" nak tanya. Siapa ceo company tu papa? Dan kenapa mereka nak bermesyuarat dengan kita?" Tanya tanpa ragu ragu.
"Owhh. Yang siapa tu kamu akan lihat nanti esok. Yang pasal mesyuarat tu diorang nak kepastian sama ada air itu dari sumber semula jadi atau tak. Kalau tak, mereka akan tolong cari penyelesaiannya.." Jelasnya dengan panjang.
" Kenapa perlukan bantuan sedangkan kita boleh lakukan dengan usaha kita sendiri. Papa tak percaya dengan projek kita ke? Papa tau kan yang Kita ni ada otak untuk berfikir dan kita mampu lakukan tanpa minta pertolongan orang yang kita tak kenal." Ucapnya dengan melulu.
"Lagipun kalau ia tak terjadi, kita mampu buat lagi sampai berjaya. Bukannya apa, zahra taknak diorang tau dengan rahsia yang kita simpan selama ni. Papa nak ke company kita jatuh manakala company tu semakin meningkat sebab mereka tahu rahsia kita. Nak ke?" Marah nya sambil melihat muka papanya.
" Zahra...."zahra memotong ayat papa.
"Lagi satu, apa gunanya ada company tapi otak tak berfungsi? Baik tak payah."
"Dengar dulu apa yang papa ca...." Zahra memotong lagi ayat papanya.
" Zahra minta maaf kalau ayat zahra terguriskan hati papa. Pasal mesyuarat tu zahra akan hadir. Zahra akan cari penyelesaiannya. Zahra pergi dulu."ucapnya lalu keluar selepas menutup pintu.
" Haihh. Kenapalah aku ni bodoh sangat." Ujar papa zahra sambil menyerabut rambutnya kerana menyesal.
Zahra terus duduk di tempat duduknya dengan tenang. Lalu amira datang secara mengejut.
" Haa. Buat apa tu?" Menyergah zahra.
" Takde buat pape pun. Asal?" Zahra pandang wajah amira.
" Takdelah asyik murung je. Ke sebab aku tak teman kau buat kerja masa waktu lunch?" Amira mengusik zahra.
"Takdelah. Memang macam ni muka aku bila banyak berfikir."ujar nya sambil menyambung kerja.
"Wei. Jom ikut aku waktu pulang."
" Pergi mana pulak kau ni?"
" Pergi tempat rahsia aku. Pasal kereta tu biar je kat situ nanti esok aku ambil kau pastu kau pulanglah dengan kereta kau tu. Pleaseee."
amira terus bertindak bercakap apabila bab jalan je, 'kereta macam mana?'.
" Yelah yelah. Sebelum tu kau minta izin kat papa aku dulu."
"Okey. Mcam ni lah kawan aku. Kejap aku minta izin kat papa kau eh."jawabnya dengan ceria.
"Hmm." Jawabnya sepatah. Amira terus pergi ke bilik dato mokhtar untuk pinjam anak dato zahra.
Waktu pulang.
Zahra dengan amira terus masuk kedalam kereta selepas menyelesaikan kerja mereka. Semasa dalam perjalanan ke tempat rahsia amira,zahra pun bertanya...
" Tempat apa yang berahsia sangat tu?" Zahra hairan kerana tempat yang mereka pergi adalah tempat menuju ke bukit yang berpondok kecil itu. Zahra tau kerana dia pernah melintas di sini semasa dia pergi ke suatu tempat.
" Ikut je. Tau lah kau nanti."
Selepas saja berada di kawasan berbukit bukau dan berpondok kecil terus mereka keluar dari kereta dan melihat permandangan. Subahanallah indahnya ciptaan tuhan.
"Kita nak buat apa kat sini?" Zahra mengatur tudungnya yang beterbangan oleh angin tersebut.
" Tempat ni untuk melepaskan stress. Kalau kau nak menjerit, jeritlah. Lagipun sebelum aku menghilangkan stress, aku check tempatnya dulu takut ada kampung terdengar jeritan aku nanti fikir yang aku ni gila. Hahaha." Guraunya untuk menenangkan hati kawannya itu.
"AARGHHH!!!!! STRESSNYA AKU!!!!" zahra menjerit sekuat hati untuk menghilangkan stress.
"Kenapa kau stress? Cuba bagitau aku. Mana tau aku dapat tolong kau.."
" Taklah aku stress ni sebab pasal perkahwinan aku tu. Aku ni masih belum bersedia nak jadi isteri orang. Haihh..."keluhnya itu.
Zahra hanya jujur dengan amira saja kerana dia yakin, kawannya sentiasa ada untuk dia bila dia mempunyai masalah besar.
"Bersabarlah wahai zahra. Aku yakin kau kuat. Kau mampu zahra. Kau jangan lupa Allah sentiasa ada untuk kau." Amira memberi sokongan pada zahra kerana itu saja mampu menyenangkan hati zahra.
" Dah jom balik dah nak maghrib ni. Nanti risau pulak keluarga kau. Aku pulak yang kena salah. Potong gaji lah aku nanti."
"Hahahaha.Jom..." Terus mereka masuk kedalam kereta dan menutup pintu. Amira menggerakkan enjin keretanya lalu memandu menghantar zahra ke rumah zahra.
Bersediakah dia nanti? Sapa encik mika tu?? 😷Haaaa curios ni....🙈 Kawan kawan... Berusaha juga ye baca macam author yang berusaha buat cerita untuk korang hoho.. 👌✍
YOU ARE READING
Senyum Walaupun Sakit (1)
Actionkisah mengenai nur zahra hazel yang sentiasa senyum walaupun sakit. suaminya, tengku aryan mikhail amat benci padanya sehingga membuatnya terluka. selalunya bila isterinya terluka, mereka akan nangis dan kecewa,tetapi perasaan wanita yang indah ini...