Aku membuka mataku daripada tidur.
Tidurku tidak lena kerana terdengar bunyi daripada luar bilikku.
Aku menuju ke luar bilik tanpa mengejut suamiku.
Kelihatan pintu di halaman rumah tidak ditutup.
Cahaya daripada bilik Touka menangkap perhatianku.
Aku menuju ke biliknya.
Aku terduduk.
Terkejut.
Gerun.
Jijik.
Kelihatan banyak.
BANYAK.
Bangkai kucing bergelimpangan di dalam bilik itu.
Touka nampak asyik membuat sesuatu sambil membelakangi aku.
Dia..seperti..
Membalut kucing itu dengan sampul hadiah??
"Eh, ibu? Saya baru je nak buat kejutan untuk ibu esok. Ibu dan ayahkan tak suka kucing-kucing ni, jadi saya ingat bunuh mereka dan hadiahkannya pada kamu berdua akan jadi hadiah yang terbaik untuk ibu dan ayah"
Touka tersenyum riang.
Aku ketakutan.
Tidak mampu berkata apa-apa.
"Apa...ni..Yuri??"
Aku menoleh melihat suamiku kelihatan ketakutan.
Sebelum sempat aku berkata apa-apa, perutku memulas dan tekakku berasa loya.
Aku segera menolak Subaru dan menuju ke bilik air.
Subaru hanya tercegat disitu.Melihat.
YOU ARE READING
I'm Touka
Short StorySebuah cerita yang penuh dengan pelangi, arnab-arnab gebu melompat-lompat di padang hijau terbentang luas dan kegembiraan yang berpanjangan~! 🌌🌌🌈💞 Hope you enjoy it😂👌