Harriz melemparkan kunci Porche di atas meja. Punggungnya dihenyak kasar di atas sofa. Badannya disandar pada bahu sofa dan mata dipejamkan. Lantas jemarinya memicit kepala yang terasa pening.
Letih sungguh rasanya dia hari ini. Tapi bukan letih kerana berjalan-jalan, tapi letih kerana terpaksa melayan kerenah Aryssa yang memang merimaskan it. Ikutkan rasa hati, ingin saja dia tinggalkan perempuan itu seorang diri di Pavillion. Tak larat dia hendak melayan sikap gadis yang mengada-ngada itu.
Menyesal pulak dia kerana telah mengikut kehendak mama untuk menemankan Aryssa pergi shopping tadi. Kalau dia tahu macam ini jadinya, tak mahu dia mengikut kehendak mamanya itu. Cukuplah sekali ini sahaja dia menemani gadis itu keluar shopping. First and last!!
Melihat kelibat anaknya yang sedang berehat di ruang tamu itu menarik senyuman lebar pada bibir Tengku Aminah. Pantas dia melangkah untuk mendapatkan anaknya itu lalu melabuhkan punggung di atas sofa empuk bertentangan dengan anak bujangnya itu. Tidak sabar dia hendak tahu cerita dating Harriz dengan Aryssa.
"Dah balik pun anak bujang mama ni. Kenapa balik awal hari ni? " tanya Tengku Aminah.
Harriz membuka matanya. Memandang mamanya yang sedang tersenyum lebar itu. Malas hendak bersuara. Dia hanya mengangguk lemah.
"So, how's your date with Aryssa? " tanya Tengku Aminah ingin tahu.
"Okeyla... " acuh tak acuh Harriz menjawab.
Tengku Aminah menggigit bibir. Geram pula dia mendengar jawapan yang diberikan oleh anaknya itu. Nampak sangat dia tak ada semangat.
"Okey je? " soal mamanya dengan dahi yang berkerut.
Harriz mengeluh. Ini yang dia bosan bila mama asyik nak kenenkan dia dengan Aryssa. Nanti dia terlepas cakap, dikatakan anak derhaka pulak. Aduh... Bertambah migrain dia begini ni.
"I'm damn tired la ma. Nanti-nanti je lah kita discuss pasal ni ye. Badan Riz dah lekit ni. Riz nak naik atas mandi dululah, " ujar Harriz. Dia bangun lantas mencapai kunci Porche nya dan mengatur langkah naik ke biliknya di tingkat atas.
Tengku Aminah merengus kasar. Macam itulah Harriz. Kalau dia hendak berbicara pasal Syarifah Aryssa, mulalah Harriz hendak mengelak. Nampak sangat yang dia memang tak berkenan langsung dengan gadis itu. Pening kepala mama dibuatnya...
"Hai... ma, " tegur Hanna. Satu ciuman mendarat ke pipi mama kesayangannya itu.
Tengku Aminah tidak memberi sebarang respon.
"Kenapa mama tarik muka ni? " soal Hanna. Matanya mengerling melihat wajah mamanya yang masih masam mencuka itu.
Tengku Aminah mengeluh lagi.
"Tu hah... abang kamu tu. Mama tanya macam mana date dengan Aryssa, boleh pula dia buat acuh tak acuh. Geram betul mama. Dia ingat umur dia tu muda remaja lagi ke? Umur dah masuk 25 tahun, masih nak main-main lagi. Entah perempuan macam mana lagi yang dia mahukan untuk dijadikan isteri. Sakit hati mama dengan abang Harriz kau tu, " luah Tengku Aminah.
Hanna hanya mendengar omelan mamanya. Abang Harriz memang macam tu. Kalau dengan Aryssa bukan nak layan sangat. Dengan perempuan lain bukan main mesra alam lagi. Takkanlah abang Harriz masih setia menunggu Syerra yang sudah berlaku curang itu? Ahh... perempuan macam Syerra tu tak layak pun untuk abang Riz. Perempuan mata duitan!
Disebabkan Syerra, keluarganya mendapat malu. Kesian mama dengan papa. Sudah bersusah payah hantar romhongan meminang untuk perempuan itu, tup-tup Syerra menolak dengan alasan yang tak masuk akal. Konon belum bersedia. Pada Hanna, wanita-wanita yang mendampingi abangnya itu bukannya sukakan Harriz. Tetapi lebih kepada ingin memiliki harta kekayaan abangnya.
YOU ARE READING
Mr. Alligator Damn Annoying!
Roman d'amourKetika Lagu itu Bergema, Yang Ku Dengar Hanya Satu Nama❤