Harriz duduk di atas buaian rotan di balkoni. Sejak kebelakangan ini dia kerap duduk di situ melayan jiwanya yang agak kacau disebabkan seorang gadis bernama Dhia Medinaa.
Tiba-tiba Harriz tersenyum. Setiap kali nama Dhia terlintas dalam fikirannya, senyuman lebar akan menghiasi bibirnya. Dhia memiliki aura yang tersendiri. Aura luar biasa yang membuatkan dia rasa ingin bercinta sekali lagi.
Dhia! Gadis itu memang cantik. Harriz tidak boleh menafikannya lagi. Hidungnya mancung. Bibirnya comel dan kemerahan. Kulitnya putih mulus. Matanya bulat dan berwarna dark brown. Alis matanya melentik. Senyumannya... Semanis madu! Buat Harriz tak lena tidur jadinya.
Sebelum ini belum pernah lagi dia ditolak oleh mana-mana perempuan. Namun Dhia, gadis itu terlalu sukar untuk di dekati. Apa sahaja yang diberikannya, pasti akan ditolak dengan pelbagai alasan. Itulah yang membuatkan Harriz semakin ingin memiliki hati Dhia Dia dapat melihat betapa berbezanya Dhia daripada gadis-gadis yang selama ini mendampinginya. Dhia bukan tergolong dalam perempuan yang gilakan harta dan wang ringgit.
Tiba-tiba Harriz mengeluh kecil. Tadi dia pergi ke rumah gadis itu. Niatnya macam biasalah, hendak melepaskan rindu menatap seraut wajah yang sering menganggu lenanya kebelakangan ini. Tapi sampai saja di sana, jiran rumah gadis itu yang bernama kak Liza memberitahu bahawa semua anak dara dalam rumah itu telah balik bercuti di kampung masing-masing. Hampa rasa hati...
Iphone7 nya dibuka. Dia membuka gallery. Di situ terdapat beberapa keping gambar comel Dhia yang diambil secara sembunyi. Semua buat muka masam kecuali satu gambar yang tersenyum ketika berdepan dengan abang iparnya. Manis sungguh senyuman gadis itu. Gambar itu juga dijadikan sebagai wallpaper skrinnya.
Ini kalau Dhia tahu... Tenty gadis itu akan marah. Hehehehehehe..........
"Ehemmm... " suara deheman mengejutkan Harriz yang sedang leka memandang gadis pujaan hatinya itu. Cepat-cepat dia menyembunyikan Iphone7 nya ke dalam poket seluar tidur miliknya.
"Abang Riz tak keluar ke malam ni? " tanya Hanni yang agak kehairanan. Biasanya waktu-waktu seperti ini Harriz pasti akan keluar berhibur dengan kawan-kawannya. Tak pun keluar dengan awek-aweks yang gedikss itu. Jarang sungguh ada kelibat abangnya itu di rumah jam seperti ini.
"Tak! Malas! " pendek dan padat jawapan yang keluar dari mulut Harriz.
Dahi Hanni berkerut seribu. Hairan binti pelik dia mendengar jawapan abangnya itu. Tak pernah dia dengar Harriz berkata sebegitu sebelum ini. Kalau pasal keluar berhibur,memang abangnya itulah yang nombor satu. Sampaikan naik pening kepala mama di buatnya.
Harriz pandang Hanni.
"Dah... Tak payah nak buat muka hairan binti pelik tu. Abang Riz malas nak keluar malam ni. Takde mood. Hah... Yang Hanni masuk bilik abang Riz tak ketuk pintu dulu ni kenapa? Main rempuh aje bilik orang. Kalau time ni abang Riz tengah tukar baju, macam mana? "
Hanni ketap bibir. Bukan main lagi bahasa abang nya itu. Time susah aku jugak yang dicarinya. Nanti kalau ada aweks dia buat hal, jangan harap aku nak tolong. Pandai-pandai sendirilah settle masalah.
"Eh... Eh... jangan nak main tuduh aje tau. Hanni dah ketuk pintu sebelum masuk tadi. Abang Riz tu yang tak sedar. Asyik tersengih-sengih macam orang tak betul tenung handfhone tu. Entah apalah yang menarik sangat kat dalam tu sampai bukan main lebar lagi abang Riz tersenyum" Hanni bersandar malas pada pagar besi di koridor bilik abang nya itu.
"Nampak sangat ke yang abang tengah angau? " tanya Harriz meminta kepastian. Hanni sekadar mengangguk.
"Siapa awek malang tu? " selamba Hanni menyoal. Kesian betul perempuan yang menjadi mangsa cinta abangnya itu. Kalau dialah... Huh! Tak hingin dia nak serah hati dengan lelaki playboy macam abangnya itu.
YOU ARE READING
Mr. Alligator Damn Annoying!
RomanceKetika Lagu itu Bergema, Yang Ku Dengar Hanya Satu Nama❤