Pagi....(sehari selepas kena culik)
Aku nak baliiiiikkkk!!!!!
Nisya sudah berasa bosan berada didalam rumah besar itu. Rasa nak lari awal ni jugak
Aaahhhh! Aku tak kira, aku nak balik jugak! Aku dah tak peduli kalau diorang nak boom aku, nak tembak aku. Aku nak balik!! Sekolah pun dah nak mula😭
Nisya melihat jendela yg terbuka luas seperti memanggil2nya untuk lari dari situ. Kena mandi dulu. Takkan nak lari dengan badan busuk kut.
Pintu dikunci. Nisya membuka almari baju, dia melihat pakaian yg ada, semua pakaian lelaki. Memanglah dah nama penghuni pun lelaki!! Ada beberapa selendang yg ada dilemari. Eleh,bukannya malaysia ni ada salji pun.
Nisya mengambil pakaian dan seluar yg memang besar saiznya lalu menggapai tuala dan berlalu kebilik mandi.
Nisya keluar dari bilik mandi selepas beberapa minit. Lengkap berpakaian. Tinggal tudung je lagi. Nisya melihat dirinya dicermin. Alahai besarnya baju ni, sampai jugaklah hingga kelutut dengan seluar, besar je seluar tu bila dipakai.
Rambutnya yg basah dikeringkan lalu barulah dia memakai selendang yg dijadikan tudung. Dililit sesuka hati. Tiba2 pintu terbuka membuatkan nisya terkejut. Nisya ingin memarahi orang yg sesuka hati masuk kebiliknya.
Eh kejap! Bukan tadi aku kunci pintu ke? Kuat sangat agaknya penghuni rumah ni. Hadui! nama pun vampire, nisya oi.
Nisya melihat kepintu. Alangkah terkejutnya melihat mahluk tuhan yg ada dibiliknya sekarang ini.
NENE?!
"Ap..apa awak buat kat sini?!" Nisya sudah berasa tidak tenteram. Mcm mana dia boleh ada kat sini?! Kat malaysia ni?!
"Kau..." nene cuba mendekati nisya dengan kayu yg berada ditangannya tetapi lengannya direntap dari belakang. Nene melihat orang yg merentapnya. Akio.
Alan dan sebastian terkecoh2 masuk kedalam bilik nisya.
"Lepaslah tangan aku!! Aku nak hajar budak tak sedar diri ni!!! LEPAS!!" Nene sudah berteriak seperti orang histeria. Nisya yg melihat pun berasa takut. Mata nene kelihatan merah menyala seperti hendak terkam dirinya.
"Alan, tolong aku bawak perempuan ni keluar" arah akio dengan tenang. Alan hanya mengikut arahan akio. Lalu mereka membawa nene keluar dari bilik nisya.
Nisya terduduk dilantai, keseluruh badannya memgigil ketakutan. Nene kelihatan begitu menakutkan, apa yg akan terjadi kpd dirinya jika akio tidak ada tadi? Sebastian mendekati nisya yg terketar2.
Sebastian mengosok2 belakang nisya untuk menenangkan gadis itu. Dia pun terkejut, apabila melihat nene yg menerjah masuk kerumah itu, berlari ketingkat atas dengan membawa sebatang kayu yg panjang.
Kedengaran teriakan nene yg memanggil nama nisya. Meremang bulu roma nisya mengengar jeritan itu. Mcm langsuir pun ada jugak.
"Nisya jangan takut. Takkan ada apa2 yg akan berlaku kpd nisya selagi kami ada, okey?" sebastian membantu nisya untuk duduk dibirai katil. Lalu digosok kepala nisya yg berbalut selendang itu.
"Bastian.." akio masuk kebilik nisya, dengan mukanya yg memang ketat. Phui!
Sebastian yg menenangkan nisya berpaling melihat akio. Dia menjongketkan keningnya kpd akio.
"Kau bawak nisya balik kerumah keluarga dia, nisya tak boleh tinggal selagi nene ada kat sini. Aku tengok nene dah mcm org mental kat bawah tu" sehabis berbicara akio meraup mukanya dan berlalu keluar dari bilik nisya.
"Jom nisya, saya hantar awak balik" sebastian memegang pergelangan tangan nisya lalu mengambil beg sandang nisya dan keluar dari bilik itu.
Mereka menuruni tangga perlahan2. sebastian melihat keruang tamu, nene duduk disofa membelakangi mereka. Akio dan alan pulak duduk berdepanan nene. Entah apa yg mereka cakapkan, mcm serious je.
Nisya yg melihat nene terus memeluk lengan sebastian yg mengenggam pergelangan tangannya. Takut. Mereka lalu pergi kedapur, keluar dari pintu dapur lebih baik. Selepas itu mereka meluru masuk ke kereta dan meluncur keluar dari perkarangan rumah itu.
Nisya menunjukkan jalan untuk kerumahnya. Akhirnya setelah sampai nisya keluar dari kereta itu.
"Jaga diri baik2, okey nisya? Bye, jalan dulu tau" sebastian melambai. Nisya hanya melambai sehingga kereta itu keluar dari perkarangan rumahnya.
Nisya menapak masuk kerumahnya. Sedaya upaya dia senyum untuk menutupi kegelisahan yg bertandang dihati. Sungguh dia masih terauma.
"Assalamualaikum, nisya dah balik" nisya memberi salam.
"Waalaikumsalam, cik nisya" pembantu rumah iaitu kak jenah menyambutnya.
"Kak, mama dengan papa mana?" Tanya nisya apabila tidak melihat seorang pun ahli keluarganya.
"Oh, Dato' dan Datin pergi keluar tak tahu pulak pergi mana" sehabis berkata kak jenah menyambung kerjanya.
Nisya hanya mengangguk. Nisya menaiki tangga untuk kebiliknya. Dia membuka tudungnya, didalam bilik nisya duduk termenung dibirai katil.
Tiba2 telefon bimbitnya berbunyi. Nisya melihat nama si pemanggil.
SYIRA
Nisya menjawab panggilan syira.
"Assalamualaikum, syira. Ade ape kau call aku ni?" Nisya membaringkan badannya, sebelah tangannya didepangkan.
"Waalaikumsalam, nish. Aku cuma nak tanya kau ni" beritahu syira.
"Ape dia?" Tanya nisya. Sekarang dia mengerengkan badannya kekiri.
"Kau nak tak balik awal ke asrama dengan aku esok? Boringlah kalau aku balik sorang2, kalau nak, aku ambik kau esok" nyata syira lagi.
"Awalnya kau nak balik. Ade ape2 kat sana ke?" Tanya nisya. Kenapa kena balik awal sedangkan ada beberapa hari lagi sebelum balik keasrama? Mungkin mereka ada kerja nak kena buat kut?
"Aku rimaslah dengan abang aku. Sejak kau balik dari rumah aku hari tu, dia tak habis2 tanya aku pasal kau, depan mak bapak aku lagi tu!" Di hujung ayat syira mengeluh. Abangnya tak habis2 menanyakan tentang nisya.
"Oh..." aduh parahlah kalau mcm ni!
"Okeylah aku ikut kau balik asrama" nisya bersetuju. Kesian kwnnya itu. Mesti terganggu ketenangan hidupnya yg damai lagi sejahtera. Eseh ayat!
"Thank you nish! Kau memang kwn aku yg terbaik" seronok syira apabila ada kwn untuk pulang keasrama.
"Okeylah, syira aku nak rehat ni jumpa kau besok. Assalamualaikum" nisya memutuskan panggilan itu setelah syira menjawab salamnya.
Diletakkan telefonnya disisi kepalanya, nisya merenung ceiling bilik tidurnya. Termenung seketika.
Mungkin lebih baik aku balik asrama dengan syira.
"Cik nisya, Datin dah balik" nisya memandang pintu yg diketuk oleh kak jenah.
"Ye, tunggu kejap" kata nisya. Dia bangun dari pembaringannya lalu menukar pakaian tadi kepada pakaiannya. Takkan nak pakai baju tu depan mama papa dia? Nisya mengambil tudung bawal. Lalu keluar dari bilik tidurnya.
(Author : apehal nene ada kat malaysia?! Masalah semakin berdatangan. Apelah nasib si dia bila ditimpa masalah berkali2. Tunggu bab yg akan datang. Kali ni belum ada sp/pov lagi. Tunggu je bila tiba masanya nanti *lompat keluar tingkap* jumpa dilain hari!)
YOU ARE READING
vampire and nisya
VampireNisya telah diculik semasa umur enam tahun selepas keluarganya dibunuh oleh pembunuh upahan dan pembunuh itu pula tidak sampai hati mahu membunuhnya. Akhirnya dia dibawa pergi oleh pembunuh keluarganya pergi ke jepun. Pembunuh2 itu bukanlah orang up...