🌹Bab 7🌹

89 5 0
                                    

Seminggu berlalu..

Keadaan Kai dan Eunhye seperti biasa. Langsung tidak berubah. Kini, mereka berdua sudah mempunyai rumah sendiri. Hadiah daripada omma appa Eunhye. Omma appa Kai pula menghadiahkan mereka berdua tiket untuk honeymoon di Bali, Indonesia lagi tiga hari nanti.

Eunhye mengelap peluh didahi selepas penat lelah mengemas dapur dan ruang tamu tadi. Dia telah bangun awal pada hari ni. Pukul 5:30 pagi. Mahu tidur balik, sudah tidak mengantuk. Jadi, dia terus membuat kerja rumah.

Gadis itu memandang jam di dinding. Sudah menunjukkan pukul 6:30 pagi. Eunhye tersenyum simpul. Sekarang, masa yang tepat nak buat breakfast untuk suami sendiri!

Bertungkus-lumus Eunhye berperang dengan barangan dapur semata-mata untuk Kai. Gadis itu membuat spaghetti, makanan kesukaan Kai.

"Yeay, siap!"

"Kau buat apa tu hah, budak?"

Bahu Eunhye terhinjut kecil. "Saya ada buatkan breakfast untuk awak" ucapnya perlahan.

Terketar-ketar tangan Eunhye ketika Kai mula mengambil sudu. Tangannya dilaga, untuk kurangkan rasa sejuk.

Kai tersenyum sinis, sudu yang diambil tadi diletakkan semula pada tempat asal. Pada mulanya, dia memang mahu rasa, tetapi, seleranya sudah melayang tiba-tiba.

"Park Eunhye.." seru Kai panjang. Eunhye takut, gentar. Namun, dia menggagahkan juga untuk memandang wajah suaminya.

Tiba-tiba rambut Eunhye ditarik dengan kuat dari belakang. Gadis itu kemam bibir, menahan rasa pedih tatkala rambut sudah seperti mahu berpisah dengan kulit. Kuat. Air matanya mula bertakung.

"Kau dengar sini eh. Aku ni, jijik tahu tak dengan kau? Tak reti bahasa ke hah?! Jangan harap lah aku nak makan masakan kau yang kotor ni, faham?!" suara Kai kian menguat. Dia sudah tidak kisah kerana rumah itu hanya mereka berdua yang tinggal. Bebas.

"Fa.. Faham. Tapi makanlah, awak. Saya dah masakkan makanan kesukaaan aw-- awak"

Eunhye memberanikan diri untuk mempelawa makanan yang dimasaknya tadi.

'Walaupun cuma satu helai mee yang awak telan, saya dah cukup bersyukur' getus hatinya.

Ketawa lelaki itu meletus. Cengkemannya tadi dilepaskan. "Oh, kau nak suruh aku makan ye? Sekejap eh"

Spaghetti yang elok dihidang cantik di dalam pinggan, kini sudah selamat masuk ke dalam tong sampah. Eunhye membuntang, dirinya jadi kaku serta-merta.

Kai...

"Ha, itu makan kau. Nak sangat kan aku makan? Heh. Padan muka"

Pintu rumah dikuak lalu terus ditutup dengan kuat. Bahu Eunhye terhinjut. Mata gadis itu memandang tong sampah, sayu rasanya melihat makanan itu dibuang.

Eunhye memegang kepala. Pedih. Rasa sakit kerana cengkaman tadi semakin menular. Jarinya menyentuh kulit kepala perlahan, terasa seperti berair.

Darah.

"Da..darah. Kai.." terketar-ketar bibirnya menyebut.

Eunhye bangun, menuju ke bilik air dengan linangan air mata yang tak henti-henti tumpah. Menanggung rasa sakit di kepala.

Termasuk sakit di dalam hati.

****

Kai membuka pintu rumah. Dia menghembus nafas penat. Kalau bukan disebabkan appanya yang tiba-tiba mengambil cuti, dia takkan sepenat ini membuat kerja.

"Awak dah balik?" soal Eunhye yang sedang menuruni anak tangga. Dia terdengar bunyi enjin kereta, sebab itulah dia turun. Mahu menyambut kepulangan sang suami.

Walaupun Kai sudah melayannya dengan layanan yang kurang baik, dia tetap akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Dia takkan sekali-kali lupakan tentang itu.

Kai merengus. Perempuan ni lagi...

"Kau ni tak serik-serik ke hah? Still lagi tunjuk muka kau yang hodoh tu. Hish, serabut"

Eunhye tidak menjawab malah dia tersenyum. Dia mencapai beg galas Kai lalu berlalu masuk ke dalam bilik.

Kai terdiam. Pelik dengan perangai Eunhye. Dia tidak bercakap banyak. Turut mengikuti langkah Eunhye dari belakang.

Namun, pandangannya terhenti di kepala gadis itu. Berbalut?

Sebab hal tadi ke?

"Kenapa dengan kepala kau tu?"

Langkah Eunhye terhenti. Langsung tangannya memegang tempat yang dibalut. "Tak ada apa-apa lah. Sikit je ni"

"Meh sini aku tengok"

Kai mendekati Eunhye lalu tangannya menyentuh tempat tersebut. Lembut.

Gadis itu tidak bergerak. Ketika ini, dia merasakan seperti kasih sayang seorang suami sedang mengalir di dalam tubuhnya.

Gembira. Hanya itu yang dia mampu ungkapkan.

"Hm, sakit ke?" tanya Kai, lembut. Eunhye menggangguk sedikit sambil menahan rasa hati yang seperti sudah mahu melompat keluar. Suara itu.. lembut sangat. Sepanjang dalam tempoh perkahwinan mereka, ini adalah kali pertama.

"Sorry.."

"Huh?" kepala gadis itu terangkat kerana terkejut. So..sorry?

"Err, tak ada apa-apa" terus sahaja Kai berlalu pergi masuk ke dalam bilik tanpa menghiraukan Eunhye yang sudah seperti patung disitu.

"Awak kasar tapi sebenarnya hati awak lembut, Kim Jongin"







Bersambung✨

[ON-GOING] HURT LOVE 사란 해 (KAI EXO FF)Where stories live. Discover now