Bab 5

117 3 0
                                    

Myvi putih 2102 akhirnya selamat tiba ke destinasi yang dituju. Bibirnya diketap perlahan kala pandangannya dihala ke rumah banglo dua tingkat yang tersergam indah itu. Sebuah keluhan kecil tercetus keluar dari mulut Dhia. Entah kenapa tiba-tiba hati kecilnya terasa berat hendak melangkah keluar dari perut kereta.

Tok! Tok! Tok! Ketukan pada cermin kereta membuatkan Dhia tersentak. Pantas dia memusingkan kepalanya. Seorang wanita berambut panjang hingga paras pinggang tersenyum sambil memberi isyarat menyuruh keluar. Spontan itu juga, bibir Dhia menguntumkan senyuman manis.

"Kak Dina! " Gembira bukan main lagi dia kala terpandang wajah cantik kakaknya yang kelihatan berseri-seri. Lama mereka berpelukan bagi melepaskan rasa rindu yang selama ini dipendam.

"Rindunya dekat Dee..... " luah Dina sambil mengeratkan lagi pelukannya.

Cukup lama rasanya dia tak berada dalam pelukan Dina yang sering membuatkan dia rasa tenang. Saat suka dan duka, Dina pasti ada bersamanya. Disebabkan itulah bila Dina melanjutkan pengajian ke London, Dhia terasa kesunyian. Tiada kawan tempat dia meluahkan segala yang terpendam di hati.

"Dee makin cantik sekarang. Dah gemuk sikit, " komen Dina setelah pelukan terlerai.

Tersenyum Dhia mendengar usikan Dina. Dia juga perasan yang kini tubuhnya sudah tidak sekurus zaman sekolah dulu.

"Akak pun makin cantik jugaklah... Berseri-seri aje Dee tengok, " puji Dhia pula. Pujiannya ikhlas. Memang kakaknya itu kelihatan semakin cantik sekarang ni.

"Iye lah tu.... Pandai betul adik akak ni puji. Nak bodek eh?, " Dina mencuit hidung si adik. Membuatkan gadis manis itu tertawa kecil.

"Jomlah kita masuk. Boleh bercerita panjang kat dalam. Akak ada banyak story nak share dengan Dee ni, " Dina menarik tangan Dhia untuk masuk ke dalam.

"Eh... Kejap ye kak. Dee nak ambik beg kejap dalam bonet kereta." Dia mengeluarkan beg pakaian sederhana besar lalu m😍membuntuti kakaknya dari belakang.

Ketika kaki melangkah masuk ke dalam banglo itu, hati Dhia tetiba sahaja menjadi sayu. Kenangan lama menerpa ke layar mata. Di sinilah segala rahsiah terbongkar. Di ruang inilah dia menangis tersedu-sedu tanpa dihiraukan oleh ibu mahupun tokma. Pedihnya kenangan malam itu.

"Ingatkan aku dah tak akan tengok muka kau lagi. Tak sangka pulak kau akan balik semula ke rumah ini. "

Satu suara kedengaran pedas menyindir. Pantas Dhia dan Dina menoleh serentak. Di ruang tamu kelihatan kelibat tokma yang sedang menyilangkan tangannya di dada. Wajahnya kelihatan masam mencuka. Langsung tidak mengukir sebarang senyuman. Benci sungguh dia tatkala pandang wajah Dhia yang berada di dekat tangga.

Dhia cuba memaniskan wajahnya. Dia cuba tidak menghiraukan sindiran tokma. Perlahan dia melangkah untuk memberanikan diri menghampiri tokma. Tangannya dihulurkan kepada tokma mahu bersalam. Namun seperti yang telah dijangka, huluran tangannya langsung tidak disambut oleh tokma. Dengan selamba, tokma berlalu ke luar rumah. Tindakan tokma itu telah membuatkan Dhia malu sendiri. Kecil benar hatinya dengan tindakan tokma itu.

Melihat tingkah laku tokma, Dina mengetap bibir. Layanan tokma terhadap Dhia masih seperti dulu. Dia kemudian melangkah merapati adik kesayangannya itu.

"Dee jangan ambil hati sangat dengan kata-kata tokma tu. Biasalah tokma tu kan dah tua, memang suka cakap yang bukan-bukan, " pujuk Dina. Bahu adiknya disentuh. Bibirnya terukir senyuman nipis.

"Takde lah kak. Dee tak kisah pun. Dee okey je. Dah biasa dengan cara tokma yang macam tu, " Dhia sekadar mahu menyedapkan rasa hati kakaknya.

"Dina... Ibu dah nak pergi ni. Betul ke Na tak nak ikut ibu dengan tokma sekali? " suara ibu kedengaran lembut sambil memeriksa beg tangannya. Ketika matanya dipandang ke bawah, dia benar-benar tersentak melihat gadis bertudung bawal coklet dan dihiasi dengan manik-manik yang bertaburan di tudung tersebut. Setelah sekian lama... Dia benar-benar tidak menyangka akan bertemu lagj dengan gadis itu.

Mr. Alligator Damn Annoying! Where stories live. Discover now