Watak utama- Dhia Medinaa Bte Burhan
-Tengku Harriz Bin Tengku HamdanDhia melangkah menuju ke bilik air. Mengambil wuduk dengan penuh tertib. Selepas itu dia melangkah semula ke dalam bilik dan menyarung telekung Siti Khadijah yang berwarna putih suci itu yang tersidai kemas di atas penyidai kayu. Kemudian sejadah dibentang mengikut arah kiblat. Dia berdiri tegak dan mengangkat takbir dengan lembutnya. Penuh kusyuk dia mendirikan solat maghrib itu. Selesai memberi salam,selawat puji-pujian terhadap Nabi S.A.W.Kemudian dia mengangkat kedua belah tangannya lalu berdoa,
"Ya Allah Ya Tuhanku.... Ampunkanlah segala dosaku.. Berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi ranjau kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini . Engkau permudahkanlah segala urusanku dan berilah aku rezeki di bumi-Mu ini. Ya Allah... Aku bermohon kepada-Mu ... Ampunkan lah dosa-dosa abah dan mama ku. Tempatkan lah roh mereka bersama-sama orang yang beriman. Engkau berikan lah juga kesihatan yang baik kepada ibuku. Engkau panjangkan lah usia nya dan sentiasa dimurahkan rezeki. Engkau berikan lah juga kesihatan pada tokma dalam usia emasnya ini.
"Ya Allah Ya Tuhanku.... Aku memohon kepadamu, engkau berikanlah kebahagiaan dan kesejahteraan kepada kakakku. Kurniakan lah dia serta suaminya kelahiran anak yang soleh dan solehah. Aku juga memohon agar engkau member rahmatmu ke atas Pak Salleh sekeluarga. Sesungguhnya aku hamba mu yang kerdil ini. Makbulkan lah doa-doaku Ya Allah... Sesungguhnya hanya kepada-Mu aku meminta kerana hanya Engkau Yang Maha memberi. Amin Amin Ya Rabbal'alamin....Kemudian tangannya yang ditadah tadi dibawa dekat ke muka lalu disapu ke wajah. Selesai mengerjakan solat, Dhia bergerak ke katil. Tubuhnya yang seberat lima puluh lima kilogram itu dihempas ke atas tilam empuk. Lega rasanya bila dapat meluruskan badan yang sedari tadi asyik duduk membuat kerja di ofis.
Tiba-tiba telefon IPhone7 yang dibeli dengan menggunakan duit gajinya berbunyi menandakan suatu perbualan dari aplikasi 'whatsapp' telah masuk ke telefon modennya. Pantas dia mencapai telefon yang terletak di atas meja sisi. Satu dengusan keluar dari bibir comelnya yang kemerah-merahan itu."Hai sweet princess....Tengah buat apa tu ?"
Lantas perbualan ringkas itu dibiarkan tanpa sebarang balasan. Tak ada masa dia hendak membalas perbualan yang dirasakan tidak penting langsung dalam hidupnya.
Sejak kebelakangan ini, lelaki itu sering sahaja mengganggu hidupnya. Di of is, lelaki itu sering kali tercongak di depan mejanya. Naik rimas dia dibuatnya...Memang dia bencikan lelaki itu ,sehingga rakan-rakan sekerjanya sudah tahu akan perasaannya. 'Jangan terlalu membenci, kerna kelak perasaan itu akan betukar menjadi cinta' usik kak Nani.
Cinta??! Pada Tengku Harriz Bin Tengku Hamdan?! Huhh... Simpang malaikat 44! Tak hingin aku nak 'berkasih sayang' dengan lelaki berstatus buaya darat a.k.a The Alligator King! Raja kepada segala spesies buaya darat yang ada dekat KL ni. Dia lah raja buaya jadian. Berilah aku sejuta ringgit sekalipun, aku akan tetap kata NO WAY! Apatah lagi nak bagi free of charge? BOLEH JALAN !'Apa dia ingat dengan muka hensem ala-ala pelakon Korea dan segala kemewahan yang dia miliki, aku boleh terpikat? Tolong sikit eh!! Aku tak semurah itu ! Lagipun lelaki berpangkat Mr. alligator ni bukannya boleh percaya sangat! Hari ni dia akan kata cinta. Esok lusa, cintanya akan beralih kepada perempuan yang jauh lebih muda dari aku. Lelaki macam itu kah yang perlu untuk aku sandarkan cinta? Oh ...tidak! Tak rela aku hendak memperjudikan nasib diri semata-mata kerana lelaki seperti anak teruna Tengku Hamdan itu...'
Lantas layar ingatannya menerpa pada kejadian siang hari tadi, yang membuatkan dia semakin 'annoying' pada lelaki status buaya darat itu. Mengingati hal itu, hati perempuannya ditimpa rasa geram yang yang tak sudah-sudah !!
"Morning sweet princess"
Sejambak mawar merah diletakkan dengan penuh kasih sayang di atas mejanya. Pantas Dhia mengangkat muka. Bulat matanya bila melihat wajah Harriz yang tersenyum menggoda memandang dia ketika ini. 'Hisyy... Bala betullah! Apa dia buat kat sini ? Buat aku moody aje. Tak boleh tengok aku duduk senang langsung! Ada saja gangguan emosi yang dia berikan pada aku. Awal pagi pulak tu. Arghhhh!! Lempar kang dengan fail-fail ni baru padan muka'. Usik hati kecilnya.
"Err..Encik Harriz ? Buat apa dekat sini? " soal Dhia sedikit gusar. Dia sebenarnya memang tidak tenang dengan kedatangan Harriz ke tempat kerjanya setiap minggu. Dia tidak mahu menjadi bahan cerita rakan-rakan sekerjanya menuduh dia hendak menggoda adik ipar kesayangan bosnya itu. Sedangkan dalam hati tak ada niat langsung nak menggoda Mr. alligator tu..
"Saja! Nak jumpa you.. I miss you so much! I called you many times but you didn't answer. Sebab tu lah I datang sini semata-mata nak lepaskan rasa rindu I ni pada you. I rindu suara you... Wajah you... And everything about you. You buat I macam orang gila !" Luah Harriz bersungguh-sungguh. Pandangannya tidak lepas dari menatap raut wajah manis milik gadis yang telah mencuri hati lelakinya iaitu Dhia Medinaa.
Sungguh! Hatinya tidak menipu. Dia benar-benar rindukan gadis itu. Terlalu rindu!!!Sejak mengenali Dhia, hatinya sering sahaja tidak keruan. Tidur malamnya tak pernah lena. Makannya sudah tidak sekenyang dulu. Mandi juga tidak terasa basah. Dia benar-benar sudah gilakan Dhia. Pendek kata, dia diserang penyakit angau!
"Beginilah Encik Harriz, lain kali tak payahlah nak bazirkan duit berikan saya semua ni. Saya tak perlukan semua ni" Dhia cuba mengembalikan sejambak mawar merah yang diberikan oleh Harriz padanya.
"Dee jangan macam ni. Jangan tolak pemberian I ni. Please... I ikhlas bagi bunga ni pada you. Lagipun bunga cantik macam ni memang sesuai dengan gadis semanis you. Ambiklah...Jangan hampakan hati I, please... I betul-betul ikhlas tau," Harriz mengumpan.
"Tak apalah,Encik Harriz. Terima kasih lah sebab sudi bagi saya bunga cantik ni. Tapi saya tak boleh nak terima. Doktor dah pesan pada saya supaya jauhkan diri dari terkena kelopak bunga, terutamanya bunga ros .Kulit saya ni alergi pada kelopak bunga. Kalau terkena, kulit saya akan jadi gatal dan kemerahan. Hidung dan mata saya juga akan berair dan bengkak."
Boleh guna ke alasan tu? Ah....hentam sajalah! Yang penting dia tak akan ganggu aku lagi.."Assalamualaikum, Dhia..." Satu suara mendekati meja Dhia.
Pantas Dhia berpaling.Harriz juga ikut sama menoleh ke arah datangnya suara itu. Cukup kenal dengan tuan punya suara tersebut. Seorang lelaki berusia pertengahan 30-an yang masih segak dan bergaya.
"Waalaikumsalan, Encik Fahmie," balas Dhia mesra. Sebagai seorang setiausaha kepada lelaki itu, dia perlu menghormati bosnya. Kepala ditundukkan sedikit. Dah macam orang Jepun pula lagaknya. Sebuah senyuman manis dihadiahkan buat Encik Fahmie, Pengurus Account Department Maju Holdings (sis hentam jak.. Hihihi) tempat dia bekerja.
Ini membuatkan renungan mata nakal Harriz melekat terus pada seraut wajah yang manis itu. Tak berkedip matanya melihat wajah Dhia bila gadis itu tersenyum. Harriz bagaikan dipukau. Gadis ini benar-benar telah mencuri hati lelakinya. Alahai Dhia Medinaa....
YOU ARE READING
Mr. Alligator Damn Annoying!
RomanceKetika Lagu itu Bergema, Yang Ku Dengar Hanya Satu Nama❤