"Morning my sweet princess! " sapaan itu membuatkan wajah Dhia terkejut beruk. Bulat matanya memandang wajah Harriz yang sedang bersandar dengan megah pada Porche kelabu miliknya. Baru sahaja Dhia hendak membuka pintu pagar, tiba-tiba dia telah disajikan dengan wajah Harriz yang konon hensen tahap meletup ni. Menyampah betul!
"Eh... Encik Harriz? Buat apa kat sini pagi-pagi begini? " soal Dhia yang cuba memaniskan air mukanya. Ikutkan rasa hati mahu saja diterkamnya lelaki itu tapi nanti tak pasal-pasal ada pulak anak Tengku yang masuk ICU dek terkena terkamnya itu.
"I dari rumah cousin I yang tinggal dekat area ni tadi. Lepas tu I teringat pulak dekat you. Pasal tu I singgah sini. I rasa hidup I ni tak akan lengkap kalau tak nampak muka you sehari" selamba biawak Harriz menjawab soalan Dhia.
'Nampak sangatlah dia nak kelentong aku! ' sambung Dhia dalam hati. Arghhh!! Tak puas dekat pejabat, dekat sini pun dia nak buat gangguan emosi! Ini semua mulut celupar Kak Nani punya pasal. Nantilah Kak Nani.. Sampai aje Dee dekat ofis, Dee siat-siat kulit putih gebu kak Nani tu baru bagi ikan paus makan dekat laut tu. Pepandai aje bagi alamat Dee dekat Mr. Alligator ni!!
"You dah nak gerak ke ofis ke? " tanya Harriz. Awal pagi begini sudah dapat menatap wajah cantik Dhia Medinaa membuatkan dia semakin bersemangat.
"Eh... Takpe Encik Harriz. Saya ada kereta sendiri. Saya boleh memandu sendiri ke pejabat. Tak payahlah Encik Harriz nak susah-susah hantar saya" tolak Dhia.
"Takpe... I ikhlas. Lagipun I rela susah disebabkan you, Dhia. I lagi suka".
Aleya dan Qeesya tersenyum miang tatkala terpandang wajah hensem yang sudah terpacak awal pagi di depan rumah sewa mereka itu. Alahai gedikss juga housemate aku ni... Hi hi hi
"Hah... Itupun kawan-kawan saya dah keluar. Saya pergi dulu ye Encik Harriz. Takut terlambat pulak masuk ofis nanti. Bye, Assalamualaikum... " tanpa berlengah lagi, Dhia terus menuju ke arah Myvi putih miliknya. Meninggalkan Harriz yang sudah terpinga-pinga dengan tindakan Dhia yang sepantas kilat itu.
'Duh ! Melepas lagi!!! ' getus hatinya.
-----------------------------------------------
"Dhia...... Dhia...... Dhia.... " berkali-kali nama itu meniti keluar dari bibir Harriz. Bayangan wajah Dhia juga sudah menari-nari di depan matanya. Setiap kali bayangan wajah itu menerjah layar matanya, setiap kali itu juga senyuman pada bibirnya mekar dengan semekar-mekarnya. Dia benar-benar sudah angaukan gadis bernama Dhia Medinaa itu. Sampaikan setiap detik, wajah gadis itu pasti akan menghiasi layar ingatannya.
"Amboi.... Bukan main lebar lagi senyuman Encik Harriz ni. Teringatkan seseorang ke? " teguran Zatul mematikan lamunan Harriz.
"Awak ni Zatul...tak boleh ke ketuk pintu tu dulu sebelum masuk? Ini tak...main terjah aje... "
Zatul tayang giginya yang tersusun rapi. Bukan dia sengaja hendak mengejutkan Harriz dengan sapaanya. Tapi bosnya itu yang asyik sangat mengelamun. Dah tu sekejap tersenyum pulak. Itu tak lain tak bukan mesti fikirkan pasal perempuan.
"Saya dah ketuk pintu lah Encik Harriz. Encik Harriz tu yang tak dengar. Itu tak lain tak bukan mesti fikir pasal awek-awek Encik Harriz yang berlambak tu kan? " ujar Zatul seraya mengutarakan satu pertanyaan.
"Awak ni tahu-tahu aje apa yang sedang saya fikirkan. Awak ada magik ke baca fikiran orang? Ke awak ni keturunan Nujum Pak Belalang? " canda Harriz.
"Alaa... Saya ni dah empat tahun bekerja dengan Encik Harriz. Dah tahu sangat dengan perangai Encik Harriz yang tak lekang fikir pasal perempuan" jujur setiausahanya itu.
"Ha.... Sudah. Awak ni kalau dibagi peluang bercakap memang susah nak berhenti. Kalah dengan orang yang bagi ceramah dekat masjid tu. By the way, saya ada appoinment ke hari ni? "
Zatul tersengih-sengih.... "Yup! Encik Harriz ada lima appoinment hari ni" beritahu Zatul.
"Five??! Banyaknyee.... "
"9.00 a.m,, you have an appoinment meeting dengan Tengku Hamdan dan Mr. Yap dari Cemara Holdings. After that, Encik Harriz ada meeting pulak dengan Mr. Chong dari Castle Sdn. Bhd dekat Promenade Hotel. Pukul 1 tengah hari Encik Harriz ada lunch date dengan cik Amylia. Pukul 4 petang, Encik Harriz ada date dengan cik Zurin dan pukul 8 malam, Encik Harriz ada dinner date dengan cik Nelly, "satu persatu aktiviti bosnya untuk hari ni dibaca dengan teliti dan jelas.
"Banyak temujanji saya hari ni, "Harriz berkata pada diri sendiri.
Zatul sekadar mengangguk. Aktiviti harian bosnya itu memang sudah tercatat dalam kepala hotaknya ini.
"Okeylah Zatul, thanks. Awak memang setiausaha yang baik. Tapi sebelum tu saya mau awak lakukan sesuatu untuk saya hari ni, "ujar Harriz memandang Zatul yang masih berdiri di depannya.
"Apa dia Encik Harriz? Macam serius je bunyinya. "
"Takdelah serius sangat. Tapi merbahaya sikit tu ada lah, "usik Harriz. Suka dia tengok wajah Zatul yang makin suspen itu. Hi hi hi........
"I want you to call Amylia, Zurin and Nelly. Cancel date hari ni dengan diaorang, "beritahu Harriz. Dia sudah bangun dari duduknya. Jam di pergelangan tangan sudah menunjukkan 8.50 pagi. Hanya tinggal 10 minit sahaja lagi untuk dia berjumpa dengan papanya a.k.a Tengku Hamdan. Kalau bab important meeting ni memang tak boleh lewat walau seminit. Menepati masa lah katakan...
"Hah??batal date? Habis tu saya nak bagi alasan apa dekat diaorang nanti, Encik Harriz? Sah diaorang akan tanya kenapa Encik Harriz batalkan date, nanti"Zatul sudah terpinga.
"Awak rekalah apa saja alasan.Yang penting date saya dengan diaorang cancel. Saya malaslah nak keluar dengan diaorang tu lagi. Okeylah, Zatul. Goodluck! "Harriz sudah melangkah keluar dengan senyuman lebar yang menghiasi bibir.
Zatul menggaru rambutnya yang bersanggul kemas itu. Inilah tugas yang selalu buat dia pening kepala. Kalau dengan cik Zurin dan cik Nelly tu bolehlah dia kelentong sikit. Cik Zurin dan Cik Nelly tu tak akan banyak soal orangnya. Biasalah Cik Zurin tu. Muka aje cantik tapi otak doh. Cik Nelly pula jenis yang lurus bendul.
Tapi masalah Zatul sekarang adalah Cik Amylia. Wanita itu bukan sahaja susah hendak dikelentong, malah orangnya juga cukup garang dan berlagak. Kecut perut Zatul bila mengenangkan Amylia yang garang macam singa betina itu.
Zatul sudah mula berdoa meminta pertolongan daripada Yang Maha Esa. Debaran di hatinya juga kian berdegup kencang bila dia terpaksa menjalankan tugas yang penuh cabaran dan bahaya ini. Berdepan dengan Cik Amylia memang tugas yang amat berat sekali.
YOU ARE READING
Mr. Alligator Damn Annoying!
RomanceKetika Lagu itu Bergema, Yang Ku Dengar Hanya Satu Nama❤