Iphone7 yang terletak di atas meja kopi dicapai. Sebuah senyuman manis terukir pada bibir comel Dhia kala pandangan mata tertancap pada skrin telefon itu.
"Assalamualaikum kak Dina, "ucap Dhia sambil melangkah menuju ke ruang makan yang tidak berapa jauh daripada ruang tamu. Dia tak nak lah perbualannya dengan kakak nya terganggu dek tumpuan Qeesya terhadap drama Red Velvet lakonan Aliff Satar yang telah menjadi kegilaan perempuan-perempuan lain termasuklah Qeesya, housemate aku.
"Waalaikumsalam... Dee apa khabar? " suara Dina atau nama betulnya Dina Mikayla kedengaran dari corong sana. Sudah agak lama juga dia tidak 'contact' adiknya itu. Terasa rindu yang teramat.
"Alhamdulillah... Dee sihat. Akak? "
"Alhamdulillah,, dik. Akak pun sihat"
"Dee pun rindu sangat pada kak Dina. Dah lama tak sembang dengan akak, "luah Dhia . Memang dia rindukan Dina sejak kakaknya itu melanjutkan pelajaran ke London. Tiga tahun lepas, kakaknya telah balik ke Malaysia, itu pun sewaktu kakaknya memutuskan untuk berkhawin. Setelah itu, Dina dan suaminya kembali semula ke London untuk melanjutkan pengajian mereka di University of Oxford, London.
"Tu lah pasal. Akak pun rindu sangat dekat Dee. Dah lama tak dengar suara Dee. Cuma akak sibuk sangat sejak akhir-akhir ni". Faham ajelah tugasnya sebagai seorang isteri dan pelajar membuatkan jadualnya menjadi sibuk.
"Dee pula macam mana? Dee dah masuk kelas balik kan? " tanya Dina spontan.
"Yupp! Dah tiga bulan Dee masuk kelas balik"ujarnya.
Selepas sahaja Dhia menamatkan SPM dengan keputusan yang cemerlang, dia terus mengambil Diploma Sains Kesetiausahaan selama dua tahun di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang(sis hentam je).Dua bulan setelah habis pengajian di Politeknik, dia menerima tawaran bekerja di Maju Holdings sebagai Pembantu Setiausaha. Setelah berpuas hati dengan caranya mengendalikan tugasnya, dia terus dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha kepada Encik Fahmie di bahagian kewangan syarikat itu. Alhamdulillah.....
Dalam tahun yang sama jugalah dia mendaftar sebagai seorang pelajar untuk Pendidikan Jarak Jauh di UiTM Segamat(hentam k) dalam Bachelor of Corporate Administration untuk dua tahun pengajian. Thats mean, dia memikul dua tanggungjawab dalam satu masa. Satu tanggungjawab sebagai seorang pelajar UiTM dan satu lagi sebagai setiausaha kepada Encik Fahmie."Dee rindu akak lerrrrrrrrrr" hujahnya
"Hmmm... Iye lah tu. Dee tu cakap je rindu kat akak tapi tak jumpa akak pun. "
"Aduh akak.... London tu jauh sangatlah. Dee tak cukup duit nak ke sana. Duit yang ada semua untuk kegunaan study Dee"
"Habis tu kalau akak ada kat JB sekarang ni, Dee dapat tak datang sini and jumpa akak? "
"Of course my sis! Di JB anytime Dee boleh jumpa akak. Bukannya jauh sangat pun jarak antara JB dengan KL ni. Sehari aje Dee dah boleh sampai depan mata akak" gurau ku....
"Good! Kalau macam tu hujung minggu ni Dee baliklah JB. Kebetulan hari Isnin hingga Rabu cuti peristiwa kan? So, bolehlah akak spendtime lama sikit dengan Dee"
"Kalau akak ada dekat kampung of course lah Dee akan balik," tanpa berfikir panjang Dhia memberikan jawapan.
"Kalau macam tu, Dee balik lah. Akak dah seminggu dekat sini, "
"Betul ke Kak Dina ada kat kampung ni?? " tanya Dhia bagaikan tidak percaya dengan kata-kata kakak kesayangannya itu.
"Betullah Dee. Akak dah habis belajar dah! Konvo pun dah . Abang Eid pun dah berhenti belajar and kami cadang nak stay terus kat sini. Lagipun abang Eid akan mula bekerja esok dengan syarikat milik Pak Ngah nya dekat JB ni. Alaa... Nantilah kita sembang panjang-panjanh eh? Dee balik kampung dulu ye? " rayu kakaknya.
YOU ARE READING
Mr. Alligator Damn Annoying!
RomanceKetika Lagu itu Bergema, Yang Ku Dengar Hanya Satu Nama❤