5 tahun sebelum.
Aku dalam perjalanan pulang ke rumah. Tapi kali ini aku melalui jalan berlainan.
Nampaknya jalan ini lebih panjang berbanding yang sebelum ini.
Baguslah.
Aku taknak tergesa-gesa lagipun.
Langkah aku terhenti.
Terbentang padang yang luas dan dipenuhi pelbagai warna dan jenis bunga.
Aku tersenyum riang. Langkahku dicepatkan ke arah padang itu.
Saat demi saat, langkah ku semakin laju.
Aku berlari dan terus lari, merentasi padang rumput menghijau yang tinggi hampir melebihi paras pinggangku.
Angin melanggar wajah dan badanku deras apabila larianku dipantaskan.
Aku membuka mulutku sedikit, membiarkan oksigen memenuhi paru-paruku.
Tiada kerisauan. Tiada ketakutan. Tiada tangisan.
Walau apapun yang berada di dalam padang rumput yang tinggi ini,
Mahupun tikus atau ular.
Aku tidak gerun.
Aku rasa hidup.
Buat pertama kalinya.
Aku berhenti berlari, mengambil nafas.
Aku melihat sekuntum bunga kecil tersembunyi di dasar padang rumput ini.
Bunga itu berwarna kuning terang.
Ia kecil, namun masih boleh hidup di dasar semak samun ini.
Walaupun tanpa cahaya matahari yang mencukupi,
Ia masih hidup.
Aku memetik bunga tersebut.
"Kau macam aku"
Aku tersenyum dan memegang kemas bunga tersebut.
YOU ARE READING
I'm Touka
Short StorySebuah cerita yang penuh dengan pelangi, arnab-arnab gebu melompat-lompat di padang hijau terbentang luas dan kegembiraan yang berpanjangan~! 🌌🌌🌈💞 Hope you enjoy it😂👌