Aku menolak pintu bilik Touka perlahan.
Sudah lama juga aku tidak membersihkan bilik anakku.
Aku membuka lampu biliknya.
Touka tiada di biliknya.
Namun,
Aku segera menyesali perbuatanku.
Biliknya dipenuhi pelbagai jenis serangga yang sudah mati dipaku di sekeliling dinding bilik.
Aku terduduk.
"Apa...ni.."
"Ini koleksi serangga saya"
Aku menoleh pada kelibat Touka.
"Ini hobi saya ibu. Saya suka mengumpul serangga"
"Dan perasaan saya apabila menangkap dan membunuh mereka juga...Memberikan kepuasan hati pada saya"
Touka tersenyum.
Dia kelihatan gembira menjelaskan hobinya kepadaku.
"Tt...Tapi, kamu tak kesian ke pada mereka? Kesian keluarga mereka menunggu kepulangan anak mereka yang sudah mati"
Touka terdiam.
Dia kelihatan seperti memikirkan sesuatu.
"Tapi, setelah ibu serangga itu melahirkan anaknya, dia terus meninggalkannya dan biarkan anaknya hidup bersendirian. Bukankah lebih baik kalau saya membunuh anaknya supaya dia takkan menjadi seperti ibunya yang meninggalkannya bersendirian?"
Aku terdiam.
YOU ARE READING
I'm Touka
Short StorySebuah cerita yang penuh dengan pelangi, arnab-arnab gebu melompat-lompat di padang hijau terbentang luas dan kegembiraan yang berpanjangan~! 🌌🌌🌈💞 Hope you enjoy it😂👌