TIDAK terkata Faiz apabila melihat wajah gadis yang sedari tadi duduk di depannya.
"Weiii!" sergah Khalish kepada abang sulungnya.
"Alahaii along agak-agak lah nak tengok anak dara orang pun" ujar Khalisha lalu memandang wajah Darmia yang kemerahan menahan malu.
"M..ma..mana ada" gagap Faiz menuturkan kata. Dia berpaling dari melihat Darmia. Hanya dia sahaja yang tahu debaran yang dirasainya saat ini. Khalisha dan Khalish tersenyum mengejek.
"Ni kenapa diam je?" tegur Tengku Dahlia setelah melihat suasana senyap di ruang tamu itu. Matanya dilirikkan memandang Tengku Faiz.
"Izz, bila sampai?" soalnya kepada anak sulungnya itu.
"Baru je ma" kata Faiz ringkas. Masih segan dengan perbuatannya sebentar tadi. Dijeling sekilas ke arah Darmia yang masih menunduk.
"Haa, elok la tu jom makan, Mia jom" Tengku Dahlia memandang ke arah Darmia. Gadis itu hanya mengangguk perlahan.
"Yeay makan!" sorak khalish.
"Senonoh la sikit" tegur Faiz sebelum berjalan beriringan bersama Khalish. Darmia dan Khalisha mengikuti langkah mereka dari belakang.
"At least, aku tak pandang perempuan macam nak telan long, bukan macam kau" sindir Khalish sebelum mengejar langkah mamanya didepan 'tahu takut' bisik hati Faiz. Dijeling sekilas ke arah gadis di belakangnya.
Masing-masing mengambil tempat di meja makan. Darmia duduk di tepi Khalisha. Manakala Faiz duduk bertentangan dengannya. Darmia yang melihat hidangan di depannya sudah menelan liur 'macam nak makan 10 orang' bermacam juadah yang ada di depannya itu. Kecur sudah air liurnya.
"Mia makan je jangan malu-malu" tutur Tengku Dahlia mesra.
"Okey aunty" Faiz yang mendengar ucapan itu segera mengangkat kepalanya ke hadapan. Buat seketika mata mereka bertembung sebelum Darmia mengalihkan pandangannya 'comel!' bisik hati Faiz.
"Makan long, jangan pandang anak orang dara macam tu" tegur Khalish sebelum ketawa diikuti dengan Tengku Dahlia dan Khalisha. Darmia pula terus tertunduk malu. Dia sedar sedari tadi mata anak sulung Tengku Dahlia selalu memandang ke arahnya. Faiz yang mendengar sindiran itu segera memberikan pandangan tajam ke arah adiknya itu.
"Diam ah kau"
"Amboi anak mama ni, malu-malu pula dengan Mia." perli Datin Dahlia. Bukan dia tidak Nampak perubahan sikap anak terunanya sejak melihat Darmia tadi.
"Maaa...." meleret Faiz menegur mamanya. Bukan tidak suka, dia suka mamanya berkata begitu. Sangat suka!! Tapi melihat wajah Darmia yang segan itu. Timbul rasa kasihan.
Meja makan itu kembali sepi. Masing- masing menghadap makanan mereka.
Selesai sahaja mereka makan, Darmia lantas mengambil pinggannya dan menyimpan meja makan itu. Anak-anak Tengku Dahlia pula sudah berundur diri katanya hendak solat.
"Mia tak payah kemas biar je bibik yang kemas, Mia kan tetamu" tegur Tengku Dahlia.
"Tak apa aunty, Mia biasa dah buat macam ni" rasa segan pula bila dia tidak tolong kemas apabila sudah makan. Lagipun kalau di kampung dia lah yang akan mengemas segalanya apabila keluarganya selesai menjamu selera.
"Dahh, tak payah, biar je bibik buat ye, kalau Mia nak kemas jugak tunggu jadi menantu aunty dulu" balas Tengku Dahlia sebelum tersenyum kecil.
"Erkk...tak apa la aunty, Mia dah tak kemas" Tengku Dahlia tergelak kecil dengan reaksi Darmia.
"Ade je kan Mia ni, Mia nak solat?"
YOU ARE READING
My Sweet Tengku | Terbit
Romance"Marry me " - Tengku Faiz Aryan "hah?." -Darmia Arissa "I said.marry.me" "tapi Saya tak kenal awak" "tapi saya cukup kenal awak miss Darmia Arissa." perkenalan singkat antara Tengku Faiz Aryan Dan Darmia Arissa membawa mereka kealam perkahwinan. sia...