Bab 3💕

84K 3.1K 28
                                    

"UMI" pantas Darmia mengambil tempat di tepi uminya di ruang tamu itu lalu tidur di atas paha uminya.

"Kenapa manja sangat anak umi ni? Hurmm?" Rambut anak perempuannya itu diusap perlahan. Sudah lama mereka tidak menghabiskan masa bersama. Sejak kecil setiap kali ada masalah atau pun setiap perkara yang ingin anak bongsunya itu lakukan, pasti dia orang pertama akan tahu. Dan perangai Darmia masih tak berubah kerana tiap kali ada masalah semasa di Kota Paris Darmia akan menghubunginya dan meminta pendapat serta nasihat darinya. Dan dia akui Darmia seorang anak yang sangat baik dan tidak pernah menyusahkan mereka.

Suasana hening seketika memandangkan kedua-dua cucu serta anak-anak dan menantunya sudah pulang ke Kuala Lumpur setelah semalaman tinggal di situ. Encik Kamal pula menghadiri ceramah agama di masjid berdekatan.

"Alaa umi bukan selalu pun, minggu depan Mia dah nak pergi KL nanti susah la nak manja-manja dengan umi" balas Darmia manja. Dia memandang muka tua itu. Walaupun belum puas bermanja dan tinggal bersama keluarga, namun apakan daya dia perlu berdikari dan mencari pekerjaan sendiri.

"Dah Mia cepat sangat nak pergi sana. Lepas ini apa perancangan Mia?"

"Bosan la umi duduk rumah, Mia nak kerja nanti dapat duit. Entah la umi, Mia ingat nak cari kerja dulu, cari pengalaman" jawab Darmia. Memang itu adalah perancangannya sebelum balik ke Malaysia dulu. Dia ingin mencari kerja dan menjadi seorang yang berjaya seperti abang-abang dan kakaknya.

"Kenapa tak buka butik sendiri? Bukannya abi tak mampu nak tanggung" tanya Puan Maria.

"Hmmm... Tak nak la, Mia nak mula dari bawah. Nanti Mia sedia, baru buleh buka butik sendiri" Darmia Arissa yang sudah terkenal dengan sikap berdikari dan tidak mahu menyusahkan keluarganya. Puan Maria hanya tersenyum memandang anak gadisnya itu.

"Betul ni?" soal Puan Maria, sengaja ingin menyakat Darmia.

"Umi macam tak kenal dengan Mia je ni kenapa?" tanya Darmia sebelum bangun dan menghadap uminya.

"Tak ada la umi nak kan kepastian je. Umi kenal sangat dengan anak manja umi ni" Hidung Darmia dicuit manja. Tersengih Darmia dengan kelakuan uminya.

"Mia ingat nak duduk rumah abang Haris la umi" jawab Darmia perlahan.

"Kenapa pula? duduk je la dengan abang Haziq. Tak ada la sunyi sangat. Haris kan tak kahwin lagi mesti Mia sunyi duduk sana" bantah puan Maria

"Bukan macam tu umi, cuma rumah abang Haris tu dekat dengan kawasan bandar jadi senang nak cari kerja. Lagipun, Mia boleh pinjam kereta dia" balas Darmia. Memang tidak dinafikan apartment Haris terletak di tengah-tengah bandar berbanding rumah Haziq yang memakan masa lebih kurang sejam dari bandar.

"Pandai anak umi ambik peluang ye" kata puan Maria lalu menggosok manja rambut anak daranya itu.

"Mesti la umi nak hidup kan"

"Umi, Abang Haris tu tak nak kahwin ke?" tanya Darmia setelah tidak mendapat balasan dari uminya.

"Entah la Mia, umur dah 27 masih belum nak kahwin entah calon ada ke tak" balas puan Maria bersahaja. Faham sangat dengan sikap anak lelakinya yang sorang itu, sentiasa sibuk dengan kerja sampaikan tidak ada masa untuk mencari peneman hidup. Dia memang tidak akan masuk campur dalam pilihan pasangan hidup untuk anak-anaknya, biarlah mereka yang menentukan sendiri siapa pendamping hidup masing-masing. Asalkan anak-anaknya bahagia, itu sudah cukup memadai.

"Tak kan la tak ada calon, abang Mia tu hensem tau, berkerjaya lagi! Pakej la umi, kalau Mia ni bukan adik abang, mesti Mia dah jadikan abang sebagai calon suami tau" kata Darmia sambil membayangkan wajah tampan abangnya.

My Sweet Tengku | TerbitWhere stories live. Discover now