🌹Bab 6🌹

83 5 0
                                    

Kai membuka pintu bilik hotel. Lalu tubuh itu terus menghempas katil. Lenguh pula badan ni rasa.

Eunhye yang baru sahaja selepas mandi dan hanya mengenakan bathrobe pada tubuhnya, hanya memandang. Tidak mahu berkata apa-apa. Diam. Itu yang lebih baik.

Kepala Kai terangkat memandang Eunhye yang sedang menyisir rambutnya. Jantungnya berdegup. Kenapa..

Perempuan tu nampak cantik malam ni?

Dia berdiri dan menuju kearah Eunhye. Dirinya tidak boleh ditahan. Seolah-olah telah dirasuk sesuatu.

Gadis itu kaku apabila Kai tiba-tiba memegang kedua belah bahunya. Eunhye melihat wajah Kai dengan pantulan cermin.

"Ap- apa yang aw-- awak nak buat ni?"

"Shh.." Kai membuat isyarat diam. Perlahan-lahan tubuh Eunhye didirikan mengadap lelaki itu. Eunhye pejam mata.

Dia redha. Lagipun, dirinya sudah sah menjadi milik lelaki ini.

Kai turut memejamkan mata. Wangian tubuh Eunhye betul-betul telah menusuk masuk ke dalam rongga hidung. Wangian ni..

Dia suka.

Kai mendekatkan wajahnya dengan Eunhye perlahan-lahan.

Semakin dekat..

Dekat lagi..

Tiba-tiba telefon bimbit Kai bergetar untuk diangkat. Serentak pasangan itu membuka mata. Lantas Kai menjauhkan wajahnya lalu berlalu mendapatkan telefon bimbit.

Chanyeol.

"Kai, turun bawah dekat cafe. Aku nak jumpa kau sekejap"

"Okay, lagi 5 minit aku sampai"

Kai langsung menekan punat merah. Dia mencapai baju t-shirt lalu disarungkan pada tubuh. Lelaki itu hanya membuat tidak tahu. Seperti tidak pernah berlaku apa-apa.

Lain pula bagi Eunhye, jantung gadis itu sudah berdegup kencang. Kai..

Dah buat dia rasa macam nak gila!

"Yah, pabo! Aku nak keluar. Kunci pintu bilik ni. Kau jangan sekali-kali keluar dari bilik ni. Kalau kau keluar, siap kau" Kai memberi amaran sebelum tangannya membuka pintu bilik.

"Satu lagi, yang pasal tadi tu, kau jangan nak perasan sangat. Aku cuma test kau je. Tak tahu pulak kau layan. Heh. Baru sikit aku buat, kau dah macam tu. Berapa ramai lelaki yang kau dah layan hah sebelum ni? Eii, jijik betul. Kotor. Murah" usai berkata, Kai lantas keluar dan menutup pintu bilik dengan kuat.

Eunhye menangis. Pedih. Kena caci maki oleh suami sendiri, betapa peritnya rasa itu. Tidak pernah sekali pun dia bermesra dengan lelaki lain. Kai ialah orang pertama.

Orang pertama.

-

"Haish! Bodoh betul kau ni, Kai!"

Kai menampar-nampar wajahnya berkali-kali. Mujur Chanyeol menelefonnya, kalau tidak, tak tahu lah jadi apa nanti. Dia tidak mahu ada anak dengan perempuan tu.

Minta dijauhkan!

"Amboi kau? Kata 5 minit? Ni dah 7 minit aku tunggu kau" dengus Chanyeol. Jarinya diketuk-ketuk atas meja sambil membuat poker face.

Kai menjuling mata. "Setakat lebih dari 2 minit, tu pun nak berkira"

"Eh, mestilah!"

Kai tidak layan. Lelaki itu malah duduk lalu memesan beberapa pesanan. Mahu membuat alas perut.

"Kai, aku nak bincang pasal tadi. Sebab tu aku ajak kau berjumpa ni"

"Pasal apa?"

Chanyeol menyepetkan mata. Geram betul dengan sikap kawannya yang terlalu bersahaja. Geram je nak lepuk sekali.

"Kau boleh buat muka macam tu? Pasal honeymoon tadi tu lah. Tak kuasa lah aku nak ikut kau pergi sekali. Kau ni memang sah gila. Mana ada orang pergi honeymoon bertiga!"

"Alah, ada je"

"Siapa?"

"Aku"

Chanyeol memejam mata menahan geram. Kai tergelak kecil.

"Alah, rileks lah. Nak tak nak, kau kena ikut juga. Pasal perempuan tu, tak yah kisah lah. Kita buat hal kita je. Pandai-pandai lah dia tu jaga diri. Kau anggap je yang ni percutian persahabatan kita. Eh?"

Chanyeol ternganga. Terkejut mendengar kata-kata Kai. "Kai, kau kejam"

"Tahu"

"Habistu? Kau tak rasa bersalah ke? Aku tak tahulah nak cakap apa bila isteri kau tu dengar apa yang kau cakap ni" Chanyeol menghela nafas halus, sedih dengan keadaan kawan baiknya yang seorang ini.

Kejam.

"Yang kau nak kesian sangat kat bini aku tu kenapa? Aku? Kau tak kesian pulak?"

"Bukan tu maksud aku lah"

"Habis? Kau suka dia? Nak dia? Ambillah. Aku bagi free je"

"Kai!! Kau jual bini kau ke apa?"

"Boleh dikatakan macam tu juga lah" jawab Kai sambil meneguk milo ais yang dipesannya tadi.

"Gila!"

Chanyeol mengurut kepalanya perlahan.

Kai... Macam mana kau boleh jadi macam ni? Aku nak Kai yang dulu.





Bersambung✨

[ON-GOING] HURT LOVE 사란 해 (KAI EXO FF)Where stories live. Discover now