Eunhye memandang wajahnya pada pantulan cermin. Wajah yang sedang dimakeup oleh tukang makeup atau lebih dikenali dengan Unnie Sun.
"Unnie Sun, Eun tak nak makeup tebal-tebal sangat tau" pesan Eunhye. Unnie Sun berdecit.
"Dah berapa puluh kali Eun nak bagitahu unnie ni? Unnie tahu lah yang Eun tak suka makeup tebal-tebal. Aduii" keluh Unnie Sun. Eunhye tergelak kecil.
"Eun cuma ingatkan je"
Selepas beberapa minit, Eunhye sudah siap dimakeup. Unnie Sun tersenyum puas. Senang mahu makeupkan Eunhye kerana wajahnya yang sudah natural beauty.
"Ha, dah siap. Cuba Eun tengok sendiri. Tebal atau tidak" kata Unnie Sun bercampur perlian. Eunhye tersenyum dengan kata-kata Unnie Sun lalu melihat wajahnya di hadapan cermin.
Senyumannya semakin melebar. Pandai Unnie Sun makeup, getus hatinya.
"Puas kan? Sekarang, Eun pergi tukar baju sana" arah Unnie Sun. Eunhye hanya mengangguk.
"Baiklah, Unnie Sun"
Senyuman Eunhye perlahan-lahan mundur apabila tatapan matanya kearah gaun pengantin yang terletak elok di hadapannya.
Eunhye berasa gentar. Lagi satu jam, dia akan sah menjadi seorang isteri kepada lelaki yang pernah dicintainya dulu.Takut.
Ya, takut dengan pandangan dan kata-kata lelaki itu sewaktu di rumah ibu saudara merangkap ibu mertuanya dulu.
Sebab aku nak seksa kau cukup-cukup masa kita kahwin nanti.
Eunhye pejam mata. Tuhan, tolong lindung aku. Omma...
Unnie Sun menepuk bahu Eunhye perlahan. Pelik melihat Eunhye tiba-tiba termenung. "Eun, kenapa? Ada apa apa yang Eun nak share dengan unnie ke?"
"Tak ada apa-apa lah, unnie"
"Betul ni?"
"Ya, betul"
****
"Now, you can kiss your bride"
Bibir Eunhye dikucup buat kali pertamanya. Lehernya juga dipegang kemas oleh Kai.
Para tetamu memberi tepukan yang gemuruh kepada pengantin baru itu. Air mata Eunhye mengalir perlahan. Rasa seperti tidak percaya bahawa dia sudah digelar sebagai seorang isteri.
"Tahniah, anak omma! Dah besar anak omma ni. Dah jadi isteri orang. Omma bangga dengan kamu, Eun" Puan Park lantas memeluk anak perempuannya erat. Air mata ibunya mengalir laju kerana satu-satu anaknya sudah menjadi tanggungan seorang lelaki yang dipercayai.
"Kai, tolong jaga anak omma ni baik-baik ye. Eun ni degil sikit tau. Omma harap, Kai bersabar lah dengan dia. Janji ye nak?" Puan Park memesan dengan air mata yang masih lagi tumpah di pipi.
Kai hanya tersenyum. Langsung tidak membalas kata-kata Puan Park. 'Maaf omma, Kai tak boleh pegang janji tu.'
"Sudah-sudah lah tu. Anak yang kahwin, ommanya pula yang melebih" tegur Tuan Park.
"Aduh!" Tuan Park mengusap bahunya yang ditumbuk perlahan.
"Tahu pun sakit! Anak saya, biarlah saya nak nangis pun" Puan Park menjeling suaminya sekilas.
"Ye ye je lah"
Kelakuan laki bini itu mengundang ketawa terhadap Eunhye. Geli betul hatinya melihat. 'Kalau lah aku dengan Kai pun macam ni, nanti.'
"Eun.."
"Ya, omma?" lancar kata-kata Eunhye memanggil Puan Kim dengan panggilan 'omma'. Puas dia berlatih. Bukannya senang mahu memanggil panggilan sebegitu rupa kepada orang yang baru kenal.
"Kalau tadi omma Eun suruh Kai jaga Eun, sekarang, omma pula nak pesan kat Eun untuk jaga Kai, arasseo? Kai tu keras kepala. Nak kata degil? Memang budak tu degil. Tapi hati dia lembut. Omma yakin, suatu hari nanti, kamu berdua akan saling mencintai walaupun bukan sekarang. Perlahan-lahan, okay?" panjang lebar Puan Kim memberi nasihat. Ianya cukup membuatkan hati Eunhye ditusuk dalam.
"Baik, omma. Terima kasih sebab omma banyak tolong Eun"
"Gwaenchana, dear"
"Omma, appa. Kai rasa nak naik bilik dulu lah. Nak rehat. Rasa panas pulak tiba-tiba" sampuk Kai.
"Elok-elok sikit. Kai, jangan gelojoh sangat"
Serentak, empat pasang mata itu ketawa besar. Eunhye menunduk malu. Kai hanya tersenyum nipis.
"Chagiyaa, jom" Kai memaut bahu Eunhye lembut.
"Jom"
****
Sampai sahaja di bilik, Kai terus menjauhkan diri dari gadis yang baru sahaja digelar 'isterinya' tadi.
Jijik.
"Kau, jangan nak perasan sangat dengan layanan aku tadi. Itu semua lakonan. Kau faham tak?"
Eunhye kaku. Dia menunduk. Kepalanya mengangguk-ngangguk.
"Kalau awak tak cakap pun, saya faham"
Redha. Hanya itu yang Eunhye mampu ungkap ketika itu.
Kai menjeling gadis itu sekilas. Dia tidak boleh memandang Eunhye lama-lama kerana rasa bencinya akan meluap.
Kai menghempas tubuh ke katil. Penat, lelah kerana sibuk melayan tetamu tadi. Eunhye yang berdiri statik di tepi, diabai. Mata dipejam rapat, rasa mahu tidur pun ada. Lantas tubuh itu berdiri semula untuk mandi.
"Yang kau berdiri kat situ buat apa? Pergilah mandi sana"
Bahu Eunhye terhinjut kecil dek sergahan Kai tadi. "Arasseo"
"One more,,"
Kata-kata Kai terhenti. Eunhye mendongak, memandang wajah suaminya.
"Kau diharamkan untuk baring atas katil tu eh. Faham?!" usai berkata, Kai terus masuk ke dalam bilik air.
Eunhye terduduk. Tangannya menekup mulut agar Kai tidak mendengar tangisannya yang kuat.
Sakit.
Pedih.
Tak apa, Eun. Kau boleh. Ni baru sikit. Kau kuat, Park Eunhye!
Bersambung✨
Maafkan author sebab laju sangat keh!
YOU ARE READING
[ON-GOING] HURT LOVE 사란 해 (KAI EXO FF)
Fiksi Penggemar"Kita ni kahwin paksa, kau tahu tak? So, tak payah berangan nak jadi pasangan bahagia sangat. Aku menyampah tengok muka kau. - Kai "Awak, please..hormat saya sebagai isteri awak. Walaupun sekali.." -Eunhye Kai atau Kim Jongin yang dipaksa kahwin ole...