiz mengatur hidupnya sendiri. Khalish dan khalisha hanya menumpukan perhatian dikaca televisyen sambil mengunyah kerepek, malas ambil tahu tentang urusan mama dan papanya.

DARMIA ralik mendengar deruman ombak dihadapannya itu. Ketenangan yang sentiasa diperolehinya apabila tiba di pantai. Iya! Pantai yang menjadi satu tempat tumpuan penduduk dikawasan itu. Hanya memakan masa 15 minit sahaja dari rumahnya.

Tudung yang dituip angin hanya dibiarkan sahaja. Mata-mata yang memandang kearahnya tidak dihiraukan. Dia hanya memakai baju t-shirt lengan panjang dipadankan bersama skirt sahaja. Simple tapi mampu memukau sesiapa sahaja dengan wajah putih bersihnya itu. Comel! Deringan telefon yang berbunyi mematikan lamunannya, telefone yang dipegangnya ditekapkan di telinga selepas melihat nama si pemanggil.

“Hello abang!” jawabnya dengan ceria.

Hey lady, kat mana tu?” sapa si pemanggil.

“Pantai” balas Darmia ringkas.

“Buat apa? balik la, kata rindu abang”

“Abang dah sampai ke!? kata nak balik esok?” tanya Darmia kurang percaya dengan kenyataan daripada abangnya itu.

“Dah, balik rumah tak ada orang, kesian abang tau tunggu dalam kereta panas-panas ni”

My Sweet Tengku | TerbitWhere stories live. Discover now