Aku merentasi padang hijau yang pernah menjadi laluanku sebaik sahaja pulang daripada sekolah.
Sekarang, aku bersekolah lebih jauh dan terpaksa melalui jalan lain.
Aku menikmati rasa rumput-rumput yang tinggi menyentuh kakiku.
Langkah demi langkah aku mula melaju.
Aku berlari.
Menyedut oksigen sebanyak mungkin ke dalam paru-paruku.
Mungkin ini boleh menggembirakanku.
"TOUKA!"
Aku menoleh.
'Cikgu tu?'
"TUNGGU SAYA!!"
Aku meningkatkan kelajuanku meninggalkan guruku di belakang.
"TOUKA! TUNGGULAH SAYA!!"
Aku cuba untuk berlari lebih jauh tetapi lenganku sudah dipaut oleh seseorang.
"Dapat pun! Penat tau tak saya kejar kamu"
Kata dia sambil tercungap-cungap mengambil nafas.
"Apa cikgu buat kat sini?"
Dia menghayun-hayunkan tangannya menandakan aku untuk berhenti sekejap.
'Low staminanyer mamat ni'
YOU ARE READING
I'm Touka
Short StorySebuah cerita yang penuh dengan pelangi, arnab-arnab gebu melompat-lompat di padang hijau terbentang luas dan kegembiraan yang berpanjangan~! 🌌🌌🌈💞 Hope you enjoy it😂👌