🌹Bab 8🌹

111 5 1
                                    

"Anak omma hati-hati ye bila dekat sana nanti. Jaga diri tu" pesan Puan Park lalu memeluk tubuh anak perempuannya.

Eunhye senyum. "Jangan risaulah, omma. Kai oppa kan ada" katanya sambil memandang wajah Kai yang berada di sisi.

Kai senyum palsu. Bagus, lakonan Eunhye memang ikut dengan kata-katanya semalam.

"Haah, omma. Kai ada, jangan risau. Kalau sayang saya ni nakal, Kai cubit dia"

Tercetus ketawa Kai dengan yang lain. Eunhye tidak ketawa, tetapi hanya tersenyum. Kai, memang pandai menipu.

"Kalau macam tu baguslah. Lega omma tengok korang berdua" kata Puan Kim pula lalu dia menilik tangannya untuk melihat jam.

"Kai, Eunhye, kami berempat dah lewat ni. Ada kerja sikit. Kamu berdua jaga diri elok-elok kat negara orang tu. Selamat bercuti!" ucapnya.

Mereka berenam saling berpelukan sebelum berpisah. Eunhye menghantar bayangan kedua ibubapanya dengan ekor mata. Tiba-tiba dirinya diserang dengan rasa sedih. Wajahnya kembali mendung.

"Kalau kau rasa lapar, pergi lah order makanan kat mana-mana. Aku nak tunggu someone" ujar Kai dengan matanya meliar mencari kelibat orang yang ditunggu-tunggu.

Eunhye angguk lalu dia terus beredar dari situ. Dia singgah di sebuah cafe untuk membeli dua cawan kopi. Disebabkan orang ramai, nak atau tak nak, Eunhye terpaksa beratur terlebih dahulu.

Kai menekan butang telefon bimbit lalu didail nombor seseorang.

"Kau kat mana? Lama betul. Penerbangan lagi setengah jam tahu tak? Cepat sikit"

"Ye ye. Aku dah sampai ni. Mana kau? Cuba lambai-lambai tangan. Aku tak nampak kau ni"

Kai melambai-lambai tangan keatas. "Dah nampak belum?"

"Dah dah. Aku nampak"

Lelaki itu menekan punat merah pada telefon. Dia memandang hadapan, akhirnya..sampai pun.

"Sorrylah lambat. Jalan jem"

"Hmm. Dah, jom"

"Pergi mana?"

Kai menjuling mata. "Pergi beli ikan. Jangan jadi bengap sangat boleh tak? Pergi masuk dalam lah. Kang tak pasal-pasal terlepas flight."

"Aku atau kau yang bengap? Mana bini kau? Takkan kita berdua je"

Kai menjuling mata lagi. Boleh jadi juling betul-betul mata si Kai ni disebabkan Chanyeol.

"Aku kisah apa? Dia pergi beli makanan. Takkan aku nak kena tunggu dia pulak"

"Tak susah pun kan tunggu dia? Nanti sampai lah tu. Lagipun, aku tak tengok lagi rupa bini kau tu macam mana. Cantik ke tinggi ke, macam model ke" ujar Chanyeol, menyuruh agar Kai tunggu dahulu.

"Dia hodoh" balas Kai simple. Chanyeol geleng kepala.

"Awak, nah air"

Serentak kedua-dua jejaka itu berpaling kebelakang. Kelihatan Eunhye sedang memegang dua cawan kopi yang masih panas. Satu dipegang, satu lagi dihulur kearah Kai. Namun, Kai buat tak tahu. Tiada tanda-tanda lelaki itu mahu mengambil.

"Aku tak nak minum air guna duit kau yang entah dari mana. Buang" jawab Kai lalu berlalu masuk ke dalam airport seorang diri. Dibiarkan Eunhye dan Chanyeol berduaan.

Eunhye diam. Dia berasa sedikit malu kerana Kai tetap melayannya sebegitu rupa walaupun berada di hadapan kawannya. Gadis itu menunduk. Bila-bila masa sahaja air mata bertakung itu akan menitis.

Malu.

"Awak okay?" tegur Chanyeol. Eunhye angkat kepala. Keningnya berkerut.

"Awak siapa?"

"Oh.." Chanyeol menguntum senyum yang manis. Hampir pengsan Eunhye dibuatnya melihat senyuman itu. Comel sangat.

"Nama saya, Park Chanyeol. Awak?"

"Park Eunhye imnida"

"Wah! Nama family kita ni samalah!" kata Chanyeol teruja. Dia melihat Eunhye yang turut ketawa kecil.

'Cantiknya' getus hati lelakinya.

"Awak jangan terasa sangat dengan Kai tu tau. Dia memang macam tu. Saya harap awak bersabar. By the way, saya lupa nak cakap yang saya ni kawan baik dia" kata Chanyeol yang seakan-akan faham dengan keadaan gadis itu.

Eunhye hanya tersenyum dan mengangguk. "Tak apa, kawan Kai, kawan saya juga" ucapnya.

Chanyeol menjadi lebih teruja. "Maknanya, saya boleh jadi kawan awak lah?"

Eunhye angguk, mengiyakan.

"Mestilah boleh"

"Yes, we are friend now" ucap Chanyeol sambil memandang seluruh wajah bersih Eunhye.

Cantik sangat.

"Eh, awak. Jom lah masuk. Nanti Kai marah"

"Okay. Jom"

Mereka berdua pun masuk ke dalam airport bersama. Sambil-sambil itu, mereka sambung berbual mengenai diri masing-masing. Eunhye menunjukkan riak senang apabila berbual dengan Chanyeol. Senang hati dibuatnya lelaki itu.

Dalam diam, Chanyeol mengeluh. Kai, dia sudah cukup beruntung memiliki Eunhye. Sudahlah cantik, baik pula tu. Chanyeol sudah dapat rasakan bahawa gadis itu pasti memiliki hati yang lembut. Jika tidak, takkanlah dia akan bertahan dengan cemuhan Kai?

Pada masa yang sama, hatinya turut terdetik rasa cemburu. Cemburu yang amat.



Bersambung✨

[ON-GOING] HURT LOVE 사란 해 (KAI EXO FF)Where stories live. Discover now