"Hey, bangun"
Eunhye merengek. Tubuh itu langsung tidak berganjak dari sofa. Matanya pun langsung tidak dibuka.
Kai mendengus kasar. Bukan main payah lagi budak hingusan ni nak bangun.
"Hey, budak! Bangunlah. Dah pagi ni. Kau ni, tahu membuta je memanjang"
Kai menolak-nolak bahu gadis itu dengan kasar. Biar padan muka!
Eunhye rasa tidurnya diganggu. Lantas kelopak mata dibuka dengan perlahan.
"Kai?"
"Tahu pulak kau ni nak bangun kan? Dah puas aku kejut, kau tetap tak bangun juga. Macam mana lah kau nak jadi isteri aku kalau tidur pun aku yang kena kejutkan kau, hah?! Kau ni tak layak tahu tak?! Haish"
Eunhye tersentak. Tubuhnya terasa seperti terkena serangan elektrik. Kata-kata Kai, sungguh pedas. Dia bangun, namun tulang belakang terasa lenguh. Eunhye mengaduh perlahan.
"Aww, sakitnyaa"
Kai menjeling melihat Eunhye yang membaiki tulang-tulang belakang.
"Sakit belakang, macam orang tua" ujar Kai. Eunhye tersentak lagi.
"Eleh, kalau awak ada kat tempat saya pun, awak akan buat benda yang sama" omel Eunhye perlahan dan Kai hanya mempu menangkap perkataan 'sama' sahaja.
"Apa kau cakap? Sama? Sama apa?"
"Nothing"
"Kau main-main eh dengan aku?"
"Tak. Tak" Tergeleng-geleng kepala Eunhye dibuatnya. Kai berdiam diri. Malas mahu bertekak.
Eunhye muncung sedepa. Dia termenung sekejap sambil memandang pemandangan luar yang menyamankan. Segar betul rasanya.
"Yang kau duduk termenung tu pehal? Pergi lah mandi cepat. Omma appa dah lama tunggu kat bawah untuk breakfast. Lembap betul lah kau ni" ujar Kai dengan jelingan tajam.
Tergopoh-gopoh Eunhye bangun meluru terus ke dalam bilik air untuk mandi. Terjentat juga dia bila tahu pasal breakfast tu tadi.
Kai mendengus. Setelah dirinya sudah siap, dia terus keluar dari bilik. Tanpa menunggu Eunhye yang masih lagi mandi.
Lantak kau lah, budak. Pagi-pagi dah buat aku rasa nak bagi kau makan kaki.
****
"Eh, Kai? Sorang je? Mana Eun?"
Soal Puan Kim. Puan Park serta Tuan Kim dan Tuan Park juga turut mengangkat kepala. Kai tersengih.
"Dia ada dalam bilik. Kai ingat nak tunggu je dia untuk turun sekali. Tapi, dia suruh Kai pergi dulu" Tipu Kai. Keempat-empat orang tuanya itu mengangguk. Percaya dengan kata-kata Kai.
"Kai order lah apa yang Kai nak makan"
"Okay, appa"
Selesai order set simple breakfast, Kai membuka telefon bimbitnya lalu ruang chat Chanyeol ditekan.
Selamat pengantin baru,
bestfriend! 😂Kalau kau rasa nak makan
penyepak aku, baik kau
diam😑Alah, rileks lah. Btw, sorry
sebab tak dapat datang wedding
kau.
YOU ARE READING
[ON-GOING] HURT LOVE 사란 해 (KAI EXO FF)
Fanfic"Kita ni kahwin paksa, kau tahu tak? So, tak payah berangan nak jadi pasangan bahagia sangat. Aku menyampah tengok muka kau. - Kai "Awak, please..hormat saya sebagai isteri awak. Walaupun sekali.." -Eunhye Kai atau Kim Jongin yang dipaksa kahwin ole...