bab 7

146 7 2
                                    

Terpisat2 nisya membuka matanya. Dia merasakan sakit ditengkuknya. Gila tak sakit, pingsan dalan keadaan tak selesa.

Dia cuba untuk memegang tengkuknya. Eh? Apesal tangan aku tak boleh gerak ni? Nisya melihat tangannya yg diikat, kaki pun sama, weh!! Nisya melihat sekeliling ruang yg besar itu.

Aku ni tahanan ke tetamu? Punyalah cantik gila tempat ni. Agaknya penculik ni cerewet nak mampos. Kalaulah ini besar bilik aku memang dah jadi rumah agaknya.

Sempat lagi tu, nak berangan2 buat tempat tu jadi rumah. Dia ni langsung tak kisah dengan situasi dia yg sedang terikat ni ke? Terpukaulah jugak tengok bilik yg cantik terhias dengan perabot2 mahal yg entah dari mana asalnya.

Uish, kalau aku jual perabot ni mesti dapat duit banyak, boleh aku pergi paris. Lepas tu riak sikit kat ig tunjuk kat kwn2 yg aku pergi paris hahaha! Angan2 lagi budak ni! Rasanya kena ketuk baru dia sedar diri sikit dengan situasi dia sekarang ni. Haish!

Sementara nisya masih berangan2 nak pergi paris, 3 org lelaki masuk kebilik itu tanpa disedari nisya. Budak yg membelakangi mereka itu dah tak ingat dunia dah. Paris je dalam kepala dia.

Mereka berpandangan sesama sendiri, apabila mendengar nisya bercakap seorang diri. Mereka mendekati nisya yg masih tidak sedar kehadiran mereka.

"Ni kalau tangan aku tak terikat ni, memang aku dah bawak lari perbot2 ni. Biar tuan dia mati kejung. Jual dekat tauke kedai china kat depan rumah mak joyah tu. Kayalah aku. Dapat pergi paris, dapat pergi korea, dapat pergi mana2 yg aku suka, lepas tu riak lagi kat ig biar semua orang cemburu" tanpa sedar nisya mengeluarkan apa isi hatinya. Melangit budak ni berangan.😑

Alan dan sebastian sedaya upaya menahan gelak. Tingginya angan2 budak ni, kalah tingginya dari orang lain.

"Nisya nak pergi paris ye?" Alan akhirnya menghentikan angan2 nisya. Nisya tiba2 menjadi kaku seperti patung cendana. Aik? Takkan dah kena sumpah oleh mak si tanggang jadi patung cendana?

Tadi bukan main lagi mulut dia bercakap itu ini nak riaklah nak apelah, sekarang ni dah jadi patung pulak?

Nisya menundukkan kepalanya. Dia menarik nafas dan menghembusnya keluar, dia mengulangi perkara yg sama berulang2 kali.
Dah mcm orang asma pun ada.😓ish3...

"Nisya?" Sebastian menunduk untuk melihat wajah nisya, tetapi nisya memalingkan wajahnya, matanya ditutup dengan kejap.

"S..s..saya taknak tengok muka k..korang lagi" kata nisya tergagap-gagap. Dia menggunakan 'saya' sebagai kata ganti dirinya sekarang.

"Kenapa taknak tengok muka kami? Kami ada buat salah ke? Hmm?" Tanya sebastian lembut.

Tiada jawaban.

"Nisya pandang sini" kata akio tegas. Mcm bapak pun ada jugak dia ni.

Tidak ada gerakkan sama sekali. Nisya masih kaku dengan muka memaling dari mereka. Lama menunggu, akio bersuara lagi.

"Nisya pandang kami, sekarang!" Sergah akio lebih tegas seperti orang tua yg memarahi anak mereka.

Sergahan akio itu membuatkan nisya terkejut. Lama-kelamaan bahu nisya terhinjut-hinjut menahan tangisannya.

Alan dan sebastian membuka ikatan dari kaki dan tangan nisya. Nisya duduk seperti seorang budak yg membuat salah. Kepala pulak ditundukkan.

Mereka bertiga boleh melihat air mata nisya yg bertitikan ketangan nisya tetapi tidak boleh melihat muka nisya kerana nisya masih menunduk.

Akio mengalah dia cuba berlembut dengan nisya. Dia bertingkung dihadapan nisya.

"Nisya, beritahu kami apa salah kami sampai nisya lari dari rumah dulu?" Tanya akio.

vampire and nisyaWhere stories live. Discover now