Setelah berjam-jam berada di dalam kapal terbang, akhirnya selamat juga tiba di Bali. Perjalanan yang sudah memakan masa yang lama cukup membuatkan kesemua penumpang berasa letih. Termasuk Kai, Eunhye dan Chanyeol. Mereka bertiga telah bercadang untuk berehat di hotel yang telah ditempah untuk berehat. Dan esok, barulah akan pergi berjalan-jalan.
"Kai, jauh ke hotel tu?" soal Chanyeol dengan dahi yang berkerut menahan penat. Cuaca di Bali ketika itu sedikit panas. Berbeza dengan cuaca di Korea yang sejuk.
"Dalam.. 5 kilometer dari sini. Sekejap, aku tahan teksi" jawab Kai lalu berjalan kehadapan sedikit untuk menahan teksi yang berderet beratur di hadapan lapangan terbang.
Eunhye diam. Tidak tahu mahu bercakap apa. Tetapi, dirinya tiba-tiba ditegur seseorang.
"Awak tak penat ke?"
Langsung kepalanya menoleh ke kanan. Siapa lagi kalau bukan Chanyeol.
"Eh, mestilah penat. Rasa nak pengsan pun ada!" Eunhye ketawa halus. Chanyeol juga turut ketawa. Kai memandang, rasa tidak puas hati mula datang melihat kemesraan mereka berdua.
"Eh, saya nak pergi tandas sekejap tau" kata Chanyeol seakan-akan meminta izin, lalu dia pun terus berlari anak untuk mendapatkan tandas. Kepala Eunhye tergeleng, terasa lucu pula dengan jejaka itu.
Akibat semua teksi telah ditempah, terpaksalah mereka bertiga menunggu teksi yang lain datang. Kai mendekati Eunhye, lalu mulutnya mendekat pada telinga gadis itu.
"Gedik bukan main kau eh dengan kawan aku. Kalau kau berani nak mesra-mesra lagi dengan Chanyeol, siap kau aku kerjakan" bisik lelaki itu.
Eunhye tergamam. Bebola mata laju memaling ke wajah Kai. Lelaki itu memberi pandangan tajam. Cepat-cepat Eunhye melarikan pandangan ke arah lain.
Lantas mulut Kai dijauhkan setelah Chanyeol kembali semula dari tandas.
"Dah dapat teksi ke belum?"
"Belum. Kau lah pulak pergi cari, Chan. Aku nak rehat kejap"
Chanyeol angguk. Dia pergi mencari teksi bagi menggantikan Kai. Sempat lagi dia mengenyit mata kearah Eunhye. Sengaja.
Kai memberi pandangan tajam sebelum matanya ditutup untuk berehat sebentar. Eunhye senyap, tidak memberi sebarang reaksi terhadap kelakuan Chanyeol tadi. Rasa takut yang kian menyelubungi dalam dirinya sekarang.
****
"Nombor bilik 218, 219 dan 220. Semua bilik tu di tingkat 2, encik"
Kai mengucapkan terima kasih kepada pekerja hotel itu. Tangannya lantas menyambut kunci yang dihulur. Setelah selesai pembayaran, lalu lelaki itu menuju kearah Chanyeol dan Eunhye yang berdiri statik di depan pintu hotel tanpa sebarang perbualan.
"Chan, kau ambil bilik 219"
"Okay" Chanyeol mengambil kunci daripada Kai. Dia melihat kunci yang ada didalam genggaman Kai, terus dahinya berkerut.
"Kenapa kau tempah tiga bilik? Korang tak tidur sebil.."
"Tak" balas Kai selamba. Chanyeol menarik nafas dalam. Dia melihat wajah Eunhye yang sedikit mendung.
"Ikut kau lah"
"Okay" Kai terus melangkah masuk lif ke tingkat 2 seorang diri. Kakinya bergerak dengan perlahan sambil melihat nombor-nombor yang terlekat di setiap pintu bilik. Tidak lama selepas itu, bilik yang dicari-cari dapat dijumpai.
Kai melihat sekeliling dan nafasnya terhembus perlahan. Biliknya jauh sedikit dengan Eunhye, manakala bilik Chanyeol pula bersebelahan dengan Eunhye. Giginya diketap, lantas tangannya meraup muka dengan mata yang terpejam.
'Kai, sedarlah! Dia bukan type kau!'
Kai mengetuk kepala kuat. Tangannya terus membuka tombol pintu lalu tubuhnya masuk ke dalam bilik untuk berehat.
Bersambung✨
YOU ARE READING
[ON-GOING] HURT LOVE 사란 해 (KAI EXO FF)
Fanfiction"Kita ni kahwin paksa, kau tahu tak? So, tak payah berangan nak jadi pasangan bahagia sangat. Aku menyampah tengok muka kau. - Kai "Awak, please..hormat saya sebagai isteri awak. Walaupun sekali.." -Eunhye Kai atau Kim Jongin yang dipaksa kahwin ole...