🌹Bab 2🌹

93 8 0
                                    

Eunhye melangkah perlahan menuruni anak tangga untuk menuju ke meja makan. Dia meneguk air liur melihat makanan yang terhidang di depan mata. Laju tangannya mula bergerak mencapai pinggan serta sudu . Dia mula mencedok nasi goreng kimchi ke dalam pinggan yang dipegang. Baru sahaja mahu menyuap ke dalam mulut,,

"Yahh!!! Park Eunhye!!!"

Eunhye memalingkan kepala ke kanan.

"Hehehehe, omma........" katanya meleret panjang sambil tersengih-sengih.

Puan Park mencekak pinggang dengan kedua belah tangan. Mimik muka garangnya membuatkan Eunhye sedikit cuak.

"Apa nak jadi dengan kamu ni Eun? Bangun tidur terus cari makanan. Nak tolong memasak? Paling jauh sekali. Omma tak faham dengan kamu ni." kata Puan Park. Tangannya naik laju memicit kepalanya yang terasa sedikit berdenyut. Eunhye hanya menunduk. Nak balas? Takkan. Memang betul apa yang omma cakap.

"Apa bising-bising ni yeobo?" tegur Tuan Park. Tuan Park menuruni anak tangga. Tangan kanannya masih membaiki tali leher yang sedikit longgar.

"Anak yeobo ni lah. Dah besar panjang, perangai masih tak ubah-ubah. Macam manalah dengan Kai tu nanti. Merana dia."

Eunhye memandang tepat wajah Puan Park dengan penuh soalan di dalam minda. Dia sudah tidak kesah tentang omma yang mengata tentang dirinya. Tetapi, Kai. Siapa Kai?

"Eh wait. Kai? Nugu?"

Tuan Park dan Puan Park saling berpandangan. Mereka terdiam seketika.

"Omma!! Appa!! Kenapa diam? Cakaplah!" Eunhye mengerut dahi menahan geram dengan sikap omma dan appanya yang tiba-tiba mendiamkan diri apabila ditanya tentang Kai.

"Eunhye, appa nak kamu duduk dulu. Kita berbincang baik-baik" Eunhye hanya menurut. Tuan Park dan Puan Park duduk di sofa panjang. Manakala, Eunhye pula duduk di sofa single.

"Macam ni, appa dengan omma dah putuskan untuk kahwinkan Eun dengan sepupu Eun. Eun ingat dia lagi tak?"

Eunhye terdiam. Dahinya masih berkerut dengan soalan yang diaju oleh appa.

"Masa bila pulak Eun ada sepupu?" Eunhye menggeleng-geleng kepala.

Tuan Park juga turut menggeleng. Inilah dia, budak zaman sekarang. Sepupu sendiri pun dah lupa.

"Appa malas nak cakap banyak. Apa yang penting, appa nak Eunhye setuju. Tiada bantahan. Arasseo?" kata Tuan Park dengan nada yang sedikit keras.

Eunhye membuntang. What? Kahwin? Dengan orang yang dia tak kenal? Tiada bantahan? Kena paksa ke ni? Andwae!!

"What? Apa semua ni? Appa, omma. Please terangkan. Eunhye tak faham"

"Eunhye, please. Ikut cakap appa. Kahwin, nae?" kali ini, Puan Park pula bercakap. Eunhye menggeleng.

"No!! Takkan Eunhye nak kahwin dengan orang yang Eunhye tak kenal? Impossible! Eunhye tak nak!!" Eunhye membantah sekeras-kerasnya. Dia tak kira. Dia akan melawan cukup-cukup.

"Park Eunhye. Dia tu, sepupu kamu sendiri. Bukan someone yang kamu tak kenal." Tuan Park memandang wajah Eunhye dengan pandangan yang sukar ditafsir. Eunhye sedikit gentar. Namun, ditepis dengan laju perasaan itu.

"Kalau Eunhye cakap tak nak, Eunhye tetap jugak tak nak!" Bibirnya diketap kuat, tanda mahu memberontak dengan permintaan ibubapanya yang langsung tidak masuk akal.

"Appa dah cakap yang tiada bantahan. Tolong appa kali ini je, Eunhye. Tolong kahwin dengan Kai" sambung Tuan Park lagi. Eunhye membisu. Niat yang ingin membantah hilang sekelip mata. Perasaan bersalah mula menguasai diri. Nak tak nak, dia perlu juga untuk akur permintaan appanya.

"Hm, Eunhye setuju"

Tuan Park dan Puan Park sudah tersenyum puas mendengar kata-kata anak mereka. Mereka berasa sedikit lega.

"Tapi, ada satu syarat" Eunhye mengangkat jari telunjuk kepada omma dan appanya. Tuan Park dan Puan Park terus memandang Eunhye.

"Apa dia?"

"Kalau Kai tu tak setuju pasal perkahwinan ni, secara automatik, Eunhye pun tak setuju dengan perkahwinan ni. Boleh?"

"Boleh, sayang"

"Okay. Eunhye nak naik atas"

Eunhye melangkah laju ke bilik tanpa menoleh kebelakang walau sedikit. Terasa sakit hati dengan tindakan omma appanya. Dia memejamkan mata, terkumat kamit bibir mula menutur kata agar perkahwinan rekaan ini dibatalkan.

****

Kai melihat screen komputer riba dengan pandangan kosong. Kosong. Sekosong-kosong hatinya sekarang. Terasa seperti dikongkong pun ada. Fikirannya melayang hanya pada satu perkara.

Kahwin.

"Haishh!!"

Kai meramas kuat rambutnya. Jika tadi tersusun elok, kini telah menjadi serabai. Nafasnya menjadi turun naik. Kai memejam mata, mahu menenangkan diri.

"Eunhye.. Park Eunhye.. " Perlahan-lahan nama itu disebut. Dia tahu nama itu pun, oleh appanya tadi.

Kelopak mata dibuka. Pandangannya terarah pada pintu pejabat. Otaknya mula berfungsi, berfikir tentang nama itu.

Park Eunhye... Rasa seperti familiar.

Bersambung✨

[ON-GOING] HURT LOVE 사란 해 (KAI EXO FF)Where stories live. Discover now