"Kai, omma dengan appa nak cakap sesuatu dengan kamu" kata Puan Kim.
Kai mengerutkan kening. Bibirnya melepaskan keluhan kecil. Tapak kakinya yang elok menuju kearah pintu, terus bertukar arah menuju kepada omma dan appanya.
"Apa dia omma, appa? Ppalli sikit. Kai nak keluar dengan Chan."
"Appa nak kamu kahwin."
"Bwo??!!! Kahwin apa ni omma? Appa?!"
Tuan Kim memandang isterinya seketika sebelum beralih kearah Kai yang masih lagi tercengang. Kai melopong luas, bebola matanya laju bergerak memandang kedua-dua orang tuanya. Macam, tak percaya.
"Appa dah buat keputusan. Kai kena juga kahwin dengan sepupu kamu."
Hampir menonjol lagi biji mata Kai sesudah mendengar. Kahwin? Kena paksa ke apa? Dengan orang yang tak kenal? Arh, serabut!
"Appa! Kai tak nak! Tak kira lah dia sepupu Kai ke apa, Kai tak kenal pun dia. Tolonglah, omma dengan appa nak paksa Kai ke? Entah baik ke tak perempuan tu."
"Kim Jongin!! Jaga mulut kamu. Nak atau tak nak, kamu kena kahwin juga. Muktamad!"
"Kai tak nak!" Kai masih lagi dengan keputusannya, dia tidak setuju. Dan, tak akan setuju!
Tiba-tiba Puan Kim menunduk, bahunya terhinjut-hinjut menahan tangisan yang kuat. Kai tersentak. Perlahan-lahan Puan Kim mengangkat kembali wajahnya sambil mengesat sisa air mata dengan hujung ibu jari.
"Kai, jangan kecewakan omma, sayang. Omma nak anak omma sentiasa yang terbaik. Cuma kahwin je jalan yang terbaik untuk Kai. Kahwin, nae?" kata Puan Kim dengan lembut.
Kai memejamkan mata. Kuasa seorang ibu, siapa je yang boleh bantah? Fikirannya mula bercelaru, berfikir sama ada dia patut setuju atau tidak. Kalau tak setuju, pasti omma kecewa dan dia akan didesak berkali-kali. Kalau setuju pulak, segala kebebasan yang dia kecapi selama ini, harus dilepaskan. Arak, kelab, perempuan. Payah!
Chan.. Chanyeol! Ya, dia perlukan lelaki itu sekarang.
"Nanti Kai fikirkan. Bagi Kai ruang dulu." Kai pantas berlalu keluar setelah memberi kata putus. Deruman kereta audi putih miliknya kedengaran, menandakan dia telahpun keluar dari perkarangan rumah.
Tuan Kim tersenyum ke arah isterinya, ibu jari diangkat.
"Pandai awak berlakon, yeobo. Harap-harap si Kai tu setuju."
Puan Kim tersenyum puas. Air mata palsunya yang masih tersisa, dilap sehingga bersih.
"Eh, mestilah. Saya nak Kai tu ikut jalan yang betul. Sakit mata saya ni tengok dia bawa perempuan kesana-kesini."
"Ye lah."
*****
Chanyeol menyedut orange juice yang baru dibelinya tadi sambil mengetuk-ngetuk meja. Selepas dia mendapat mesej daripada Kai tadi, terus sahaja dia sampai di Starbuck Cafe ni. Urgent katanya.
"Sorry lambat, jalan jem tadi. Dah lama ke kau sampai?" soal Kai yang baru sahaja sampai, tanpa menunggu jawapan dari Chanyeol, lelaki itu melabuhkan punggungnya di atas kerusi terlebih dahulu.
"Tak ada lah lama sangat. Baru je."
Kai mengangguk. Lelaki itu memanggil pekerja Cafe untuk membuat sedikit pesanan ringkas. Saja, untuk membuat santapan sambil berborak dengan Chanyeol nanti. Setelah pekerja itu berlalu pergi untuk menyediakan pesanan, Kai memulakan topik.
"Chan, aku ajak kau ni sebab ada sesuatu yang aku nak minta pendapat sikit dari kau."
"Pendapat apa?"

YOU ARE READING
[ON-GOING] HURT LOVE 사란 해 (KAI EXO FF)
Fanfiction"Kita ni kahwin paksa, kau tahu tak? So, tak payah berangan nak jadi pasangan bahagia sangat. Aku menyampah tengok muka kau. - Kai "Awak, please..hormat saya sebagai isteri awak. Walaupun sekali.." -Eunhye Kai atau Kim Jongin yang dipaksa kahwin ole...