TOUKA

18 1 0
                                    






Hari ini ialah hari pertama aku di sekolah.

Pada umur 10 tahun.

Ibu bapaku mengatakan aku mengalami kecederaan yang teruk dan aku tidak dapat menghabiskan hari-hari akhir sekolah pada tahun lepas.

Aku faham.

Kalau tak kenapa aku tidak ingat diriku sendiri pada masa itu?

Kalau tak kerana kecederaan pada kepalaku.

Anehnya, hari pertama di sekolah tidak berjalan seperti yang aku jangkakan.

Pada langkah pertama aku memasuki kelas, setiap mata memandangku.

Bukan pandangan gembira atau lega.

Tetapi, lebih kepada pandangan terkejut,

Jengkel,

Jijik,

Mereka berbisik, merenung.

Tidak henti-henti.

"Kenapa dia berpakaian macam tuh?"

"Urgh, apahal pompuan tu berlakon jadi lelaki?"

"Dia gila ke?"

"Aku dengar dia sakit"

"Mak aku kata mak bapak dia gi tukar jantina dia!"

Aku duduk di mejaku.

Aku mengendahkan mereka.

Namun, mereka tetap tidak berhenti.

Mata itu.

Mulut itu.

Tidak henti merenung dan berbisik.

I'm ToukaWhere stories live. Discover now