TOUKA

8 0 0
                                    






Aku keluar daripada bilikku kerana terdengar kekecohan di ruang tamu.

Ibu bapaku kelihatan tergesa-gesa bersama beg pakaian di sisi.

"Ibu...ayah? Kamu berdua nak pergi mana?"

Ibuku memandangku dengan pandangan yang penuh ketakutan.

Dia tak menjawab, sebaliknya membawa beg-beg pakaian mereka dan segera keluar daripada rumah.

Aku menarik tangan ibuku.

Air mata mula bergenang di mataku.

"Ib..Ibu?? Ibu nak pergi mana!?"

"LEPASKAN AKU!! LEPASKAN GILA!!"

Dia menolakku kasar.

Ibu dan bapaku meninggalkanku dengan menaiki kereta mereka.

Aku merenung mereka daripada jauh.

Air mata yang hampir jatuh tadi dilap dengan lengan bajuku.

Aku tersenyum.

"Aku berjaya. Mungkin aku akan jadi lebih gembira macam nih"

"Aku tak perlu menghilangkan diri aku untuk melarikan diri daripada ketidakgembiraan ini. Aku hanya perlu buatkan punca aku jadi begini hilang"

Aku harap aku akan jadi gembira.

I'm ToukaWhere stories live. Discover now