Porche kelabu yang dipandu Harriz meluncur laju yang disinari cahaya renbulan yang begitu indah sekali. Dia sedikit pun tidak menghiraukan rengekan manja Amylia tadi ketika dia menolak ajakan gadis itu untuk keluar berhibur malam ini. Sedangkan selama ini dia langsung tidak pernah menolak ajakan Amylia mahupun teman-teman wanitanya yang lain untuk keluar bersama-sama.
Ingatannya saat ini hanya tertumpu pada Dhia sehingga sanggup menolak untuk keluar bersama-sama teman wanitanya. Dan sekarang dia hanya 'mencuba nasib' untuk pergi ke rumah sewa gadis itu. Tak kisahlah apa pun tanggapan Dhia terhadapnya asalkan dia dapat melepaskan kerinduan pada gadis manis itu. Mana lah tahu nasib menyebelahinya pada malam ini. Dapat keluar dating dengan Dhia walaupun dia cukup tahu itu tak mungkin akan terjadi. Tapi belum cuba belum tahu kan? Hehehehe
Bibir Harriz tersungging manis. Bayangan wajah Dhia menerjah di layar mata. Belum pernah selama ini dia suka kan seorang wanita yang bertudung. Selama ni teman-teman wanitanya pasti dalam edisi seksi belaka. Bagai guna pakaian yang tak cukup kain. Mujurlah dia masih mampu mengawal nafsunya. Belum tergamak hendak merosakkan anak dara orang. Kalau setakat belai-belai manja itu biasalah. Tak pernah lebih dari itu. Air muka papa dan mama kena dijaga.
Namun Dhia lain. Gadis itu terlalu sukar untuk didekati. Tapi itu tidak sedikit pun mematahkan semangat Harriz. Dia berazam, hati Dhia pasti akan ditawannya. Walau dengan cara apa sekalipun!! Bukan setakat suka-suka, tapi dia cukup yakin hatinya sudah jatuh cinta dengan gadis itu. Dia mahu Dhia menjadi miliknya yang mutlak. Miliknya yang sah!!
Harriz memberhentikan Porche kelabunya tepat di hadapan pintu pagar rumah gadis itu. Nampaknya rumah gadis itu masih terang-benderang. Kereta Myvi milik Dhia juga ada di tempatnya. Senyuman pada bibir Harriz kian melebar. Kini dia hanya menekan loceng rumah itu.
Seseorang menjenguk dari dalan rumah. Itu adalah salah seorang daripada kawan-kawan Dhia.
"Hai.... Dhia ada, tak? " tanya Harriz. Amboi mamat senget ni! Ingat ni kat negara orang putih ke nak ber'hai-hai. Cubalah bagi salam sikit barulah masuk ke dalam senarai lelaki solehah pilihan Dhia. Hmmm.... Macam mana nak tambat hati gadis bertudung itu kalau perkara kecil ini pun dia tak reti. Alahaii Encik Harriz oiiii........
"Ada... Dia tengah nonton tv kat dalam. You nak jumpa dia ke? " tanya Qeesya.
Harriz sekadar mengangguk. Jawapan Qeesya itu sudah cukup membuatkan dia tersenyum lebar hingga ke telinga. Nampak gayanya Dhia belum tidur lagi. Tak sabar benar dia hendak berjumpa dengan gadis manis itu.
"Kalau macam tu you tunggu kejap eh? I masuk panggilkan Dee. Sorrylah tak dapat nak ajak you masuk dalam rumah. Maklumlah.... Rumah anak dara" hehehehehe
"It's okay... I understand. Thanks my beautiful lady, " ucap Harriz spontan
Qeesya sudah tersenyun lebar. Dah tersengih-sengih bila Harriz memanggil dia dengan panggilan 'my beautiful lady'.Suara ketawa Qeesya tiba-tiba membuatkan Dhia dan Aleya tersentak. Lantas mereka berpaling antara satu sama lain dan menjungkit bahu. Hisyy.... Kenapa dengan minah ni? Tetiba aja ketawa macam Shin Chan. Dah sewel agaknya minah tingtong ni!
"Hah... Yang korang tengok aku macam nak terkeluar bijik mata dah kenapa? Aku tahulah aku ni beautiful lady, tapi tak payahlah nak tunjuk muka seposen korang tu dekat aku. " selamba biawak betina Qeesya mengaku yang dia tu beautiful lady. Buekksssssszzzzz!!!!!!
Dhia dan Aleya sudah mencebik geram. Qeesya ni memang kuat perasan. Suka sangat cakap diri dia tu cantik. Hisy dasar minah kelentong!! Ahhhaha
"Dah.. Dah.. Btw Dee, tu kat luar ada si hensem nak jumpa kau, " beritahu Qeesya.
Serta-merta mata Dhia membulat. Rasa macam nak terkeluar aje bijik matanya yang berwarna dark brown itu. 'Harriz??!.... Hisy apa pulak yang dia nak malam-malam membuta ni? Aduh.. Stress..... Stress....' Dhia menjerit dalam hati.
YOU ARE READING
Mr. Alligator Damn Annoying!
RomanceKetika Lagu itu Bergema, Yang Ku Dengar Hanya Satu Nama❤