Nisya budak berumur 6 tahun dan seorang yg ceria, tetapi keceriaannya telah dirampas apabila tiga orang pembunuh membunuh ibubapa dan kakaknya lalu menculiknya. Nisya berasa takut kerana matanya ditutup supaya dia tidak dapat melihat apa2, dia langsung tidak tahu kemana pembunuh itu akan membawanya.
Tiba2 kereta yg mereka naiki berhenti, nisya berasa semakin takut apabila matanya dibuka dan dia melihat sekelilingnya yg begitu asing, dia melihat ada kapal terbang yg tidak terlalu besar. Nisya mula hendak menangis tetapi terhenti bila salah seorang penculiknya mengosok kepalanya, nisya melihat penculiknya itu.
"Jangan takut kami ada kat sini" kata pembunuh itu dengan muka tak ada perasaan. Nisya memerhati, lelaki itu memakai jaket hitam berlapis t-shirt putih dan seluar jeans. Lelaki itu berambut hitam tetapi yg peliknya dia mempunyai sepasang mata yg berwarna......... merah? Pelik tapi memang betul.
Lelaki itu jugak mempunyai wajah yg begitu sempurna yg mungkin dapat memikat hati mana2 perempuan tetapi kekacakkan itu tidak akan nisya fahami, yelahkan, nisya masih tidak tahu apa2 dia masih budak2 okey! Budak2 ingat!
Lelaki itu berdehem beberapa kali, dia memegang tangan kecil Nisya lalu berjalan memasuki kapal terbang itu, nisya mengikuti dengan muka polosnya yg tertanya-tanya, dimanakah dia akan dibawa pergi?
Apabila sudah masuk kedalam kapal terbang, lelaki itu mendudukkan nisya disampingnya. Salah seorang kawannya mendekati mereka.
"Akio, kau rasa apa patut kita buat kat budak ni?" Tanya lelaki berambut coklet itu kepada Akio, owh nama abang ni Akio kata nisya dalam hati, nisya memandang keluar jendela kapal terbang itu. Datang lagi seorang kawan akio.
"Eh, alan aku rasakan Akio patut jual je organ budak ni, boleh kita dapat banyak duit" ujar lelaki bermata hazel itu.
"Haaaa betul jugak kata kau tu bastian! Jadi akio ap- " percakapan alan dipotong oleh akio.
"Aku tak akan jual organ budak ni, faham?!" Sergahnya sambil matanya merenung kawan2nya. Renungan maut weh!!! Seram.
Nisya yg tidak tahu menahu terkejut. Dia langsung tidak memberikan perhatian kepada apa yg tiga orang dewasa itu cakapkan, dia ralit melihat pemandangan luar jendela kapal terbang itu. Walaupun sudah malam.
Nisya berpaling melihat tiga sekawan itu dengan mata yg besar dan cantik. Polos sangat rasa nak peluk je! Okey serious!
"Releklah bro tak yahlah marah2 mari kita tanya budak ni dulu" sebastian beralih kepada Nisya pulak "hei, budak kau nak jual tak organ kau. kalau nak, bagitau berapa ka- ouch!"
"Sakitlah kepala aku korang ketuk!" Sebastian mengosok-gosok kepalanya yg diketuk oleh akio dan Alan.
"Kau ingat budak2 tahu ke apa yg kau cakap tu, hah?!" Pekik alan dan akio.
"Manalah tahu dia faham cakap aku" ucap sebastian masih lagi mengosok kepalanya.
"Kan aku dah kata yg aku takkan ju-" kata2 Akio dipotong oleh Nisya.
"Nisya tak nak jual organ Nisya, sebab nanti Nisya tak boleh hidup!" Mereka bertiga memandang Nisya dengan muka terkejut beruk. Nisya tahu apa kau cakap bro!
"Nisya masih nak hidup! Kalau nak jual organ, juallah organ pak cik sendiri!" Sambungnya lagi. Kena panggil pak cik, merana sebentar hidup kau.
"Pak cik?!" Kat mereka serentak.
"Hei, umur aku masih muda lagi tahu tak?!" Marah alan bercekak pinggang.
"Betul tu, muka aku ni nampak macam orang tua ke bagi kau hah, budak?!" Sambung Sebastian.
"Memang pun!" Lawan Nisya yg membuatkan Sebastian rasa hendak menangis. Alololo keciannye.
"Bro, betul ke muka aku nampak macam orang tua?" Tanyanya kepada dua orang kawannya.
"Sabar Sebastian sabar, budak2 memang macam ni" kata alan mengosok belakang kawannya itu.
"Korang pergilah duduk, nak bertekak dengan budak ni memang kita tak akan menanglah jawabnya" kata Akio. Mereka berdua akhirnya kembali ketempat duduk mereka.
Akio lalu melihat kearah Nisya. Nisya yg kelihatan hendak tertidur diperhatikan, lalu Akio melihat jam tangannya. Patutlah budak ni nak tertidur, dah pukul 2 subuh rupanya. Akio melihat kembali kearah Nisya yg sudah terlena sambil kepalanya terlentok di pemegang kerusi.
Comelnya budak ni Akio mengatakan kepada dirinya sendiri. Dia memperbaiki cara Nisya tidur setelah itu diselimuti dengan jaket hitamnya agar Nisya tidak kesejukkan.
Akio sebenarnya tidak menyangka Nisya yg sekecil ini terpaksa kehilangan orang tuanya. Dia dan kawan2nya terpaksa membunuh kerana itu adalah pekerjaan yg diberikan oleh bossnya.
Sebenarnya mereka hanya ditugaskan untuk membunuh ayah dan ibu Nisya sahaja tetapi apabila kakak Nisya yg melihat kejadian dan terus berlari keatas untuk menelefon polis terpaksalah jugak mereka bunuh. Nisya pulak yg baru terbangun akibat jeritan kakaknya hanya memandang mereka dengan ketakutan.
Akio dan kawan2nya tidak sampai hati hendak membunuh Nisya apabila melihat Nisya yg cuba untuk membangunkan kakaknya yg sudah tidak bernyawa lagi.
Jadi mereka memutuskan untuk membawa Nisya bersama mereka. Akio menutup mata Nisya, bila Nisya terleka dan dimasukan kedalam kereta dan terus menuju ke kapal terbang yg mereka naiki sekarang. Mereka bercadang untuk membawa Nisya ke jepun tempat dimana mereka tinggal. Selamat tinggal malaysia, selamat datang jepun.
(Jadi? Apa pendapat korang? Saya lupa nak bagi tahu yg saya ni peminat anime, sebab tu ada sedikit anime hehehe. Vote kalau korang suka cerita ni tak pun comment je. Sharelah kat kawan2 itu akan sangat membantu saya >w< jumpa dilain hari! )
YOU ARE READING
vampire and nisya
VampireNisya telah diculik semasa umur enam tahun selepas keluarganya dibunuh oleh pembunuh upahan dan pembunuh itu pula tidak sampai hati mahu membunuhnya. Akhirnya dia dibawa pergi oleh pembunuh keluarganya pergi ke jepun. Pembunuh2 itu bukanlah orang up...